Thursday, August 13, 2009

PAS Sekarang Lebih Rasional

PAS Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri Selangor supaya semua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalan sendiri bagi membenteras penjualan arak kepada orang Islam di bawah umur yang membawa arti parti itu tidak bersetuju arak diharamkan penjualannya di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Jika Pas yang sudah pun mempunyai kekuatan dalam kerajaan Selangor tetapi tidak dapat mendorongkan kerajaan negeri untuk mengawal arak dalam suatu kawasan yang kecil maka berati bahawa Pas tidak mungkin akan dapat melaksanakannya dalam kawasan yang lebih besar.

Sebenarnya Pas semakin jauh dari dasar asalnya setelah berkonspirasi dengan parti parti bukan Melayu dan bukan Islam . Pas telah mencapai kewarasan setelah terdedah kepada sosialisasi yang melampaui batas kaum dan agama.

Ini memberikan gambaran awal jika Pas menguasai kerajaan pusat menerusi perkongsian kuasa maka ia tidak mungkin akan dapat menegakan negara Islam seperti yang dijanjikan. Dari sekarangpun jika melihat kebelakang semua ucapan pemimpinnya mengenai sebuah negara Islam, maka pendekatan Pas hari ini adalah lebih rasional dan realistik yang menunjukan bahawa semua dasar dan ucapannya selama ini hanyalah rhetoric semata.

Pengikut pengikutnya yang bodoh sombong, dogmatik, fanatik dan tolol akan terus percaya kepada rhetoric yang ketinggalan zaman.Yang cerdik pula melihat penerusan rhetoric atau pembohongan ini ini sebagai kewajaran kearah mencapai matlamat terakhir iaitu kuasa.

Dari perspektif yang luas, kita dapat melihat sekarang Pas tidak lagi berbeza dengan Barisan Nasional, ia telah polluted. Kenyataan, sikap dan tindakan pemimpin pemimpinnya menjadi bukti penyelewengan Pas dari dasar asalnya.

Mursyidul Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Nik Aziz berkata dia tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam. Maka apabila berkuasa kelak menerusi perkongsian kuasa di peringkat pusat, pemimpin Pas itu akan berkata kita mesti menerima hakikat kita tidak boleh menjalankan hukum Islam kerana rakan rakan kita bukan Islam dan tidak faham ajaran Islam.

Sebenarnya pengalaman BN berintraksi dengan bukan Islamlah yang menyebabkan BN tidak dapat melaksanakan negara Islam seperti yang di kehendaki oleh Pas. Jakun Pas Nik Aziz baru tersedar sekarang ini dan memberikan pula alasan untuk menghalalkan perbuatan poerbuatannya yang haram disisi parti dan yang unIslamic pada pandangan orang Islam yang waras.

Tidak pelek jka UMNO yang bertolak ansur dengan parti pari bukan Islam menjalankan dasar liberal sejak merdeka tetapi apabila Ps yang mendapat kuasa menerusi janji untuk menegakkan negara Islam telah bertolak ansur dari awal lagi maka menunjukan bahawa apa yang dijanjikannya kepada rakyat hanya palsu,janji untuk matlamat merasa kuasa semata mata.

Sebenarnya perubahan sikap Nik Aziz, kesedaran barunya setelah berkawan dengan Anwar dan pari parti bukan Islam mendedahkan bahawa Pas telah dikafirkan oleh bukan Islam dan bukannya Pas yang mengislamkan parti bukan Islam. DAP yang berjaya mendajalkan Nik Aziz dan bukan Nik Aziz yang berjaya meMalaysiankan DAP.

Sumber : Maharaja Blogger

1 comment:

Lord Garam said...

SALAM AJIJASIN,

SEKALUNG TAHNIAH DENGAN KOMEN YANG KERAS DAN LANTANG SEBEGINI..

SATU JE NAK CAKAP KAT PEMIMPIN UMNO HARI INI. KITA TOLAK TSMY DAN BEBERAPA PEMIMPIN YANG SEDAR KEPENTINGAN BANGSA DAN NEGARA....

KISS MY ASS....