Saturday, January 31, 2009

Kesilapan Tun Dr. Mahathir

Pada mulanya Tun Dr Mahathir telah membimbing seorang individu yang dilihat sangat berpotensi untuk mengambil tempatnya sebagai Perdana Menteri kerana beliau hendak bersara lebih awal ia itu pada tahun 1998. Tetapi individu yang sedang dibimbing itu telah terlibat dengan salah laku yang tidak boleh diterima oleh UMNO dan telah dipecat oleh Majlis Tertinggi Parti dengan keputusan sebulat suara.

Peristiwa itu menyebabkan Tun Dr Mahathir jadi buntu seketika untuk memikirkan siapa pula yang hendak dilantik untuk menggantinya. Diatas desakan Parti supaya segera melantik timbilannya . Tun Dr Mahathir pun buat keputusan melantik Pak Lah yang ketika itu terkenal dengan ‘ Mr Clean’ Dengan rasa penuh yakin pada Pak Lah ,Tun Dr Mahathir pun umumkan
menjadi timbalannya.hasratnya untuk bersara. Tetapi seluruh ahli MT mendesak supaya beliau
batalkan hasrat itu. Walaubagaimana pun beliau teruskan juga hasratnya itu tetapi menangguh tarikhnya hingga selepas persidangan NAM dan OIC di Kuala Lumpur pada bulan September. tahun 2003. Sebaik sahaja selesai Persidangan itu, beliau pun serah jawatannya pada Pak Lah mulai 31 Oktober 2003.

Selepas kira kira 5 tahun Pak Lah menjadi Perdana Menteri telah terbukti yang Pak Lah tidak berkemampuan untuk terus memimpin negara. Pak Lah rupa rupanya saorang pemimpin yang sangat lemah. Kelemahan Pak Lah yang paling ketara sekali ialah apabila beliau didapati sangat mudah dipengaruhi oleh orang orang yang berkepentingan disekelilingnya. Diantara
nya ialah Kalimullah Hasan dan Khairy Jamaludin menantunya sendiri. Kalimullah ini pernah bertugas dengan The Straits Times Singapura.

Mereka dengan mudah dapat menguasai Pak Lah dan menjadi orang kepercayaan Pak Lah serta menjadi penasihat pada Pak Lah. Dengan pengaruh ini, mereka dapat beli BBMB security milik Khazanah dengan harga yang sangat murah. Kemudian ditukar namanya kapada ECM Libra. Khairy pula dapat masukan sahabatnya warga Singapura menjadi Director of Invesment dalam Khazanah Nasional.

Kemudian dasar dan halatuju Khazanah telah ditukar oleh Pak Lah hingga lari dari dasar dan tujuan asalnya. Melalui Director Of Investment warga Singapura ini , beberapa peratus saham syarikat milik Kerajaan talah dijual kapada Temasik Holding Singapura. Semua urusan dibuat oleh ECM Libra untuk mendapat untung komesyen. Sabuah syarikat milik Kerajaan, Avenue Capital Resources Bhd. kemudian digabungkan dengan ECM Libra dan diberi pula Lesen Invertment Bank oleh Menteri Kewangan . Kemudian Avenue Capital ini ditelan pula oleh ECM Libra hingga dapat menguasai Avenue Capital . Kegiatan ECM Libra ini pula sedikit demi sedikit menguruskan penjualan berbagai saham syarikat syarikat diMalaysia kapada Temasik Holding Singapura. Rangkaian Hospital Pantai yang menguruskan FOMEMA kini telah dikuasai oleh Temasik Holding dan penjualannya telah diuruskan oleh ECM Libra.

Entah apa agenda yang sedang dirancang oleh Singapura yang kini mendapat nasihat pakar pakar Yahudi dalam usaha untuk menguasai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dengan kerjasama ECM Libra ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, syarikat SCOMI milik Kamarudin Abdullah anak Pak Lah pula muncul macam hantu lapar bolot berbagai kontrak Kerajaan dengan cara yang sangat mudah.


Sebagai saorang Pemimpin yang telah memimpin Negara selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir cukup pengalaman untuk menilai kemampuan Pak Lah. Beliau sudah cukup pengalaman untuk melihat kelemahan Pak Lah, Sebagai orang yang berpandangan jauh, beliau sudah cukup pengalaman untuk menghidu kegiatan orang orang yang ada kaitan dengan Singapura itu , dengan mudah pula dapat mempengaruhi Pak Lah hingga menjadi orang kepercayaan Pak Lah.

Kegiatan serta tingkah laku mereka itu terjalin rapat dengan agenda dari Singapura dan boleh membawa ancaman bahaya serta boleh merugikan negara kita . Tun Dr Mahathir kini sedar bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar kapada Negara kerana melantik Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Oleh demikian adalah menjadi tanggung jawabnya pula untuk membetulkan kesilapannya itu. Dalam situasi begini, majoriti ahli ahli UMNO kini telah sedar mengapa Tun Dr Mahathir perlu bertindak demikian. Sebabnya, Pak Lah sebagai saorang pemimpin yang telah diberi penuh kepercayaan telah dengan mudah dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya yang berkepentingan.

Ini menunjukan bahawa Pak Lah adalah saorang pemimpin yang lemah dan tidak boleh dibiarkan terus memimpin negara demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara . Jika Pak Lah terus dibiarkan memimpin negara ,maruah dan kedaulatan negara akan terhakis . Malaysia akan berada diambang bahaya.

Pak Lah sudah terlalu jauh dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya. Pak Lah hanya dengar nasihat mereka. Pak Lah menjadi Perdana Menteri tetapi orang orang disekeliling beliau yang memberi nasihat untuk beliau menentukan segala dasar.

Pak Lah sendiri telah tenggelam dalam arus kuasa mereka, dan Pak Lah sudah tidak nampak apa yang terjadi dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. Jauh sekali untuk nampak apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi.

Pak Lah sendiri tidak sedar sejauh mana orang orang Singapura telah dapat menguasai Media arus perdana terutama sekali NSTP. Dengan tajamnya pena mereka , dalam akhbar NST, Kalimullah dan Brendan Priera juga sahabat Khairy yang bangsat dari Singapura dengan bebas mengkritik dan menghentam Tun Dr Mahathir bekas pemimpin Negara Malaysia, mengkritik dan menghentam dasar Tun Dr Mahathir termasuk menghentam dan mengkeritik DEB yang
diperjuangkan oleh UMNO selama ini .Siapakah mereka ini? Mereka bukan orang politik , Mereka tidak tahu apakah agenda perjuangan UMNO.

Tetapi mereka diberi tempat oleh Pucuk Pimpinan UMNO sekarang untuk menguasai Media diMalaysia dan diberi kebebasan untuk mengkritik dan menghentam bekas pemimpin UMNO serta mengkritik dasar yang telah diperjuangkan oleh UMNO. Dimanakah maruah kita? Kemapakah maruah Pemimpin kita dapat dibeli oleh mereka dengan harga yang begitu murah? Boleh dibeli hanya dengan cara mengipas dan mengampu. Dimanakah maruah Pemuda UMNO
Malaysia.?

Kenapa perkara ini dibiarkan sahaja berlaku? Sebenarnya Pemuda UMNO Malaysia terpaksa mencawat ekor, kuku dan taring sudah tidak berguna lagi. Ada suara tetapi tidak boleh menyalak. Sebab Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri sudah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan mereka dan perutnya sudah pun cukup kenyang.

Tindakan mereka melalui kuasa media ini, sebenarnya saperti serampang dua mata. Pertama, tujuannya untuk mengampu dan mengipas Pak Lah agar Pak Lah akan tersenyum lebar kerana seronok dengan pujian dan sanjungan mereka. Pak Lah akan dapat tidur nyenyak dengan mimpi yang enak hasil pujian dan sanjungan mereka itu. Matalamat mereka adalah untuk meningkatkan lagi kepercayaan Pak Lak terhadap mereka.

Jika Pak Lah terus percaya pada mereka maka bertambahlah pengaruh mereka untuk terus meguasai Pak Lah. Jika Pak Lah dapat dikuasai , apa sahaja boleh didapati dengan mudah.

Lebih mudah lagilah sebab menantu kesayangan Pak Lah turut sama bersekongkol menjadi sahabat. Tujuan yang kedua mereka adalah untuk melemahkan semangat dayatahan dan semangat jatidiri Ahli Ahli UMNO . Ahli-ahli UMNO yang dapat dikuasai oleh Khairy akan memehak pada Pak Lah . Ahli-ahli UMNO yang kuat dayatahan dan yang ada cukup semangat jatidiri, akan bersetuju dan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir . Ahli Ahli UMNO
yang mudah dikuasai oleh Khiary akan menyebabkan UMNO menjadi lemah kerana hilang maruah dan semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan Negara, Bangsa dan Agama.

Orang macam ini sudah jadi anggota boneka yang mudah diarah dan disuruh mengikut telunjuk orang yang ‘berkuasa’ disekililing Pak Lah. Dengan secara halus mereka ini juga sedang berusaha untuk memadamkan rekod kegemilangan hasil dari usaha gigih Tun Dr Mahathir selama 22 tahun membangunkan negara serta membangunkan semangat jatidiri rakyat Malaysia.

Slogan Malaysia Boleh dan Tradisi Membela Rakyat yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir telah
tidak kedengaran lagi. Slogan ini telah diganti dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk menonjol kepimpinan Pak Lah supaya nampak lebih hebat dari kepimpinan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun..

Dikalangan para Menteri, tiada siapa yang berani tampil kehadapan untuk berkata fakta yang benar dan mengakui kesilapan Pak Lah. Jauh sekali untuk menegur kesilapan Pak Lah oleh kerana takut akan hilang kerusi dan hilang jawatan. Mereka juga turut tunduk dan akur pada kuasa orang orang yang ‘berkuasa’ dikeliling Pak Lah. itu .Malah, mereka sanggup menjadi bentenguntuk mempertahan segala kesilapan serta kelemahan Kepimpinan Pak Lah.

Justeru itu, oleh kerana sedar kesilapannya dan juga sedar keburukan dari implikasi kelemahan kepimpinan Pak Lah itu, Tun Dr Mahathir perlu berusaha sendiri untuk menebus kembali kesalahannya kerana melantik Pak Lah . Maka sudah menjadi tugas dan tanggung jawab beliau pula untuk berusaha agar Pak Lah dapat diganti dengan pemimpin yang lain demi untuk menyelamatkan maruah Negara.

Tun Dr Mahathir akan berusaha untuk menyedarkan ahli ahli UMNO tentang bahaya ancaman ini. Inilah Perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai walaupun beliau sudah bersara. Perjuangan beliau ini bukan untuk kembali berkuasa tetapi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Bangsa

Ahli ahli UMNO yang ada semangat jati diri ,sidah pasti akan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai ini . Hanya ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi yang boleh tampil membuat keputusan melalui proses demokrasi bagi memilih calun pemimpin yang terbaik bagi menggantikan Pak Lah apabila tiba masanya nanti.

Tun Dr. Mahathir telah silap memilih Pak Lah sebagai penjaga bumi Malaysia seperti mana Tun salah memilih dan mendidik Anwar Ibrahim yang telah hilang jati diri dan melacurkan bangsanya sendiri akibat ketamakan dan kepentingan diri yang melampau.

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

tolong buktikan bahawa modal atau duit israel tu masuk melalui singapura...!!!!!!!

org singapura tu ambil modal atau duit dari mana buat berniaga di malaysia?

Anonymous said...

manusia tidak sempurna dan mmg ada cacat celanya, tidak ketinggalan pemimpin. harap pendedahan ini sebagai satu ruang kita berfikir dan bukan satu keputusan untuk kita persalahkan sesiapa. kalo org tak suka pak lah dia tak menang pru dulu, kalo tun mahathir tak pandai, krisis ekonomi mmg tak selesai. jadi masing2 ada kelebihan dan kekurangan..lumrah alam