Thursday, January 26, 2012

Nurul Izzah Tak Peduli Mangsa Ribut Lembah Pantai

Gambar diatas adalah pertemuan Raja Nong Chik dengan beberapa mangsa ribut petang kelmarin di Lembah Pantai. Ribut yang kuat hingga menerbangkan bumbung flat dan menakutkan orang ramai.

Dalam keadaan beliau berstatus Menteri yang saban hari sibuk dengan rungutan dan permasalahan bandaraya Kuala lumpur, masih lagi sempat singgah untuk bersama-sama merasai ketakutan dan kepayahan warga Lembah Pantai.

Ini bukan kerja mahu ambil kredit dan tonjol diri tetapi ini tanggungjawab pasal YB yang sepatutnya menyumbang tenaga gagal untuk membantu dan mententeramkan ketakutan rakyat.

Mana Nurul Izzah?
LEMBAH PANTAI - Sebanyak RM500,000 sehingga RM1 juta diperuntukkan untuk membaik pulih unit-unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka dan beberapa kawasan lain di ibu negara yang terjejas teruk ekoran kejadian ribut petang semalam.

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurutnya, kementeriannya melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, Seputeh, Sungai Besi dan yang paling teruk terjejas di PPR Seri Cempaka.

"Di PPR Seri Cempaka, tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berdekatan. Ini bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dapat dilakukan kerana aspek keselamatan penduduk dipentingkan dan tidak mahu kejadian sama berulang.

"Pada masa yang sama, beberapa rumah PPR yang dikenal pasti rosak juga akan dibaik pulih oleh DBKL termasuklah kedai dan gerai yang rosak," kata Raja Nong Chik yang melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka pada malam kejadian. Hadir sama Pengarah Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.

Katanya, kepada penghuni yang terjejas dalam kes ini juga berhak membuat tuntutan insurans dan DBKL akan membuat tuntutan insurans tersebut.

Beliau berkata, DBKL dan pihak bomba turut akan melakukan kerja-kerja baik pulih dan pembersihan dengan segera dan aspek keselamatan penduduk adalah paling diutamakan.
"Saya juga ingin memuji pihak bomba, DBKL dan polis yang telah bertindak pantas," katanya.
 Kasihan...sikap Nurul Izzah sebijik macam ayahnya. Khidmat tiada wayang saja lebih....


5 comments:

Anonymous said...

Betul, TeresaKOK pun tak datang buat lawatan di Taman Desa, mmg tak sangka kejadian semlm benar benar menakutkan, puting beliung berpusing pusing, habis gerai berterbangan bumbung bumbung, pokok tumbang satu hal, sian kereta jugak jadi mangsa hancussss..kelam kabut jugak taman desa semlm byk jalan utama kawasan tu tak leh guna.

Anonymous said...

ANAK SIAL AL JUBUR NI MANA NAK AMIK TAU HAL ORG BANGANG YG PENAH MENGUNDI DIA...
PADAN MUKA...

YG PENTING BAGI DIA IALAH
PAPA HAPPY...
PAPA SEDAP...
PAPA JGN INSAF...
PAPA BT LAGI...
PAPA PANDAI TIPU...
PAPA PANDAI KENCING PENYOKONG...
PAPA AGEN YAHUDI...
PAPA KAYA DUIT HARAM...
PAPA SOKONG LIWAT...

PENDEKAR LAUT...

Anonymous said...

Nurul Izzah...PRU13 lu bungkuslah kalau bertanding lagi kat Lembah Pantai...Kalau berani lawan lagi...kita tengok apa jadi...Kami di Lembah Pantai dah tak sabar nak Nyahkan kamu dari sini...Moto baru Asal Bukan Nurul Izzah...

Anonymous said...

nurul izzah masih boleh menpertahankan kerusi nya di lembah pantai kerana keprihatinan beliau kepada rakyat dilembah pantai .tetapi disebabkan ketidakadian media masa dan media cetak membuatkan apa yang diperjuangkan oleh beliau tidak didedahkan .

Anonymous said...

Yb nurul izzah tidak ada disini pada masa itu tetapi beliau telah menghantar wakil beliau untuk meninjau keadaan disana dan mengambil laporan yang terperinci,tetapi disebabkan media masa dan media cetak ingin menjaga periuk nasi mereka ,mereka tidak mendedahkan berita tersebut ,akhirnya raja nong saja yng nmpk berbakti,saya cabar raja nong supaya adil didalam semua pekara baik dari segi program dan juga aktiviti yang hendak dijalankan oleh kedua2 parti diberikan sama rata,baik dari segi permit @ tempat tetapi yng saya nampak kerajaan bn takut dan raja nong sendiri menyekat semua aktiviti yang hendak dijalankan oleh pkr ,so dari situ nampaknya kelemahan barisan nasional dilembah pantai,ini pandangan saya sebagai pengundi disana saya akan melihat ketulusan dan juga isu semasa di sesuatu tmpt untuk memberikan sokongan kepada mana2 calon nanti bersama dgn 8 orng penghuni didalam rumah saya .