Monday, January 16, 2012

Panas! PAS Alami Krisis Keyakinan Yang Teruk

Kita boleh menjangka PAS kini berada di dalam delima. Depa berada di dalam krisis kepimpinan dan arah tuju yang dasyat. PAS hari ini diserang dari dalam dan luar. Maksud penyataan ini ialah PAS berada dalam keadaan yang kritikal untuk menghadapi PRU Ke-13.

Sesudah pertembungan akhir pada PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau awal tahun 2011, statistik keyakinan terhadap PAS memperlihatkan arah sokongan orang Melayu atau umat Islam sudah menjauhi PAS. Setuju sangat jika dikatakan orang Islam sudah tidak menyakini PAS sebagai penyambung takrif Khalifah sesudah kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.
 
Ketakutan yang maha dasyat umat Islam hari ini telah melihat kedangkalan PAS dalam mengurus krisis dalam menjaga kesuciaan Islam. Sementalah dengan desakan kuat kafir harbi DAP yang mahu PAS meninggalkan stigma perjuangan Islam jika mahu terus bersama-sama pakatan pembangkang.

Desakan ini bukan dinamakan desakan tetapi kemahuan ini adalah ugutan terhadap PAS. Nik Aziz boleh mengatakan apa saja untuk sedap dan ceriakan penyokong PAS. Bagi penyokong suara Nik Aziz adalah fatwa yang diibaratkan wahyu oleh Allah S. W.T 

Boleh disaksikan semasa Konvensyen lepas apabila dengan lantang DAP mahu PAS meninggalkan retorik perjuangan Islam jika mahu bersenggama dengan DAP. Ini adalah delima PAS dan bagaimanakah depa mahu mengurus krisis ini dengan berkesan? Kepentingan politik atau dakwah Islamiyah.

Ingatan terhadap orang Melayu, perjuangan menjaga martabat syiar Islam bukanlah terletak kepada slogan penamaan sesebuah parti tetapi bagaimana kita mahu mengurus supaya kesuciaan Islam itu terpelihara. Ini tidak memerlukan retorik dan pakaian rasmi agenda Islam seperti mana yang kerap diuar-uarkan PAS sepanjang 60 tahun penubuhannya.


4 comments:

Anonymous said...

PAS UMPAMA MACAM ZAMAN DULU SEBELUM MODEN DULU, BILA MASAK NASI MENGUNAKAN KAYUA API BASAH,KITA TENGOK BERASAP-ASAP KAT PERIUK NASI INGATKAN NASI TENGAH MENGELEGAK,RUBANYA ASAP DARI KAYU BASAH,BEGITULAH PAS DARI JAUH NAMPAK HEBAT BEBENAR RIPANYA HAMPEEEH

Anonymous said...

pas ukur ketakwaan pengikut berdasarkan tahap kekuatan menyokong dap dan pkr. bukan kerana allah

Anonymous said...

Jauhkan diri dari PAS, parti yang tidak boleh hidup jika namanya bukan berkait dengan Islam walaupun ia sebenarnya merosakan ajaran Islam.

Tak percaya? Cuba buang perkataan islam dari Pas... Gerenti Pas akan terjun laut seperti beruang tua yang ponggongnya sedang terbakar.

hassanpendek said...

Sampai masanya orang Islam sedar..sudah terlalu lama ditipu. Cukuplah membiarkan tipuan Pas selama ini..apa lagi ditunggu, sedarlah Melayu telah mula diperlatkan oleh si cerdik DAP.