Monday, January 16, 2012

Panas! Dr. Hassan Ali Ingin Tubuh Parti Baru?

Dijadualkan Dr. Hassan Ali akan mengadakan sidang media bertempat di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail [TTDI] pada jam 11.00 pagi. Difahamkan sidang media ini berhubung pemecatannya daripada PAS.

Untuk rekod, Dr. Hassan Ali telah dipecat dari PAS susulan daripada kritikan ekstremnya terhadap arah tuju perjuangan PAS yang semakin terpesong dan komitmen PAS untuk membela Anwar Ibrahim, Dewa Caligula alaf baru.
 
Jika kita masih ingat, 30 tahun dulu...PAS pernah mengalami krisis 'branding' apabila kemunculan sekumpulan ekstremis yang mengelarkan diri mereka 'PAS Titik' kerana beranggapan perjuangan PAS ketika itu tidak selari dengan Fasal 3 Perlembagaan PAS.

Pemecatan tanpa pembelaan Dr. Hassan Ali menyerlahkan lagi krisis perjuangan PAS selepas enak bersenggama dengan kafir harbi DAP dan grup liberal PKR yang dahagakan kebebasan seksualiti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.