Wednesday, January 18, 2012

PANAS! Pemuda PAS Selangor Mahu Lawan Hassan Ali

Hassan Ali tak boleh tetapi jika Anwar Ibrahim sampai bermandi darah pun PAS sanggup. Untuk Anwar Ibrahim ianya dinamakan JIHAD.

Inilah delima dan krisis keyakinan PAS yang maha dasyat pasca PRU Ke-12. Tunggang langgang, carca marba dan tanpa hala tujuan.

Baca Dewan Pemuda PAS Selangor yang telah mengesahkan bahawa perjuangan PAS hari ini tunggang langgang.
Timbalan Ketua Pemuda, Mohd Sany Hamzan menyifatkan tindakan Adun Gombak Setia itu dengan menjelajah seluruh negeri kononnya untuk membela diri dan mendedahkan parasit hanya akan mendapat cemuhan.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat tindakan Datuk Hassan ingin ‘menjelajah’ seluruh negeri dan negara untuk ‘membela’ diri dan ‘mendedahkan parasit’ yang menyebabkan beliau dipecat hanya akan mendapat cemuhan dan cercaan masyarakat serta menghilangkan hormat rakyat kepada beliau kerana rakyat telah mengikuti kronologi pemecatan beliau dan telah ‘mengenali’ siapa Dr Hassan  yang sebenarnya.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk ‘menjelajah’ seluruh negeri Selangor untuk menjawab tohmahan dan fitnah Datuk Hassan terhadap PAS sekiranya beliau masih lagi memperlekehkan dan menghentam PAS secara terbuka.
Bukankah, pengisian yang cuba dilakukan Hassan Ali adalah sama maksud sepertimana Anwar Ibrahim? membuat 'roadshow' untuk jelaskan hal yang sebenar tetapi bagi Anwar Ibrahim dia cuma mahu eksploitasi monyet-monyet dengan fantasi dia yang paling hebat. 

Ala...Sany Hamzan itu kalau bukan pasal mahu berebut untuk bertanding di Dusun Tua mana mungkin dia mahu jadi hero membela Khalid Samad. Selalu sangat bertembung acara dengan Mohamad Jan, masing-masing sibuk membina nama untuk dijadikan calon lawan Ismail Sani.

Berbalik pada komitmen yang dinyatakan Dewan Pemuda PAS Selangor. Jangan kerana politik di Selangor memperlihatkan Pemuda PAS Selangor menjadi fraksi freemanson dendam Khalid Samad. Itu seolah-olah anda semua tiada pendirian dan taksub.

Mengaku sahaja dan jangan jadi munafik bahawa agenda Kerajaan Perpaduan telah mendapat restu daripada Presiden parti.

3 comments:

Anonymous said...

Ahli Pas pun dah banyak peliwat, jadi tak hairan lah kalau dia orang ni menjadi penyokong Anwar.

Anonymous said...

Panas memang panas, parasit-parasit telah pun moncol sarangnya dalam kepanasan

Anonymous said...

Panas memang panas, parasit-parasit telah pun moncol dari sarangnya dalam kepanasan