Wednesday, January 18, 2012

Apa Disebalik Konvensyen PR Di Kedah?

Perhimpunan Pas+PkR+DAP di Stadium Alor Setar, Kedah merupakan bai'ah Pilihanraya Ke-13 Kumpulan Komplot Haram. Dalam kesibukan media meneropong percaturan politik Pas+PkR+DAP, beberapa maklumat rahsia diperoleh daripada Bahagian Perang Saraf Pas iaitu:

1. Pas sudah hilang kepercayaan mutlak kepada Anwar Ibrahim. Pas akan menobatkan Dr. Haron Din sebagai Mursyidul Am selepas kematian Nik Aziz. Pas akan bersatu kembali dengan UMNO selepas proses aman dan berkabung selama 3 bulan. Pas menolak DAP secara mutlak.

2. PkR begitu terjal dan berpaksi teguh dengan fahaman Freemasonary. Bai'ah ini dibahas secara panjang lebar oleh erdogan Pas dan erdogan PkR dalam Sidang Meja Bulat tertutup di Rumah YAB Menteri Besar Kedah. PkR membawa fahaman Fremason kerana sumbangan CIA melalui Future Foundation berpangkalan di Doha sebanyak USD25 billion untuk urusan PRU-13 dan gerakan orientalisme Freemasonary.

3. PkR Selangor akan kekal rentak "ballroom" mereka sehingga berjaya mempengaruhi DYMM Sultan Selangor. Inilah sebabnya PkR cuak dengan Dr. Hassan Ali kerana Hassan Ali ialah seorang kader terlatih di zaman Dr. Mahathir dalam menghidu dan mengesan kemasukan Freemasonary di Malaysia.

4. DAP tiada tempat dalam politik Malaysia. Karpal Singh anak beranak dan Lim Kit Siang anak beranak akan terkubur legasi mereka apabila kedua-dua manusia ini MATI. DAP masih degil untuk menerus Agenda Deklarasi Setapak 1967 disebabkan kegagalan perarakan 1965 di Masjid Gelam, Singapura dan kegagalan membina Mercu atau Tugu Komunis di 32 Kubur Swasta Cina di Malaysia. DAP sedang mengurus kemasukan duit pilihanraya sebanyak RM 200 juta dari Singapura melalui perhubungan PAP (Bahagian Risikan Politik Asean).

5. Pasukan Kerja Risikan Politik DAP di Kajang yang berpayung di Kolej ERA (yang masih kebal di sana) sedang menilai perkiraan keadaan menang mereka di semua lokasi sedia ada dan lokasi baru. Negeri yang diidamkan ialah Negeri Sembilan dan Melaka. DAP sedang menyumbang kepada kewujudan 2,000 buah kuil dan tokong di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka dengan bantuan RM1 juta setiap satu.

Banyak lagi rahsia akan terbongkar.
 
Sumber: Paneh Miang

No comments: