Dusun Tua amat unik. Penentu kemenangan di situ adalah daripada kuasa pengundi muda. Statistik 2008 telah menjadi sejarah apabila penyelamat Dusun Tua adalah dari undi Polis dari Kem Polis Batu 9 dan saluran 3 yang berkeyakinan dengan imej belia ADUN. Itu pun hampir 70 peratus yang mengundi kerajaan dan selebihnya memberi undi protes kepada pembangkang.
Ismail Sani kena sedar bahawa untuk mencapai rekod 9,000 ribu majoriti semasa kepimpinan Rahmad Musa pada PRU Ke-11 amat sukar. Senario hari ini amat berbeza dengan senario tahun 2004 kerana rakyat hari ini makin cerdik dan penyaluran maklumat amat pantas.
Dalam keadaan ADUN yang berkapasiti sebagai pembangkang dalam DUN Selangor apa yang menyebabkan beliau sibuk sehingga tidak mampu menerjah kawasan dan bersantai dengan orang-orang muda. Bukannya bertaraf Exco sehingga menyebabkan talian telefon selalu sibuk untuk menerima hal kecemasan kawasan.
ADUN sepatutnya bijak mengambil peluang untuk membina keyakinan rakyat Dusun Tua. Kawasan pelancongan seperti Sg Tekala dan Sg Congkak tidak patut dibiarkan berkarat. Kemajuan ekonomi dengan memberi kelebihan kepada penduduk tempatan dari warga luar mungkin sedikit sebanyak memberi kredit kepada ADUN.
ADUN sepatutnya bijak mengambil peluang untuk membina keyakinan rakyat Dusun Tua. Kawasan pelancongan seperti Sg Tekala dan Sg Congkak tidak patut dibiarkan berkarat. Kemajuan ekonomi dengan memberi kelebihan kepada penduduk tempatan dari warga luar mungkin sedikit sebanyak memberi kredit kepada ADUN.
Inilah masalahnya, ADUN tidak agresif untuk mencekau peluang didepan mata. Salah satunya memberi komitmen untuk menyediakan sebuah sekolah untuk anak-anak di Batu 14. Sekolah Menengah Abd Jalil sudah padat dan mengundang ketidak selesaan murid-murid untuk belajar.
Apakah tiada daya usaha ADUN untuk memberi kelegaan kepada anak-anak Dusun Tua dengan memfokuskan agar ditambah satu lagi sekolah menengah di situ? Ini semua adalah bakal pelapis pengundi.
Kita tak mau dedahkan lebih banyak masalah sebab itu akan memberi bullet berharga pada pembangkang cukup pengisian ini yang mungkin mampu menzahirkan kekecewaan segelintir individu yang menaikkan ADUN dan dibuang tanpa belas kasihan.
UMNO Hulu Langat perlu mengenepikan pemasalahan pucuk pimpinan. Pertembungan 2 puak yang galak menyusun strategi mencantas sesama sendiri elok didiamkan agar memberi keyakinan kepada ahli untuk memenangi PRU akan datang.
1 comment:
Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com
Post a Comment