Monday, January 16, 2012

Salahuddin Ayub Ialah Parasit Itu

Siapa Parasit dalam PAS?

Ini soalan yang berlegar-legar dalam blogsfera ketika ini. Isu ini meletup apabila PAS mengamalkan ideologi kuku besi dengan memecat Hassan Ali tanpa usul periksa dan hanya bersandarkan kepada bisikan syaitan.

Tetapi semacam boleh dijangka bahawa parasit yang dikatakan oleh Hassan Ali ialah Khalid Samad. Ya..! dalam PAS Selangor semua pucuk pimpinan Kawasan dan Cawangan sedar akan pertembungan 2 figura ini. Kedua-duanya sama hebat dan sama berpengaruh.

Khalid Samad dilihat lebih berpengaruh dalam PAS Pusat tetapi standi Hassan Ali lebih konfiden dalam memupuk perpaduan semasa ahli. Hassan Ali lebih berpengaruh dalam PAS Selangor. Pendak kata, Hassan Ali lebih disenangi dalam gugusan akar umbi.

Banyak cakap-cakap menilai Hassan Ali berideologi pemerintah kerana asalnya Hassan Ali adalah Pegawai Kerajaan yang setia dalam mengurus agensi kerajaan BTN [sila betulkan jika saya tersilap]

Bagaimanapun, polemik pertembungan ini memuncak apabila isu penyaluran maklumat parti dalam isu Kerajaan Perpaduan telah mengakibatkan Khalid Samad telah digantung keahlian selama 6 bulan oleh PAS Pusat dan dendam ini cukup membara bila Hassan Ali hanya dikenakan amaran bertulis.

Dalam PAS Selangor terdapat 2 figura yang memusuhi Hassan Ali selain daripada Khalid Samad. Saari Sungip, walaupun langkah politiknya amat berhati-hati namun cita-cita besarnya dalam PAS Selangor telah membuatkan dia hilang pertimbangan. Sikap tamak haloba dalam menaiki hierarki parti menjadi punca dia antara seteru  bergandingan dengan Khalid Samad untuk menumbangkan Hassan Ali.

Tetapi siapakah parasit yang dimaksudkan Hassan Ali mempunyai kedudukan dalam kepimpinan tertinggi PAS sehingga menyebabkan bisikan syaitan menjadi pengubat terhadap segala dendam kesumat?

Jangan kita tunding jari kepada Mahfuz Omar kerana tahap intelektualnya masih rendah dan cuma menjadi batu api dalam pertimbangan Datuk Mustafa Ali untuk membuat keputusan akhir memecat Hassan Ali.

Mengikut maklumat, figura yang paling lantang menghasut PAS untuk memecat Hassan Ali ialah Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Inilah individu yang beriya-iya mahu Hassan Ali dipecat memandangkan pernah kedengaran suara sumbang mahu penjelasan Salahuddin Ayub dalam kisah 'Puduraya' yang pernah mengegarkan mesyuarat PAS.

Salahuddin Ayub @ Din Puduraya yang membawa agenda mesyuarat penting untuk memecat Hassan Ali. Inilah parasit itu

Kini Salahuddin Ayub diam seribu bahasa

1 comment:

praha2 said...

yb hasan ali copet copet lah istiharkan siapo dio parasit tu. tak payah lah kito menunding jari nanti sobabnyo pas sekarang dah jauh dari apo yang kito semuo tahu pejuangan nyo.
Islam hanyo kegunaan jo bukan nyo betul untuk diperjuangkan. Islam bolih dijadikan satu modal bagi pas untuk meraih undi. tapi oran melayu tak bolih dipermainkan lagi. kito tau apo hasrat pas.