Friday, January 13, 2012

Ismail Kamus Akui PAS Diselubungi Api Fitnah?

Membaca reaksi Ustaz Ismail Kamus yang mengagumi Dr. Hassan Ali sebagai pemimpin yang bagus dan banyak memberi sumbangan kepada Islam telah memberi keyakinan bahawa apa yang telah dilalui Hassan Ali dalam perjuangannya menegakkan syiar Islam adalah sesuatu yang murni.

Katanya “saya tidak ada apa-apa komen tentang Hassan cuma saya melihat beliau seorang pemimpin yang bagus dan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dan parti tetapi sedikit tersilap langkah” 

Ya, ramai berpihak beranggapan begitu. Hassan Ali tersilap langkah kerana mengkritik arah tuju perjuangan PAS yang semakin lesu dan meyimpang. Ditambah pula api fitnah kepimpinan dalaman yang mempertikaikan gesaannya agar PAS menjauhi perjuangan Anwar Ibrahim. Inilah nilai sebenar fisabillilah seorang yang sayangkan agama seperti Hassan Ali.

Apa yang tidak boleh diterima Ismail Kamus dengan polemik pemecatan Hassan Ali ialah kehadirannya dalam sidang media Hassan Ali telah mencetus kegusaran dalam kalangan kepimpinan PAS. Banyak cakap-cakap yang merumuskan Ismail Kamus bersetuju dengan Hassan Ali dalam mengkritik parti tetapi benarkah beliau berpendirian sedemikian? 

Sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam, tingkahlaku curiga sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Kenapa ajaran Islam gagal dipraktikkan dalam kalangan pemimpin bagi mengelakkan terjadinya fitnah yang boleh merosakkan PAS.

Kehadiran Ismail Kamus hanyalah dasar seorang kawan yang bersimpati terhadap Hassan Ali. Rumusannya terhadap senario dalaman PAS secara tidak langsung telah mengiyakan bahawa PAS bukanlah parti yang bertunjangkan ajaran Islam. Ianya tidak lebih sebuah parti yang mengidamkan kuasa duniawi. Satu perkara yang tidak sihat dan boleh merosakkan perpaduan ummah.

Apa yang menarik, sikap tidak berterus terang dan gemar bermain dengan spekulasi adalah trend berlarutan dalam PAS. Ini sungguh memalukan kerana PAS mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam yang sebenar.

Kita boleh melihat dalam ceramah yang diadakan, pemecatan Hassan Ali merupakan bahan ceramah yang kerap diputar untuk menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Hassan Ali. Sikap buruk ini bukanlah dituntut Islam yang melarang umatnya mengaibkan saudara yang lain. Tambahan, api fitnah terhadap pemimpin lain yang tidak ‘sekepala’ dengan PAS juga turut dijaja dan ditokok tambah. 

Bukankah ini ditegah dalam Islam?

Pengakuan Ismail Kamus terhadap segelintir pemimpin yang melemparkan batu sembunyi tangan mengesahkan bahawa ini adalah kesan daripada aktiviti ‘tidak sihat’ PAS selepas bersenggama dengan PKR dan DAP dan kegilaan dalam merampas kuasa politik pasca PRU Ke-12. Ini juga menunjukkan PAS lebih enak untuk mendapatkan kuasa daripada konsisten untuk meyuburkan pepaduan ummah.

2 comments:

Jeffry said...

PAS KENE CUCUK DEPAN BELAKANG LER BROO..HABIS BARAI KEHKEHKEHKEH

Keris Pusaka said...

PAS bukan perjuang islam,cuma nak jaga kedudukan Anwar shj..

Minta link disini
http://kerispusakabangsa.blogspot.com

Terima kasih..