Mahfuz Omaq tak payah cakap la dia memang 'free thinker' bab kerjasama nie.
Dalam dok maki hamun pasal perjumpaan nak bincang kerjasama dengan UMNO, boleh pula satu kutu jobless pi jumpa pemimpin UMNO untuk kepentingan diri sendiri dan parti.
Nampak tiada keikhlasan, hanya mahu nak cari publisiti dan keuntungan politik. PAS tak pernah ikhlas pun nak bantu anak bangsa jauh sekali kepentingan agama.
Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), minggu lalu telah pun mengadakan pertemuan dengan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertemuan itu sebagai usaha berterusan mereka mengangkat isu salah urus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga mahu kepada penubuhan kaukus khas membawa isu Felda ke Parlimen.Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, pertemuan hampir sejam di kediaman Ahli Parlimen Guang Musang di ibu negara itu antara lain memperlihatkan respons positif Tengku Razaleigh untuk bersama memperjuangkan dan mengangkat isu tersebut.
"Respons sangat positif. Dia (Tengku Razaleigh) bersetuju bahawa, Felda sudah tersasar dari matlamat asal dan bersedia menyuarakan isu tersebut ke Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, Tengku Razaleigh juga mahu melihat Felda dipacu mengikut hasrat asal penubuhannya dengan memberikan hak sepatutnya kepada peneroka.
Ianya termasuk isu hak milik, pemberian pendapatan dan beberapa perjanjian antara agensi kerajaan itu dengan peneroka yang dilihat selama ini seperti menekan warga peneroka.
Selain itu, Tengku Razaleigh juga membangkitkan isu pelaburan yang dibuat Felda tanpa pengetahuan peneroka yang sepatutnya tidak berlaku sedemikian.
Veteran Umno itu juga didakwa bersetuju bahawa Akta Penempatan Kawasan Berkelompok (GSA) 1960 perlu dipinda dalam usaha memberi hak tanah kepada peneroka.
Dalam pertemuan itu juga menurut Mazlan, Tengku Razaleigh turut melahirkan kebimbangan terhadap nasib peneroka jika kerajaan tidak dapat menangani isu tersebut dengan baik.
"Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat tangani isu ini dengan baik, ia bukan sahaja memberi kesan kepada orang Melayu di Felda, malah masyarakat Felda itu sendiri," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Menurut Mazlan, pertemuan peringkat kedua dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan dalam mengenengahkan isu Felda tersebut.
Anak sebelum ini mengumumkan mahu berbincang dengan Tengku Razaleigh ke arah pembentukan kaukus khas di Parlimen berhubung isu Felda.
Mazlan juga sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir Felda sehingga menyebabkan kemerosotan rizab tunai agensi kerajaan itu.
Itu lebih bagus
Komentar otak dungu macam Mahfuz Omar tidak akan dilayan
3 comments:
salam..sejak datangnya mazlan ni lah peneroka felda diserabutkan..Nak tangani isu konon..selama ni lebih 50 tahun Felda beroperasi takde pun jadi kacau-bilau..Semua operasi felda
peneroka diberitahu , setengah tu saj buat dungu..
Nilah anak yang nak menghancurkan bapak dan keturunannya, dia tak tahu ke kalau pinda akta GSA tu siapa yang rugi...bangsa sendiri juga....HIS.. susahlah kalau
melayu nak hancurkan melayu...
Salam...
Sebenarnya peneroka-peneroka Felda tak kisah berapa banyak Felda melabur pun, untung rugi adalah adat berniaga. Kaya atau miskin hidup peneroka sawit banyak bergantung kepada rajin atau tidak seseorang peneroka itu berusaha meningkatkan pendapat keluarga mereka. Hanya yang malas akan ketinggalan dan kekal miskin serta menyalahkan kerajaan itu dan ini.
Jika ada kawasan Felda menghadapi masalah bekalan air atau eletrik tu cepat-cepatlah kerajaan desak Pihak Berkuasa Air (PBA) dan TNB selesaikan. Jangan kasi peluang mana-mana pihak eksploitasi dan provokasi isu ini bg meraih sokongan para peneroka. Maklumlah kerana hal kecil hati peneroka yang panas memang mudah terbakar.
Felda tolong periksa juga ada terlalu banyak pengkianat dalam pejabat Felda dan jadi tali barut pembangkang.
Sapa si Mazlan nie???? pepandai wakil anak peneroka konon...berapa ramai yang dia wakil nie???bagi tau sikit...
Aku yang anak peneroka ni pun x kenal dia...tetiba nak uat kecoh...apahal...
Ko jangan memain mazlan,,,jangan buat taik kat FELDA...ko ingat ko sorang anak FELDA...
Inilah manusia yang lupa diri,,x sedor dek untung..elok jangan dilayan barua nie....
Celaka Mazlan pegi mampos lah ko...
Post a Comment