Saturday, July 11, 2009

Manek Urai: Benarkah PAS Di Kedudukan Selesa?


Apakah Manek Urai akan menyaksikan prestasi PAS merudum.? Tanggapan itu tidak mustahil kerana angin perubahan kini kencang bertiup walaupun organ rasmi PAS menafikan perkhabaran itu. PAS sesungguhnya gelisah menanti hari pembuangan undi 14 Jul kerana itu akan menentukan kewibawaan PAS mempertahankan Manek Urai. Mempertahankan kedudukan daripada memenangi adalah sesuatu yang sukar dilakukan walaupun PAS gah mencanang bahawa mereka kini dikedudukan yang terbaik.


PAS bermatian mahu mempertahankan DUN Manek Urai. Mereka berhabisan puluhan ribu malahan telah menambah dana pilihanraya sehingga RM430,000 daripada jumlah asal RM 350,000. Ini mengambarkan PAS benar-benar serius mahu menjaga air muka mereka. Itu tidak kisah kerana di pihak BN mereka juga mahu memenangi. Maka tidak hairanlah jika TPM kerap hadir bersama barisan menteri-menteri dan timbalan menteri yang lain.


Penambahan dana PAS adalah kerana mereka mahu pengundi / penyokong yang berada diluar kawasan balik mengundi PAS. Melalui sumber, PAS mengharapkan 800 pengundi luar menunjukkan muka mengundi mereka kerana ini adalah talian hayat PAS. Jika kurang dari jumlah itu maka mengelupurlah PAS seketika. PAS sedar kedudukan mereka di Manek Urai kini ditahap 50-50 kerana angin perubahan telah ditunjukkan oleh rakyat Manek Urai.


Dari segi sokongan peti undi ketika ini, PAS yakin benar akan memenangi peti undi Lata Rek, Laloh dan Sg. Perial. Ini adalah kawasan kubu PAS tetapi segalanya boleh berubah jika pihak BN meningkatkan kempen di ketiga-tiga kawasan tersebut. Satu mesej yang ingin GM sampaikan UMNO perlu lupakan sengketa seketika dan butakan mata pekakan telinga.


Dalam pada itu, ketidakhadiran Nasharuddin Mat Isa dalam beberapa siri kempen PAS telah menimbulkan reaksi yang kurang senang terhadap kepimpinan tertinggi PAS. Ada yang mencemuh PAS kerana kini bersikap ‘arogant’ dan takbur dengan sokongan bukan Islam mereka. PAS lupa suara akar umbi yang telah menaikkan mereka. PAS lebih suka menjaga bukan Islam.


Kedatangan PKR dan menempatkan Bilik Gerakan mereka juga tidak disenangi PAS. PAS tahu ini telah menimbulkan tanggapan yang tidak sihat kerana Manek Urai bukan seperti semenanjung pantai barat yang gemarkan kempen yang agresif. Naib Presiden PKR sendiri mengakui PAS tidak memerlukan khidmat PKR ketika berucap merasmikan Bilik Gerakan PKR. Secara halus PAS mahu menyingkirkan PKR yang kini dilihat sangat tamak dan sombong.


Manek Urai mempunyai 9 Peti Undi iaitu Temalir, Sg. Sok, Chuchoh Puteri, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Laloh, Manjor, Lata Rek dan Sg Perial. Peti Undi yang paling jauh adalah Chuchoh Puteri. Jika tidak kerana Pilihan raya ini mana mungkin orang mengenali Manek Urai yang turut mempunyai permandangan air terjun yang cantik. Masih boleh diterokai dan dikomersialkan oleh pihak-pihak yang prihatin.


3 comments:

PaKMie said...

Salam...

Sejauhmana komitmen ahli-ahli Umno kuar mengundi dan mengundi Umno 14hb nanti menentukan kemenangan.

Ternyata Pas rata-rata mulai merasa lemah. Arus perubahan golongan pengundi muda kepada Umno sudah jelas. Undi2 protes kpd Umno semasa PRU12 kebanyakkannya sdh memehak kepada Umno.

Pendekatan yang diambil Pengerusi Perhubungan Umno Dato Mustafa Mohammad kepada akar umbi dan gerakkan rumah kerumah amat berkesan sekali.

Lord Garam said...

ABG MIE,

APA YANG DIKHUATIRI ADALAH SEGELINTIR AHLI UMNO YANG BERDENDAM DAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK BERPALING TADAH DAN TIDAK IKHLAS MEMPERJUANGKAN AGENDA PARTI....

PAS BERASA LEMAH KETIKA INI BUKAN KERANA GABUNGAN PAKATAN YANG TIDAK PERFORM TETAPI IMEJ PERDANA MENTERI YANG TERUS MENINGKAT.

TAAVEEKUN PERAK said...

undi PAS hasil nya pasti hampeh.Kini undi PAS sama dgn undi utk kebinasaan.Bezanya PAS,DAP dan PKR adalah org PAS pakaian nya mcm wali atau nabi.muka berjanggut nipih.dalam hati dendam utk merampas kuasa melangit.Memecahbelahkan persatuan melayu adalah ajenda no 1 PAS.Sah undi PAS masuk neraka.