Friday, July 24, 2009

Komfom: PAS Telah Disyabukan Oleh DAP

Ibu bapa kepada Mendiang Teoh Beng Hock

D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor

Tingkat 21, Bangunan SSAAS

40502 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.



Warkah Takziah


Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.



Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.


Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.


Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,



pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).


Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.



Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan


Baca lanjut di blogtokguru



Ini pula kenyataan daripada PAS Selangor :-


Selangor turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat mendiang di atas peristiwa yang sangat menyedihkan itu, katanya.


Semoga pihak yang terlibat dapat bersabar di atas kehilangan tragis orang yang disayangi, katanya.



Khairuddin mewakili Pesuruhjaya PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali yang kini berada di Timur Tengah atas urusan kerajaan negeri. Haprak Daily



GM: Siapa pula yang ingin membela dan prihatin bila kes pelajar UKM jatuh bulan lepas.? Isunya sama, orang jatuh bangunan. Bezanya, orang melayu dan orang cina. Lagi tragik yang melayu tak ada apa-apa, yang cina lagi best dapat RM 200,000 dari tanam sampai pampasan. Anak haram pun nak di beri pampasan juga.



Mengapa.? Undi dan sokongan itu saja. Hebat PAS hari ini, jika takdir mereka menubuhkan kerajaan persekutuan jangan hairan jika huru hara negara ini kerana lebih ramai pihak yang ekstrim tentang perkauman.

5 comments:

Tungaklangit said...

salam saudara GM

pas tak akan membela bangsa melayu sebab pas tolak konsep mempertahankan melayu...

satu lagi pas tak mahu ambil tahu pasal budak perempuan melayu tu sebab tak ada nilai politik untuk dicanangkan...

inilah orang yang mengaku lebih islam dari orang lain

salam bro

YANG GAMBI said...

Salam,

Pemimpin PAS akan menghancurkan umat Melayu Islam di bumi Melayu ini, Pemimpin PAS redha berbuat demikian asal sahaja DAP beri tempat cukup untuk mereka sahaja, rakyat biar mampus.....

garamanis said...

Salam Tungak/Gambi,

GM setuju..

Junah said...

Salam Bro,

ada anak kelantan jatuh bangunan, ada Tn Guru heran?

AKIL said...

faezzzz...ape beza budak jth ngan tbh ni??sape budak tu n sape tbh??klu PM kite kne cmpak jth bwh korg akan bncgkan psal PM or psal bdk tu???