Thursday, July 30, 2009

Aneh: Budak Jahat Pakatan Pelupa.!


Rupa-rupanya budak-budak jahat adalah seorang pelupa. Mereka selalu lupa yang mereka juga pernah buat benda yang sama. Bila orang lain buat mereka melenting katanya tiada fakta, berniat jahat dan mencetuskan spekulasi semata-semata.

Semalam seorang budak jahat yang bernama Lau telah membuat laporan Polis. Alasannya sebuah akhbar penjulang bahasa melayu telah mengeluarkan artikel yang boleh mencetuskan spekulasi. Budak jahat Lau dalam laporan polisnya kata Utusan perlu menarik balik artikel itu dan memohon maaf kepada keluarga mendiang.

Budak jahat nie terlupa ketika majlis pengebumian mendiang, bukankah family mendiang tidak mahu DAP mencampuri dan paling sedih mereka terkilan dengan tindakan DAP yang tidak memaklumkan kematian anak mereka..! Budak jahat mungkin tak tahu yang famliy mendiang juga tidak mahu post mortem kali kedua oleh doktor Thailand seperti yang didesak oleh orang kuat DAP.

Berkait dengan laporan Utusan yang kononnya tidak benar dan mencetuskan spekulasi, imbas kembali apa yang sudah pakatan jahat dalam dunia politik hari ini telah lakukan. Dengan pelbagai andaian dan tohmahan yang direka-reka menyerang pemimpin negara yang dianggap musuh kerana tidak sehaluan dengan mereka.

Blog, portal media milik parti, risalah, dan surat khabar haluan kiri digunakan sebaik mungkin melancarkan propaganda menghasut dengan jelas pemikiran rakyat. Sudah banyak bukti menunjukkan propaganda bodoh dibuat oleh budak jahat pakatan.

Yang paling hebat kisah budak jahat Tian yang membuat gambar melibatkan pemimpin negara dan mengaku gambar itu palsu semata-mata. Bagaimana hendak membersihkan imej orang yang telah diburukkan itu. Apakah tindakan rakan budak jahat ini betul kerana dilakukan oleh orang sendiri.

Sudahlah jangan belagak baik kalau tangan itu sebenar kotor menconteng kata kesat di merata-rata tempat. Budak jahat pakatan lebih hebat membuat tuduhan tetapi tidak tahu bagaimana nak simpan. Kisah tragik yang direka-reka memperbetulkan diri sendiri tak lama lagi akan terburai.

Syabas kepada PAS kerana perjuangan membangun bersama Islam yang dilaungkan telah berjaya mentarbiahkan DAP. Selangor berjaya mewujudkan 4,000 premis haram jadah seperti yang diperjuangkan PAS bersama budak jahat yang lain. Janji nak clearkan jualan arak pun PAS tak mampu nak buat. Apatah lagi janji nak buat hudud. Sembang lebih habuk pun takda.!

PAS For All. Heheh..!



5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Dua jenis manusia ini bukan nak fikir lagi pasal Melayu, yang ada dalam fikiran dia orang bila dapat duduk dalam istana besar di Putra Jaya. Dia orang fikir macam mana nak tengok UMNO tumbang berkecai.......

Mekayu, Islam bukan dalam agemda mereka....... yang penting nafsu dapat dilampiaskan...

Dee said...

betul yg gambi nik aziz dan anwar berdendam ngan umno..puncanyer nik azia menganggap umno serbagai penghalang kepada agenda politiknyer dlm setiap pilihanraya umum pas asik tewas saja nie akan menebalkan lagi dendam pas kpd umno.bagi anwar pulak dendamnyer pada umno cukup nostalgik iaitu pemecatan nya dari kerajaan dan umno hingga terbubuhnyer pkr semata mata atas membalas dendam dan ingin melihat umno hancur..sebab itu lah kita lihat mereka ini samggup lakukan apa saja untuk berkuasa dan ingin melihat umno itu rebah..mereka tak kisah malaysai huru hara..hancur ker yg penting mereka dpt kuasa..

garamanis said...

Yang Gambi / Dee,

mereka adalah manusia yang tidak akan dikenang oleh anak cucu bangsa kita.

Junah said...

Salam,

Mereka akan dikenang cuma dari sudut yg berbeza :)

Jeffry said...

UMNO jenis bangsa pendendam. Pasal tu melayu dalam negeri pembangkang dipinggirkan. Mereka lupa bahawa disitu juga ada penyokong UMNO. Aku sebagai ahli UMNO merasa sangat kecewa.