Friday, July 24, 2009

PAS: Sesat Dalam Terang Lagi Menyesatkan

Akhbar Utusan Malaysia memetik Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu. Sumber Utusan

Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian

GM : Tiada apa yang hendak diragukan berkenaan dengan tingkahlaku Nizar dalam menghadiri majlis menyala lilin. Nizar walaupun berbaju PAS tetapi sebenarnya tingkahlakunya dan kecintaannya lebih kepada DAP. Jika hendak diukurkan ramai lagi Chief Ulama ini perlu ragukan termasuklah Anwar Ibrahim, Chief Mader Faker yang mereka agungkan.

Mengapakah begitu taksubnya pemimpin pakatan mahu membela Teoh walhal ramai lagi orang yang jatuh bangunan kerana tekanan hidup atau membunuh diri. Ramai rakyat Malaysia yang jatuh bangunan tak kira bangsa dan agama. Kisah pelajar UKM yang jatuh bangunan beberapa hari lalu langsung tiada pembelaan.

Ceritanya sama juga, dia jatuh bangunan sama seperti Teoh tetapi mengapa mesti tiada pihak yang prihatin. Jawapannya kerana dia adalah orang Melayu dan tiada kepentingan politik. Orang politik lebih sedap menjilat isu yang memberi kepentingan bukan mahu membela nasib rakyat. Itu adalah jawapan yang jelas.
Nizar asalnya juga berdarah cina dan ritual sebegitu tidak memberi kesan kepadanya kerana dia mempunyai sokongan hampir 900 perwakilan yang mengangkatnya sebagai jaguh AJK PAS pusat. Tiada orang yang berdarah Melayu apatah lagi berjiwa Islam menjadi begitu tamak dan takbur menafikan ketentuan yang telah ditetapkan Allah seperti dia kehilangan kerusi MB dulu.

Jika Nizar seorang yang berdarah Melayu dia pasti akan menelan dan menerima ketentuan itu tetapi sayang darah cinanya sentiasa menggelegak dan mengatakan dia berhak keatas kerusi itu. Sikap tamaknya memperlihatkan cara orang Cina menetapkan pendiriannya. Lihat senario hari ini, cina mana yang hendak menjadi pengikut kepada bangsa lain jika tidak berusaha untuk mengatasi bangsa itu.

PAS seharusnya mengkaji kembali cadangan semasa retreat di Kedah baru-baru ini untuk membuka keahlian kepada bukan Islam. Lebih sedap cakap Islam daripada cakap Melayu kerana PAS ‘memperjuangkan’ Islam. Dah nampak sangat PAS sudah jauh benar sesat dalam terang.

Dalam isu Nizar ini, Nik Aziz masih lagi membisu mungkin kerana Nik Aziz khuatir ‘fatwa’nya akan diketawakan rakyat kerana sudah sedia maklum Nik Aziz juga pernah mengunjungi wat siam di Bachok yang tinggi mengalahkan masjid dan keseronokan Khalid Samad mengunjungi gereja menyokong penggunaan Allah oleh umat Kristian.
Nik Aziz sungguh memalukan dan menunjukkan sikap kejelekan yang jijik. Sebab undi bukan Islam PAS sanggup buat apa sahaja. Nizar yang tidak berserban pun boleh apatah lagi Nik Aziz yang mengaku dirinya ulama. Nik Aziz kononnya sedih dengan kematian Teoh sampai menghatar surat takziah hanya untuk meraih undi dan sokongan bukan Islam. Kita tunggu bila Nik Aziz akan buat surat yang sama untuk keluarga Wan Siti Farihan. Kita tunggu apa pendirian Nik Aziz. Klik
Dalam isu Wan Siti Farihan, pelajar yang terjatuh daripada bangunan asrama lebih enak dan manis jika pembelaannya diperbesarkan seperti mana peranan pakatan mengagungkan kematian Kugan dan juga Teoh. Baru PAS dan pakatan menghayati semangat 1Malaysia yang dicanangkan oleh DS Najib.

3 comments:

Godisuno said...

Kesimpulan yang dapat dibuat:

1.PAS memang menagih sokongan DAP dan bukan Melayu sehingga sanggup mengorbankan Melayu dan Islam

2. PAS cakap tak serupa bikin. (salah satu sifat-sifat munafik)

3. PAS tidak bercakap atau memperjuangkan Melayu kerana menurut Tun Dr Mahathir, sesiapa sahaja yang memperjuangkan hak-hak Melayu, maka orang itu adalah racist. PAS memperjuangkan hak Cina kerana itu adalah "keadilan" kerana Melayu@UMNO adalah penzalim.

4. Fatwa yang boleh diterima hanyalah fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS, ulama-ulama PAS, orang-orang PAS, ulama bukan PAS yang fatwanya memihak kepada PAS, dan mungkin juga fatwa dari bukan ISLAM yang menyokong PAS (seperti mana berlaku diPerak dengan bacaan surah Al-Aura)

5. PAS adalah parti yang tiada prinsip, parti maha flip flop, parti lalang, parti biawak Chameleon yang mampu menukar warna mengikut persekitaran untuk menyelamatkan diri sendiri.

garamanis said...

SALAM GODISUNO,

PADAT DAN PEDAS..

Godisuno said...

garamanis,

Nak buat macam mana, semenjak kecil sampai ke tua sekarang ni, hidup dikelilingi orang-orang PAS yang tak berapa nak rasional. Sedih.