Friday, July 31, 2009

Aneh: Mentaliti Gred E PAS


PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa. Haktuiihh Daily

1. Inilah kerja parti yang bermentaliti gred E. Kerjanya hanya mencari kesalahan orang lain. Maksudnya ini PAS mengakui kelemahan diri sendiri. Mereka dulu lantang ingin membendung maksiat kali ini tak mampu untuk bersuara. PAS ibarat melukut di tepi gantang bila berkuasa di Selangor.

2. Selepas ditampar pengundi Bukit Gantang kemudian merebak ke Manek Urai, PAS berada di dalam keadaan yang goyah. Mereka sedar perubahan sokongan orang Melayu mula berkurangan setelah menjalinkan hubungan haram dengan gangster dan peliwat. Jika PAS benar-benar bersuara di Selangor, lakukan sesuatu untuk membendung perkara maksiat ini. Tapi tidak bercakap memang mudah tetapi nak buat haram tak mampu..!

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

3. Apa yang hendak dihairankan jika dulu rumah urut ada tetapi selepas kawan sekolah PAS memerintah lagi teruk jadinya. Gangster yang ambil alih pentadbiran kerajaan. Apa kejadahnya. PAS buat apa kat Bangunan SUK. Tidor ker..?

4. Dengar khabarnya PAS akan letak hampir 1,000 orang Unit Amal di Masjid Negara esok. Satu lagi kerja gila yang akan dilakukan PAS. Sejak bila Unit Amal ni diberi kuasa untuk menjaga keselamatan kawasan awam.? Alasan PAS adalah untuk mengelakkan berlakunya huru-hara.

5. GM ingin bertanya, siapa yang selalunya mencetuskan huru-hara.? Bukankah makhluk rimba jalanan PAS yang selalu bikin panas. Jika dulu PAS mengatakan kerajaan mengamalkan undang-undang rimba tetapi kali ini PAS sebenarnya yang amalkan undang-undang rimba. PAS adalah pencetus kepada undang-undang rimba.

6. Satu lagi soalan GM nak ajukan kepada Nik Aziz jika dapat bersemuka dengannya. Cakap kepada PAS Selangor, letakkan 1,000 orang Unit Amal berkawal di Bangunan SUK atau di pusat-pusat urut seluruh Selangor. Itukan lebih bagus untuk mengelakkan gangster buat meeting dan aktiviti gelap kat situ. Baru nampak PAS buat kerja di Selangor.

6 comments:

keris panjang said...

Sayang sekali, pas ni dh sesat jauh dah tp tak mahu sedar walaupun dh ditegur, dinasihat berulang kali. Mmg dah bingai. Tak makan saman.

eXception said...

Kenapa PAS Selangor tak nak langsung sentuh pasal penyelewengan exco selangor? pasal ADUN PR salah guna 375 ribu tu? Sebenarnya diorg takut selak kain sendiri, dlm kain sendiri penuh kurap panau dan siflis...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

ORANG KG said...

Bisalah gred E,depa cakap jenis tak serupa bikin,salah orang nampak tapi salah sendiri tetap salahkan orang lain juga...itulah mentality orang2 PAS kuda poney(pasal apa teman panggil kuda poney,pasal kuda kecil ne suka dengar cakap tak lawan tuan punya)ikut aje arah kawan depa si roket tu.

garamanis said...

Bro,

orang PAS je yang buta mata..hamPAS sungguh..

Junah said...

Salam,

Geng2 pelawak sarkas hahaha kerja sendiri tak mo buat nak buat kerja polis.

kokawi said...

Tak sangka ader 4000..buah rumah maksiat masa YB khir mentadbir...ingatkan berkurangan bila dah jadi pembangkang..bagi pulak PAS tadbir...bertambah pulak..jadi 7000..hmm...aper yang Pas buat selama duduk kat kerusi pentadbiran?