Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Manek Urai : PAS Gelisah Menanti Debaran Malam 14 Julai


Setelah PAS mengharapkan pengundi luar yang berjumlah hampir 800 orang pulang, PAS dilihat benar-benar terdesak. Melalui abg ‘gedebe’ gelaran golok, PAS membawa pulang 200 orang orang pengundi yang berstatus ‘dwi’ iaitu mempunyai kelayakan mengundi tetapi tidak bermaustatin di Manek Urai tetapi di sempadan Thai.


Kegelisahan PAS ini makin dirasai apabila mereka telah melantik 10 petugas Unit Amal disetiap tempat pembuangan undi bagi mengawasi pengundi yang mencurigakan semasa hari pembuangan undi. Perkaranya mudah jika ikhlas untuk mentadbir PAS tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri.


Melalui sumber dalaman PAS, GM diberitahu Exco Kerajaan Negeri Kelantan mengakui peluang PAS mungkin akan terkubur kerana jentera kempen BN dilihat konsisten dan PAS ketinggalan untuk menggempur. Selain itu, PAS terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengundi luar. Daripada 1,421 pengundi yang terdapat dalam rekod PAS, sejumlah 526 orang telah menyatakan kesanggupan untuk pulang dengan bayaran RM 240 seorang. PAS perlu mendapat sokongan daripada 800 pengundi luar untuk menang dengan majoriti 450 undi.


Timbul persoalan adakah RM 240 itu dikira rasuah ataupun sedekah.? Seharusnya jentera BN perlu lebih peka terhadap perkara-perkara seperti ini.


Tambahan pula, wujud konflik sesama pakatan antara PAS dan juga PKR. Ini dibuktikan apabila PKR Kelantan telah menganjurkan majlis penyerahan borang keahlian baru PKR cawangan Kg. Manjor. Majlis itu menyaksikan Khalid Gagap dan Shamsul Mat Ketot menerima 60 borang keahlian baru PKR. Majlis itu mendapat reaksi tidak senang Unit Amal yang kebetulan berada dikawasan tersebut kerana PAS akan berdepan dengan musuh dalam selimut dikemudian hari.


PAS tidak menyenangi kehadiran PKR walaupun dalaman sesi ceramah mereka dilihat hebat berceramah dengan kehadiran ramai pendengar. Sebagai contoh, malam tadi di Markas UPU Sg.Perial kehadiran Anwar Ibrahim dan juga Nik Aziz telah menghimpunkan hampir 3,000 pendengar dari seluruh pelusuk Kelantan. Jangan kita terpedaya dengan kehadiran ramai orang. Apa yang jelas kehadiran ramai pendengar adalah terdiri daripada petugas-petugas PAS dan juga orang luar yang tidak berkelayakan untuk membuang undi.


Bagaimana pun, isunya tetap sama mengutuk dasar-dasar kerajaan selain menyajikan rangkaian cerita fitnah yang tiada kesudahan. Pakatan rakyat gagal memberi aspirasi kepada rakyat. Yang heboh adalah jika Manek Urai kekal di tangan PAS, mereka akan menuntut royalty minyak Kelantan di Dewan Rakyat secara konsisten kononnya kerajaan pusat berhutang RM 1 Billion dengan Kelantan. Itu pun jika menang tetapi jika mereka kalah adakah isu royalty minyak juga akan disimpan untuk PRU akan datang.?


Jika BN menang kali ini skrip cerita lama akan dikeluarkan iaitu BN membawa pengundi hantu atau SPR tidak telus tetapi jika PAS menang akan dicanang seluruh Malaya rakyat menolak BN dan imej Nik Aziz akan kembali bersinar. PRK ini juga menyaksikan PAS telah mengguna skrip-skrip lama BN walaupun pahit ditelan tetapi demi politik PAS menelan jua.


Jika pengundi ada menerima SMS ini, fikirkanlah…


‘BN MENE DI MU, NIK AZIZ MASIH MB, PAS KEKAL PERINTAH, PENDUDUK MU DAPAT KEMAJUAN YANG KIAN LAMA TERTUNGGAK. UNDI BN UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEMAJUAN PENDUDUK MU’



Saturday, July 11, 2009

Manek Urai: Benarkah PAS Di Kedudukan Selesa?


Apakah Manek Urai akan menyaksikan prestasi PAS merudum.? Tanggapan itu tidak mustahil kerana angin perubahan kini kencang bertiup walaupun organ rasmi PAS menafikan perkhabaran itu. PAS sesungguhnya gelisah menanti hari pembuangan undi 14 Jul kerana itu akan menentukan kewibawaan PAS mempertahankan Manek Urai. Mempertahankan kedudukan daripada memenangi adalah sesuatu yang sukar dilakukan walaupun PAS gah mencanang bahawa mereka kini dikedudukan yang terbaik.


PAS bermatian mahu mempertahankan DUN Manek Urai. Mereka berhabisan puluhan ribu malahan telah menambah dana pilihanraya sehingga RM430,000 daripada jumlah asal RM 350,000. Ini mengambarkan PAS benar-benar serius mahu menjaga air muka mereka. Itu tidak kisah kerana di pihak BN mereka juga mahu memenangi. Maka tidak hairanlah jika TPM kerap hadir bersama barisan menteri-menteri dan timbalan menteri yang lain.


Penambahan dana PAS adalah kerana mereka mahu pengundi / penyokong yang berada diluar kawasan balik mengundi PAS. Melalui sumber, PAS mengharapkan 800 pengundi luar menunjukkan muka mengundi mereka kerana ini adalah talian hayat PAS. Jika kurang dari jumlah itu maka mengelupurlah PAS seketika. PAS sedar kedudukan mereka di Manek Urai kini ditahap 50-50 kerana angin perubahan telah ditunjukkan oleh rakyat Manek Urai.


Dari segi sokongan peti undi ketika ini, PAS yakin benar akan memenangi peti undi Lata Rek, Laloh dan Sg. Perial. Ini adalah kawasan kubu PAS tetapi segalanya boleh berubah jika pihak BN meningkatkan kempen di ketiga-tiga kawasan tersebut. Satu mesej yang ingin GM sampaikan UMNO perlu lupakan sengketa seketika dan butakan mata pekakan telinga.


Dalam pada itu, ketidakhadiran Nasharuddin Mat Isa dalam beberapa siri kempen PAS telah menimbulkan reaksi yang kurang senang terhadap kepimpinan tertinggi PAS. Ada yang mencemuh PAS kerana kini bersikap ‘arogant’ dan takbur dengan sokongan bukan Islam mereka. PAS lupa suara akar umbi yang telah menaikkan mereka. PAS lebih suka menjaga bukan Islam.


Kedatangan PKR dan menempatkan Bilik Gerakan mereka juga tidak disenangi PAS. PAS tahu ini telah menimbulkan tanggapan yang tidak sihat kerana Manek Urai bukan seperti semenanjung pantai barat yang gemarkan kempen yang agresif. Naib Presiden PKR sendiri mengakui PAS tidak memerlukan khidmat PKR ketika berucap merasmikan Bilik Gerakan PKR. Secara halus PAS mahu menyingkirkan PKR yang kini dilihat sangat tamak dan sombong.


Manek Urai mempunyai 9 Peti Undi iaitu Temalir, Sg. Sok, Chuchoh Puteri, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Laloh, Manjor, Lata Rek dan Sg Perial. Peti Undi yang paling jauh adalah Chuchoh Puteri. Jika tidak kerana Pilihan raya ini mana mungkin orang mengenali Manek Urai yang turut mempunyai permandangan air terjun yang cantik. Masih boleh diterokai dan dikomersialkan oleh pihak-pihak yang prihatin.


Monday, June 29, 2009

Manek Urai: PAS Gelisah

Sebelum PAS mendapat kawan baru sangat aktif mengutuk IFC tetapi setelah dimandramkan oleh DAP dan PKR, PAS adalah penyokong yang setia
Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.

PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan. HaprakDaily

1. Sebenarnya PAS cuba menutup kelemahan sendiri. Dikatanya UMNO Bahagian bertelagah tetapi sebenarnya PAS Kuala Krai lagi teruk masam mukanya. Jangan tak tahu puak ‘Yang 1 lagi’ menepuk meja marah tak jadi calon. Kawe lagi hebat napo tokeh ikan jadi YB’. Belum apa-apa lagi dah nak tunjuk teknik beradu.

2. PAS kata UMNO Bahagian bermasalah. Sebenarnya mereka tak mahu nampak kocakan air yang bergegar dari bawah. PAS tak mahu 9 puak yang bertelagah dihidu jentera Dato’Pa. 9 puak yang bertelagah bukan 2 dari UMNO seperti yang dikecohkan.

3. Yang peliknya PAS mahu awang ‘gedebe’ tapi berbisik mereka tak mahu. Yang mana satu betul dan yang mana satu benar. Ajaibkan? Jika sesiapa yang tidak tahu gedebe, GM nak cakap gedebe tuh macam biawak yang baru dapat telur berlagak samseng lepas dapat telur senyum ke telinga.

4. Awang ‘gedebe’ nie kerja mudah. Mula-mula buat jahat nak jadi orang PAS pakai saja serban letak celak 2 titik di dahi terus jadi calon faveret. PAS dah arogant rasa diri terlampau hebat. Tapi memang mereka hebat. Hebat dikencing hidup-hidup.

5. Matlamat PAS dah keliru. Calon BN ramai kenalan dan keluarga. Macam calon BN di Bukit Gantang. Jika tak kerana undi daripada orang bukan Melayu dah tersungkur Nizar Namrud di situ. Manek Urai, PAS nak harapkan siapa.? Majoritinya Melayu dan majoritinya nak perubahan.

6. Kini, sibuk pula si gembala kambing Janapari nak tuntut duit royalti minyak. Nak dijadikan isu di Manek Urai kononnya BN sekat hak rakyat Kelantan. Sudah hampir 20 tahun PAS mendapat hasil daripada menjual cd ceramah di pasar malam kali ini sibuk minta royalti minyak. Bukankah balak bersepah di Kelantan. Mungkin si gembala kambing Janapari mahu tunjuk kebolehan mentadbir di hujung hayat Nik Aziz. Rasanya, sudah banyak tanah pinggir sungai Kelantan dipajakgadaikan.

7. PAS risau semangat Bukit Gantang dibawa ke Manek Urai. Nik Aziz takut benar dengan prestasi PAS kali ini. Sudah dihentikan Kerajaan Perpaduan Nik Aziz mahu membuktikan kepada kawan-kawan yang mereka masih lagi berkuasa dengan menolak Kerajaan Perpaduan tetapi perpaduan Melayu di Manek Urai lagi penting. Nik Aziz terlupa. Oh..sudah nyanyok pendita itu.

8. Benarkah UMNO Bahagian bertelagah atau PAS sebenarnya gagal menutup amukan 9 puak yang berebut kerusi Manek Urai.? Jika hendak tangkap pencuri harus berfikir seperti pencuri. Itu yang sedang dipratikkan PAS dan terbukti mereka gagal.

Thursday, June 18, 2009

Manek Urai: Team Presiden Diminta jangan hadir berkempen

Kali ini tak tertahan rasanya mendengar kecelaruan yang ada dalam PAS. Bohonglah jika GM tak panas hati bila isu ini makin panas dan mengelegak. Kenapa Pendita usang Nik Aziz makin teruk Alzhemeirnya.? Adakah menjadi satu kesalahan jika PAS duduk semeja berunding demi perpaduan ummah..! Kali ini GM nak kongsi maklumat yang GM terima daripada PAS Pusat.

1. Kegilaan puak-puak sekular makin rancak. Hari-hari dalam blog menghentam kumpulan Presiden kerana kononnya mendakwa team Presiden tak wa’ala kepada MOO SHIT DOL Am PAS. Sebenarnya yang berlaku adalah kerana dendam kesumat kerana anak ikan emas tak ditabal sebagai bakal pewaris PAS yang sekular.

2. Kali ini pasti lebih hangat dan menampakkan perpecahan dalaman PAS. GM diberitakan 6 negeri iaitu Kedah, Perlis,Pulau Pinang dan Terengganu akan memboikot kempen PRK Manek Urai. Lagi 2 negeri GM tak nak sebut itu lagi sensitif dan bercakaran sesama sendiri.

3. Kenapa GM cakap 6 negeri diatas.? Ini kerana 6 negeri tersebut adalah pro kepada Presiden / kerajaan perpaduan (UG). Kerana 6 negeri tersebut paling steady dibelakang team presiden.

4. Melalui fatwa pendita usang Nik Aziz, kumpulan pro Presiden / UG tidak dibenarkan berkempen di Manek Urai dan fatwa itu disambut oleh team Presiden, Kami takkan turun Manek Urai. Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Dewan Pemuda PAS Kelantan untuk membuat cadangan kepada kepimpinan tertinggi (MO SHIT DOL) supaya team Presiden dilarang hadir berkempen.

5. Jawapannya mudah Team Presiden kali ini dipulau oleh puak sekular dan buat apa hadir di Manek Urai jika tidak boleh menggunakan pentas untuk berkempen. Lebih baik simpan duit untuk tujuan kebajikan. Itu yang berlaku. PRK kali ini menyaksikan PAS berpecah kerana virus sekular bawaan Anwar Ibrahim.

6. Pihak yang paling beruntung dan sangat gembira adalah Anwar Ibrahim kerana pemuja taksubnya di dalam PAS khayal dengan drama yang sedang dipanggungkannya. Syaitan ini mahu mereka melupakan perbicaran kes liwat dan tidak memperkatakan isu itu.

7. Nik Aziz pernah berkata PAS ak mungkin akan berpecah kerana PAS parti yang taat kepada kepimpinan tetapi kali ini Nik Aziz kena menelan kegooan kerana tangannya sendiri merosakkan PAS.

8. Apa yang pasti ini adalah malapetaka PAS kerana mempermainkan sumpah. Ingat lagi Amanat Hadi Awang yang di buat pada 7 Apr 1981.? GM pasti semua mujahiddin di sini tahu pasal fatwa itu.

9. Jalan penyelesaian paling mudah untuk memperbetulkan PAS adalah BUANG TERUS PENGARUH ANWAR IBRAHIM. Itu jawapannya.