Friday, January 23, 2009

Penjenamaan Semula UMNO.?

Semalam kita disajikan dengan berita penahanan beberapa ahli politik berhubung rasuah politik yang boleh disifatkan sebagai duri dalam daging politik Malaysia. Walaupun berita tersebut kurang memberi kesan kepada kita kerana telah diketahui umum rasuah dan UMNO ibarat aur dengan tebing.

Kalangan pemerhati terutama pembangkang memerhati dengan penuh minat akan produk pertama yang akan dihasilkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha untuk mengembalikan semula intergriti yang kian lama pupus.

Tetapi timbul tanda tanya mengapa ikan bilis yang masuk jerat, dimana ikan kembong yang kekenyangan.? Jika ahli-ahli UMNO yang bertaraf AJK didakwa bagaimana mereka yang masih lagi sibuk mengatur strategi mendapatkan jawatan tertentu dalam parti.

Pasti timbul ketidakadilan dalam isu penahanan ini. Ini kerana lembaga displin parti masih lagi kuasai Presiden parti dan isu ini dianggap sebagai cubaan untuk mengalihkan rakyat memperkatakan tentang kekalahan UMNO di Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun proses penjenamaan semula UMNO dianggap sebagai pembuka tirai kepada Datuk Seri Najib yang akan memimpin parti bermula Mac 2009.

Jika Datuk Seri Abdullah diberi kredit kerana pendekatannya menjadikan BPR badan yang
bersifat telus, usaha membanteras rasuah politik dianggap tindakan yang betul dan tepat pada masanya walaupun terdapat pihak mencemuh usaha tersebut.

Harus diingat Datuk Seri Abdullah masih menguasai lembaga displin dan pasti ada kambing-kambing hitam yang akan dijadikan korban menjelang pemilihan Mac 2009.

Bagaimanapun, pendekatan yang cuba dilakukan Paklah pasti diikuti dengan penuh minat seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO setelah kekecewaan berganda PRU ke-12.

Jika hendak diikutkan rasuah politik dalam UMNO bermula sekecil-kecil AJK cawangan hinggalah yang hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Unsur rasuah pasti ada.

Selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu, Datuk Seri Najib menggesa seluruh pemimpin UMNO perlu mengikis imej negatif dan selalu berdamping dengan masyarakat. Barah ini sukar dibuang kerana Datuk Seri Najib harus melihat diri sendiri sebelum membicarakan perihal orang lain yang boleh diibaratkan menepuk air dulang, terkena muka sendiri.

Agak menyedihkan parti yang menunjangi BN berada dalam keadaan yang sangat kotor dan naif. Menjelang bulan Mac 2009, satu bebanan yang maha berat akan dipikul Datuk Seri Najib kerana perlu mengembalikan semula kegemilangan parti orang Melayu daripada dipengaruhi unsur-unsur rasuah yang boleh menjahanamkan negara selain mengikis tanggapan negatif imej Islam yang diperjuangkan selama ini.

3 comments:

PAPA GOMO said...

AKU TIDAK NAMPAK ISU PENDAKWAAN 3 ORANG UMNO INI DALAM KES RASUAH AKAN DI SOKONG OLEH RAKYAT!!!

SEBALIKNYA APA YANG PERLU ADALAH PEMILIHAN UMNO PADA MAC INI.

PADA PEMILIHAN INILAH RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN!!!

JIKA PEMILIHAN MAC INI YANG MENJAWAT JWATAN ADALAH GOLONGAN YANG KORUP MAKA RAKYAT AKAN MENGANGAP UMNO MASIH LAGI KORUP!!!

TERPULANG PADA PENGUNDI NANTI...
JIKA INGINKAN UMNO BERKUBUR UNDILAH MEREKA YANG KORUP!!!

TAPI JIKA SAYANGKAN UMNO DAN INGIN MELIHAT UMNO KEMBALI DIPERCAYAI RAKYAT UNDILAH MEREKA YANG BUKAN GOLONGAN KORUP!!!

SESUNGGUHNYA UMNO MASIH RELEVAN DALAM MEMPERTAHANKAN HAK ORANG MELAYU!!!

Ali Abdullah said...

Salam Faiz,

Umno sekarang dipandang sebagai parti politik wang. Itulah mentaliti manusia yang bergelar melayu nih. Apabila dikaitkan sesebuah pertubuhan dengan perilaku ahlinya maka keseluruhan komuniti dalam pertubuhan itu juga dipandang sama sahaja. Tak ada lagi tompok putih oleh palitan warna hitam. Begitulah perumpamaannya.

Penjenamaan semula Umno ini terlalu subjektif. Apa yang hendak dibuat lagi untuk menukar tanggapan rakyat jika sebahagiannya sudah sebati dengan pemikiran 'Umno itu sudah rosak'. Nama Umno itu sudah hilang kredibiliti. Pokoknya, perbuatan buruk itu dilakukan oleh sebilangan kecil ahlinya (seperti juga parti-parti pembangkang yang lain), bukannya semua ahli yang berjuang dalam Umno. Jika ditukar keseluruhan ahli Umno pun, Umno tetap juga dianggap parti politik wang juga. Tiada beza.

Bukan 'Penjenamaan Semula Umno' yang perlu dibuat, tetapi 'Penjenamaan Semula Pemikiran Rakyat Malaysia'.
Wassalam

Lord Garam said...

Salam GOMO dan APAI,

Ada kambing-kambing hitam..Dibawah Datuk Seri Najib pasti akan dilakukan usaha 'pembersihan' untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO..Kredibeliti beliau masih belum teruji..