Thursday, January 15, 2009

PAS dan Bayangan Erdogan


Saya amat tertarik dengan hujah seorang penulis dalam laman Harakah Daily hari. Penulis tersebut seolah-olah sedang lena tidur dibuai mimpi indah. Beliau dengan yakin mempersendakan BN apabila gagal memecah-belahkan perpaduan dalam PAS dengan mendakwa istilah kumpulan Erdogan diberi oleh penyokong BN telah gagal sama sekali. Rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018700&Itemid=46

Apakah beliau lupa bahawa istilah "Erdogan" atau sayap kumpulan pro Anwar diwujudkan oleh penyokong PAS yang kecewa dengan kepimpinan PAS yang telah terpesong dari tapak perjuangannya. Cuba lihat kepimpinan PAS hari ini. Lebih didominasi oleh kumpulan profesionalnya yang menjadi mata dan telinga Anwar kadang-kadang lidah lebih berbisa dari Anwar Ibrahim.

Mungkin juga penulis terlupa bagaimana Kumpulan Ulama yang diketuai oleh Presiden PAS menafikan pengaruh Erdogan setelah PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam. Kemudian Mahfuz Omar tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan media melalui Harakah Daily menafikan pertemuan tersebut. Mahfuz Omar memang kelam kabut hinggakan membawa isu Palestin di Kuala Terengganu dengan harapan sokongan pengundi Melayu kembali meningkat.

Dalam pada itu, pengaruh Husam Musa keatas Dato' Nik Aziz juga semakin menebal apabila beliau tanpa segan silu mempengaruhi Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan menyokong pelan 16 Sept Anwar Ibrahim untuk menjadi PM Malaysia. Dalam kumpulan mana Husam Musa.? bukankah kumpulan Erdogan yang dilabelkan oleh penyokong tegar PAS..! Sehingga sanggup menikam belakang Dato' Mustapa Ali kerana tidak mengiktiraf pelan 'BANGANG' itu.

"Pemimpin-pemimpin PAS di semua peringkat dan bahagian termasuk yang dikatakan kononnya dari Kumpulan Erdogan itu sedikit pun tidak bersuara bahkan memberi keyakinan penuh bahawa calon yang dipilih oleh PAS tersebut adalah calon yang paling layak untuk 'mentalkinkan' Umno di Kuala Terengganu". Keyakinan apa yang dimaksudkan oleh penulis ini.? Disini penulis cuba memberitahu kepada pengikut-pengikut taksub Anwar Ibrahim bahawa penamaan calon PAS tersebut telah mendapat lampu hijau daripada kumpulan pro Anwar walaupun beliau mengetahui memang terdapat suara-suara sumbang memperkecilkan calon dari Wakaf Mempelam itu.

Kumpulan Erdogan ternyata gagal mempengaruhi kepimpinan PAS untuk meletakkan calonnya sebagai persedian untuk memudahkan Anwar Ibrahim mendapat sokongan dalam pelan 'BANGANG'nya. Mungkin PAS telah belajar dari PAS Selangor yang terus 'mencantas' Khalid Samd dan Shaari Sungip dalam barisan tertingginya. kerana sedar PAS telah dikudakan dalam kerajaan campuran Selangor.

Kepada PAS, BN hanya menjalankan 'tanggungjawab sosialnya' mencetuskan isu dalam menghadapi pilihanraya Kuala Terengganu kerana BN sedar kekuatan senjata fitnah memfitnah yang digunapakai PAS cukup sukar dibendung disebabkan telah menjadi makanan PAS sejak dahulu lagi. Jika kita hendak menangkap pencuri kita perlu berfikir seperti pencuri,madah berhelah ini mungkin sesuai diberikan kepada BN untuk menghadapi PAS di Kuala Terengganu.

4 comments:

Anonymous said...

wooiii...betul ker cerita kau nie..aku nak mengundi..aku nak pangkah sape..

Lord Garam said...

Salam Sape nama ko,

Ko balik mengundi nanti jgn fikir banyak masuk bilik undi terus pangkah BN, Aku bukan nak hasut ko tapi setiap undi yang masuk untuk PAS secara tak langsung memudahkan DAP nak usir orang melayu kat perak.

DAP dah bagi tanah kat kg2 baru di perak.ko kaji balik kg baru sapa yang duduk.?Cina kan.. Cina nie Cina komunis yang dah tembak orang Melayu pertahankan tanah melayu. Ko nak kawtim dengan diorang.?Sendiri mau ingat la bro..

Soryla emosional skit.
Salam

gotahlantun said...

SALAM.

DEN STUJU DEGAN KAU GARA..
CINO KOMUNIS NI DAH MELAMPAU..
KITO BAGI SECOET DIO NAK SEDULANG..
NAK KONO PENANGAN POTER DEN AGAK EEH..

HIDUP GARA.. HIDUP MELAYU..!!!

Anonymous said...

Singapura
Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara. Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.