Saturday, May 23, 2009

Saya Lapar...Sudah Lama Enggak Makan..!

Ada berani ka mau join mogok...Lu hari-hari duduk dalam aircond apsal mau duduk tengah panas.? Lu memang bikin panas la..!


Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.

Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.

Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.

Mohammad Nizar akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan panel tiga hakim di Putrajaya yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 11 Mei lalu.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.

"Sebuah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja."

Beberapa ADUN Pakatan di Perak yang tiada masalah kesihatan dijangka turut menyertai mogok tersebut.

Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.


Sumber: Malaysiakini


GM: He..he..he..udah ler tuh yeoopp…hentikanlah...Deme macam tak terima ketentuan illahi. Pakatan Sialan akan mencipta rekod kerana belum pernah terjadi di dalam Malaysia, ADUN akan menjalankan Starve Hunger (dengan Izin) atau mogok lapar kerana terlampau kecewa dengan keputusan mahkamah. Sungguh aneh karenah manusia hari ini makin rancak diserang sindrom gila kuasa makin menjadi-jadi meroyannya.


GM cadangkan kepada ADUN Pakatan Sialan supaya ambil latihan intensif di Afrika sebagai menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar INGIN merasai keseronokan bermogok. Cuba rasai pengalaman di Afrika daripada gila membuat gimik untuk menarik perhatian orang ramai akibat kekecewaan yang melampau.


Kepada yang berasa benar-benar berjiwa Islamik terimalah kenyataan ini dengan kalimah “Alhamdullilah” semoga pengalaman dan dugaan yang diberi menjadi teladan untuk menjadi parti yang benar-benar memperjuangkan Islam bukan sekadar di mulut tetapi IKHLAS memperjuangkan Islam dan ummah.

Ayuh Mengkuang Kita Tolak PKR..!

Pesta di Mengkuang baru sahaja bermula. Pesta ini tidak seperti pesta-pesta sebelum ini yang lebih kepada penyatupaduan dosa-dosa fitnah oleh puak-puak yang dahagakan keseronokan berfitnah. Kami dah bosan dengan pesta fitnah bawaan Pakatan Sialan


Ayuh rakyat marhaen Mengkuang kita tolak PKR. Kita pilih calon yang boleh memberi keuntungan kepada kita. Kita tolak calon yang memudaratkan keharmonian negara. Tolak PKR sama juga kita menolak kepada petualang Anwar Ibrahim. Nama yang sangat kita benci kerana telah menyebabkan kita susah bukan memberi kita kesenangan tetapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini telah menyusahkan kita dengan memaksa kita membuang undi demi keuntungan perut nasi kroninya.


Rakyat marhean Mengkuang, jangan kita tertipu lagi dengan lagak poyo tawaduk Anwar Ibrahim, jangan kita terpedaya dengan lenggok bunyi retorik ceramahnya yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada kita.


Kali ini Mengkuang akan halau manusia ini terus ke laut atau humban ke Pulau Aman. Biar di pulau rakyat baru aman bumi Malaysia ini.


Kita lihat contoh YB bangang kita sebelum ini, Fairus Al- Pemalas langsung haram nak jejak kaki balik melawat kita di Mengkuang. Sahabat-sahabat kita dahulu dilanda kesusahan kita minta bantuan tapi macam anjing depa kat KOMTAR tuh halau kita. Kita juga yang menyesal memilih YB Pemalas ini.


Rakyat marhaen Mengkuang ini peluang kita untuk mengajar kedurjanaan mereka. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita balas balik perbuatan mereka. Kita halau mereka macam anjing seperti mana kita pernah rasa di KOMTAR dulu. PKR dan Anwar Ibrahim sama-sama kita halau mereka.


Usah kita terpedaya dengan sembang AUTA Anwar Ibrahim. Manusia ini tidak pernah serik dengan perbuatan terkutuknya. PKR perlu kita nyahkan daripada bumi Mengkuang. Biar sesiapa yang jadi YB yang pasti manusia bernama Anwar Ibrahim perlu kita buang terus kelaut atau kita humban ke Pulau Aman bersama-sama parti sex bebasnya yang bernama PKR.


Ayuh Mengkuang kita tolak PKR..!

Friday, May 22, 2009

ALLAHUHAKBAR..!

KEMENANGAN DS ZAMBERY MERUPAKAN KEMENANGAN SELURUH UMAT ISLAM DAN RAKYAT PERAK.

KEKALAHAN NIZAR NAMRUD YANG HENDAK MENIDAKKAN KUASA ALLAH S.W.T ADALAH MENUNJUKKAN BETAPA HINANYA NIZAR NAMRUD YANG DIRASUK SINDROM GILA KUASA. DS ZAMBERY YANG DIWAKILI SEORANG LAWYER BERHADAPAN DENGAN NIZAR 8 LAWYER, AKHIRNYA NIZAR NAMRUD TERKULAI DENGAN KEBENARAN DAN TAKDIR ALLAH S.W.T

YANG BENAR PASTI AKAN BERDIRI.
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..!

Apa Reaksi Peliwat No.1 Negara Ketika Ini?

Gambar ini tiada kena mengena dengan aktiviti menggalakan pembakaran hutan cuma menggambarkan hati manusia yang mengelegak kerana tidak dapat menerima ketentuan Qada dan Qadar


Hua..hua..hua..Si penyamun bintang 3 Nizar Al-Namrud Wal-Komunis kalah dalam percobaannya untuk menidakkan kuasa Allah S.W.T. Beliau telah diberitahu oleh hakim Mahkamah Rayuan bahawa Mahkamah Tinggi telah silap mengistiharkan dan mentafsir peruntukkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTNP).


Dalam reaksi pemimpin Pakatan Rakyat pasti akan terpacul kata-kata keji contohnya Mahkamah tidak adil, BN beli hakim, SPRM digesa menyiasat hakim2 dan paling lantang akan terpacul dari mulut busuk Nizar Al-Namrud Wal- Komunis ialah..BUBARKAN DUN..!


Laman-laman haram jadah pro-pembangkang macam Pink Turtle, Harakah Daily, TKO dan segala macam saluran fitnah langsung tidak memperbesarkan kekalahan memalukan ini, yang paling sibuk diulas adalah kematian ADUN Manik Urai…GM dah tahu lama dah akan ada PRK kat situ..Blogger-blogger banjngan pun lari berselerak menyorokkan muka tak malu kerana enggan menerima kekalahan yang memalukan ini.



DS Zambery, contoh pemimpin yang matang berpolitik. Ketika diumumkan kalah dahulu beliau dengan senang hati keluar dari Pejabat MB tanpa perlu memburuk-burukkan Nizar Al-Namrud Wal-Komunis


Ini adalah contoh dan bukti jika kita melawan Qada dan Qadar yang telah tertulis dan enggan menerima dugaan yang telah ditunjukkan selurus-lurus pembaris untuk PAS dan umat Islam bermuhasabah diri. PAS harus memikirkan sewajarnya kedudukannya di dalam Pakatan Sialan.


Nizar Al-Namrud Wal-Komunis, ia cukup mudah untuk difahami dan simply matematik yang menjadi asas kiraan budak tadika. Bagaimana pun pengiraan semudah itu langsung gagal dijawab oleh Nizar Al- Namrud Wal-Komunis hingga membuka pekung Nizar dan apa akan jadi jika Pakatan Sialan ini memerintah satu hari nanti.



*Apa reaksi peliwat no. 1 negara ketika ini.?

Thursday, May 21, 2009

Selamat Datang Ke Dunia

GM minta maaf sebab tidak dapat mengemaskini blog GM dalam sehari dua ini. Isu semasa yang panas mengelagak pun GM tak dapat nak ulas untuk membakarkan semangat Mujahiddin blogger disini.


GM menyambut kelahiran anak GM kelmarin pagi 20/5/2009. Gementar, sayu dan cuak sudah GM rasai dan akan menjadi pengalaman paling berguna untuk masa-masa akan datang. Kelahiran anak lelaki yang akan penyambung keturunan GM dan diharapkan akan menjadi anak yang soleh mentaati ajaran Islam dan akan GM didik dengan penuh nilai-nilai patriotik dan kebangsaan.


Info yang GM terima: Anwar al-Juburi sedang cuba dengan proaktif menarik sokongan 6 orang AP BN untuk melompat parti. Si jahanam ini diberitakan akan mengadakan pertemuan pada 25 Jun 09 di Indonesia sebagai usaha-usaha terakhir menyelamatkan bontotnya daripada dikena sebatan akibat perbuatan meliwat.


GM tidak rasa Al-Juburi ini mampu bertindak sejauh itu kerana semua orang sudah tahu temberang Al-Juburi dalam isu 16 Sept tetapi apakah mungkin jika isu ini diperbesarkan Al-Juburi hanya mahu mencipta gimik untuk rakyat marhaen tidak berbicara soal bontot yang telah dijoloknya.?


Subahanallah…! “Anwar Ibrahim harus bertaubat” memetik kata-kata Karpal Singh



Tuesday, May 19, 2009

Pendedahan: Kisah Kotor Nizar Namrud

DAH TERANG LAGI BERSULUH, HANYA SATU SAHAJA JAWAPAN PERSOALAN MENGAPA NIZAR NAMRUD BEGITU MENGGILA MAHUKAN JAWATAN MB. KRONI, KEGILAAN KUASA DAN PALING MENYEDIHKAN BUKAN KERANA AGAMA ISLAM. DIMANA SIFAT JATI DIRI SEBAGAI ORANG ISLAM WAHAI NIZAR JIKA BEGITU MUDAH KAMU DIPERGUNAKAN OLEH RAKAN KAMU YANG MEMBENCI NEGARA ISLAM PERJUANGAN KAMU..!

OH..KAMU BUKAN MAHU PERJUANGAN NEGARA ISLAM. KAMU MEMPERGUNAKAN ISLAM DEMI POLITIK KOTOR KAMU. KETAHUILAH, SUNGGUHNYA KAMU TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MUNGKAR DAN MAHA MUNAFIK.

KLIK : SIRI SATU, PENDEDAHAN KISAH KOTOR NIZAR NAMRUD

Monday, May 18, 2009

Sedarlah Kamu Cuma Ada 6 Kerusi Buruk Yang Lusuh Dan Hanyir

Ini gambar penyanyi kumpulan Punk The Exploited yang akan menjerit memaki hamun kerajaan. Tiada bezanya dengan PAS yang suka menjerit-jerit tetapi tidak tahu apa yang dijeritkan


Kadang hairan dengan tingkah laku menggila Nizar, seboleh-boleh beliau mahu mempertahankan kerusi MB yang diberi DAP sebagai boneka. Apa yang mahu dipertahankan Nizar.? Kroni, balak atau Nizar sudah termakan budi dengan DAP.?


Ramai yang tidak sedar, penyokong totok PAS yang berbaring juga mungkin tidak sedar. Nizar jadi begini kerana kuasa. Satu istilah yang sesuai diletakkan di dahi ahli politik menggila seperti Nizar.


Cubalah kita renung dan singkap kembali di mana peranan PAS di Perak dan juga di dalam Pakatan Rakyat amnya. Penyokong totok bertakbir membabi buta, mengiyakan segala kerja keji pemimpin mereka.


Kisah di Perak cukup menjelaskan betapa hinanya Nizar dan PAS. Sudah terang lagi bersuluh mereka dipergunakan dan diperah tenaga sebaik mungkin. Ikut logik mana mungkin Tuanku Sultan Perak mahu memberi jawatan MB kepada parti yang hanya mempunyai 6 kerusi. Tolak tepi DAP yang ada 18 kerusi. Tuanku boleh memilih PKR kerana PKR punyai kerusi DUN yang lebih daripada PAS.


Tapi dalam hal ini, Nizar dan PAS masih belum sedar akan kesilapan dan tolenrasi Tuanku Sultan. Ketika krisis pelantikan MB bermula setelah insiden 8 MAC, kerajaan terdahulu BN lebih layak memimpin Perak memandangkan BN punyai 28 kerusi. PAS, PKR dan DAP langsung gagal meyakinkan kemampuan mereka. Logo gabungan pun Tuanku Sultan gagal melihat daripada mereka.


Bagaimana mahu membentuk gabungan jika logo pakatan pun tiada dalam diri masing-masing.? BN mencadangkan supaya DUN dibubarkan kerana tiada kesefahaman yang dicapai dalam konflik itu tetapi ditolak Tuanku Sultan atas alas an pembaziran wang dan juga masa.


Jadi mengapa hari ini heboh Pakatan mahu dibubarkan DUN.? Paling lantang mahu dibubarkan DUN adalah DAP. Strateginya hanyalah mahu meletakkan calon Melayu supaya boleh membonekakan Melayu itu. PAS layak diletak di tongsampah jika DUN dibubarkan. Ketika itu DAP akan memegang bahu PAS dan berkata "We all sudah ada MB Melayu DAP, You PAS duduk diam-diam situ ambil ini chewing gum kunyah"


PAS tidak sedar betapa marahnya Tuanku Sultan ketika pihak komunis DAP memboikot untuk mengadap Tuanku Sultan kerana isu pelantikan MB. Nizar dan PAS terlupa bahawa DAP komunis tidak mahu ber ‘MB’ kan PAS kerana satu alasan PAS adalah pejuang Islam haprak.


Tapi disebabkan kuasa dan keinginan membuak-buak untuk menunjukkan kepada penyokong totok PAS yang PAS adalah parti yang berjaya dengan menjadi MB setelah di Terengganu, Kelantan, Kedah kini Perak dalam gengaman PAS. PAS telah dibutakan hati dengan takbur kuasa.


Kita harus melihat bagaimana Singapura menggunakan orang Melayu untuk sama-sama membina negara Singapura hingga gah seperti hari ini. Pasti ada agenda untuk menjadikan Perak seperti Singapura. Kita tidak boleh memadamkan sejarah. Sejarah yang mengatakan Lee Kuan Yew mengarahkan Lim Kit Siang untuk terus kekal di Malaysia supaya bumi bertuah ini jatuh kembali kepada mereka. Kini orang Melayu Singapura menyesali apa yang telah berlaku kepada mereka.


Kita semua sedia maklum siapa Lim Kit Siang ketika era Lee Kuan Yew dan peranan yang dimainkan dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969.


Lihat sejarah hari ini, mana pernah dalam sejarah negara, sebuah parti yang punyai kerusi paling sedikit dalam negeri boleh menjadi MB. Mengapa ianya terjadi dan apa yang tersirat disebalik yang tersurat.?


PAS harus mengakui dan berterima kasih kepada Tuanku Sultan kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Nizar untuk memimpin kerajaan negeri. Tuanku mahu Nizar memimpin dengan adil dan bijaksana bukan memimpin mengikut telunjuk dan suka hati mereka yang rakus mahukan tanah selama 999 tahun. Nauzubillahiminzalik..!


Itulah yang terjadi kepada PAS hari ini. Mereka terlalu khayal dengan kerosakan yang dicipta sendiri. Tidak pernah PAS merasa sekhayal hari ini. Kononnya mereka berasa terlalu seronok kerana berjaya mendapat kawan yang sekepala untuk menumbangkan BN. Tapi mereka terlupa BN tidak tumbang yang tumbang adalah maruah PAS dan perjuangan yang diagungnya untuk menubuhkan negara Islam.


Apa Reaksi PAS Selepas Ini.?

Yahoo…ini bukan laman web yang selalu di buka tetapi ini yaaahhoooo…..kerana selepas ini kita akan melihat betapa PAS telah melacurkan perjuangannya untuk negara Islam.

PAS selepas ini pasti akan belajar untuk bertakbir apabila bukan Islam menaiki pentasnya berceramah sambil dimulakan dengan kalimah WAMANKARU..WAMANKARULLAHPAS totok akan terpesona dengan kalimah itu.

Gobind Singh telah menggelarkan Autayakumar sebagai IKON MALAYSIA kerana menjadi ikon yang keras dan berhati batu menentang negara. Selepas ini, PDRM terpaksa lebih bekerja keras kerana anak-anak muda India akan berkelakuan agresif mencontohi Ikon mereka ibarat filem MGR tahun 1990-an.


Tapi paling ditunggu, apa akan reaksi PAS jika Autayakumar berdiri di pentas PAS untuk membakar semangat anak muda berkopiah supaya lebih bersikap radikal menentang UMNO dan kerajaan. PAS bertakbir “Allahuakbar” 3 kali..? mungkin PAS sanggup lakukan demi pangkah kaum bukan Islam.

Sebelum ini, cubaan pertama telah sempurna dilakukan oleh ratu bogel Elizabeth berdiri bersama pemimpin PAS untuk berceramah dengan mengenakan pakaian yang lebih bersopan dan tidak mengenakan kain batik seperti mana aksinya yang telah tersebar di serata dunia.

Hari ini kita melihat, PAS telah jarang benar menggunakan pentas ceramahnya untuk memperjuangkan negara Islam dan hokum hudud kerana PAS berasa malu dan kalau boleh mahu terus membuang kalimah itu kerana akan dianggap kolot oleh penyokong dari kalangan bukan Islam.

Bukankah pentas ceramah itu sebagai medium untuk berdakwah.? PAS tak sanggup kerana hati mereka telah buta dengan kuasa.

Sunday, May 17, 2009

Anwar Melenting Pula.


Melenting sungguh Anwar apabila Anifah Aman membongkar tingkah laku tidak beretika Anwar ketika Anifah bertemu Hillary Clinton baru-baru ini. Anifah memberitahu, Anwar pernah menawarkannya jawatan TPM jika projek gila 16 Sept sampai kemuncaknya.


Yang menghairankan kali in Anwar benar-benar tersentap dengan pengakuan itu hingga mengarahkan Sankara Botak, Peguan liwat Anwar untuk menyaman Anifah Aman. Apakah Anwar risau status Anifah sebagai wakil Najib untuk bertemu dengan wakil-wakil negara di seluruh dunia. Anwar yakin pasti beliau akan di conteng muka perihal kejinya menghuru-hara bumi Malaysia terutamanya kredibiliti Anwar yang kepingin untuk menjadi PM ke-6 gagal.


Sebelum ini, Fuad Zakarshi pernah membongkar kelibat Anwar memancing beliau untuk melompat namun ditepis baik oleh Ahli Parlimen Batu Pahat itu. Anwar langsung memandang sebelah mata pengakuan Fuad Zarkashi malah hendak disaman pun tidak sanggup Anwar lakukan.


Biasalah Anwar gempak mahu lebih untuk menaikkan populariti beliau yang semakin merundum gara-gara insiden Perak. Pasti ada kerja kotor yang sedang diusahakannya. Beliau mungkin terlupa segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya ketika begitu yakin untuk menumbangkan kerajaan dengan projek 16 Sept.


Anwar terlupa dosanya memburukkan Najib diseluruh dunia dengan isu Altantuya. Merugikan ekonomi Malaysia dengan menimbulkan persepsi ketidakstabilan negara yang melampaui. Daripada Anwar sibuk hal orang lain lebih elok beliau tumpu kepada kes mahkamah yang hendak dihadap bulan Julai nanti.


Jika benar beliau difitnah kononnya terdapat cubaan bunuh ketika hendak mengumumkan kemasukan "4 orang Ahli Parlimen BN" di atas bumbung sebuah SUV tahun lalu buktikan dengan berhemah bulan Julai nanti. Itu yang terbaik.


Hendak disuruh Anwar ke Mekah berdoa dihadapan kaabah dengan penuh keinsafan beliau difitnah, rasanya peliwat itu lebih rela berpanas di Bukit Selambau daripada berpanas di Padang Arafah untuk menunaikan Umrah. Berubahlah ibarat rakyat Malaysia kata pergi, kubur belum tentu mahu terima jasadnya.


“Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu”.

Sumber : Petikan Daripada Blog Saiful (http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/)

Saturday, May 16, 2009

Politik Wang PAS Sudah Diketahui Umum.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau yakin memang berlaku rasuah di dalam Pas memandangkan perkara itu semakin berleluasa di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, jangan kata dalam Pas tidak berlaku rasuah kerana parti itu juga seperti parti-parti lain di mana berlaku rasuah. ``Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,’’ katanya. - Utusan


GM : Tiada apa yang hendak dihairankan di dalam suasana politik hari ini. PAS yang lantang menghukum UMNO kerana mengamalkan politik wang sebenarnya lebih bersikap menutup kelemahan diri sendiri. PAS yang rugi sebenarnya kerana tiada siapa yang ingin memperbetulkan tingkah laku PAS kerana semua orang menganggap PAS adalah Parti Islam yang maksum. Hari ini PAS sudah tidak mampu menutup bangkai yang semakin hari semakin membusuk. Terima kasih PAS kerana menambah beban mencemarkan kesucian agama Islam setelah memesongkan akidah dengan fatwa karut marut yang tiada kesudahan. Yang menuduh selalunya melakukan kerana sedaya upaya cuba untuk mengalih perhatian rakyat.