Semua sudah sedia maklum bahawa DAP memang rancak dalam menganjurkan majlis-majlis bertemu masyarakat samada melalui program ceramah ataupun jamuan makan malam. Dalam bab ceramah agak kurang sikit melibatkan orang melayu tetapi yang pasti akan berdiri sama di pentas ceramah PAS.
Jika DAP menganjurkan jamuan makan malam selalunya akan sold out. Ini strategi dan cara terbaik untuk DAP menilai dan meraih sokongan orang cina tapi bukan makan yang free mesti kena beli meja.
Yelah, rakyat selalu ditontonkan dengan kerja bersih DAP yang tidak pernah menyeleweng, ambil rasuah, teransperesi, menipu rakyat dan macam-macam lagi. Pendek kata, DAP itu malaikat yang suci.
.......Chong Eng tidak dibantu. AP DAP Bukit Mertajam terpaksa membohongi ahli parti dan penyokong mereka untuk mengadakan majlis mengumpul dana pilihanraya, tapi sebenarnya diguna untuk bayar saman.
Dikhabarkan khawarij PAS dan haprak PKR turut sama hadir dalam majlis tersebut. Sudahlah didapati bersalah kerana fitnah,sekarang ini mereka pula cuba untuk menipu rakyat.
Dalang disebalik kerja kutipan dana ini dalah Lim Hwa Lee,seorang yang dikenali ramai sebagai machai Timbalan Speaker DUN Tan Hock Leong. Malah beliau dikatakan begitu kuat melobi untuk mendapatkan gelaran Datuk, sebab itulah beliau sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan Chong Eng.
Yang kesian rakyat, penyokong dan ahli ditipu hidup-hidup oleh DAP. Berlagak bersih tanpa satu sen pun niat untuk menyeleweng.
Alkisahnya, Jawatankuasa Disiplin DAP Pusat telah bersidang pada 3 Oktober lepas di PJ bagi menyiasat beberapa kes disiplin yang membabitkan pemimpin parti komunis ini di Perak. Yang dok menyonglap duit DAP kali ini ialah Leong Mee Meng, ADUN JALONG yang juga bendahari DAP Perak yang dah songlap lebih RM 30,000 duit DAP Perak.
Banyak jugak bukti yang didedahkan oleh beberapa orang ahli DAP cawangan yang membuatkan Leong Mee Meng terkedu tak boleh nak menepis. Khabarnya lagi DAP Perak cukup takut kalau-kalau kes ini terdedah kepada BN Perak sebab banyak peluru akan ditembak ke DAP Perak. Leong Mee Meng dikatakan hanya diberikan amaran dan sekiranya isu ini terdedah maka tindakan lain akan dibuat termasuk dipecat atau digugur dari jawatan ADUN.
Banyak pendedahan yang dibuat berkenaan dengan DAP yang sememangnya jahat dan penuh dengan muslihat. Dalam kes Teoh Beng Hock, kerajaan dituduh bersekongkol kononnya mahu membunuh seorang saksi penting tetapi sebenar adalah
tindakan kamikaze bagi menutup kerja jahat DAP mengurus dan mentadbir.
Ini yang perlu kita fikirkan.
The Star, Wednesday July 29, 2009
PETALING JAYA: More allegations have surfaced on the Truth For Teoh Beng Hock blog (http://www.t4tbh.blogspot.com/) on how money was siphoned from the Selangor Government and into the accounts of DAP politicians.
The blogger has accused Selangor executive council member Ronnie Liu of coming up with “fake” projects to pocket the money.
“They pretend to spend money on silly small projects. One example is the figure RM9,990. This is Ronnie Liu’s feng shui lucky number,” wrote the blogger.
The blogger alleged that the money was paid to a “crony” company.
Bayangkan jika sudah sampai sanggup membunuh bagaimana keadaannya jika diberi peluang untuk berkuasa sepenuhnya. Jangan dilupa janji manis yang ditabur ke PRU Ke-12 dulu apabila DAP berjanji untuk jadikan Kg. Buah Pala sebagai lokasi heritage tetapi apa yang berlaku samseng telah dihantar hingga sanggup mencederakan rakyat yang membantah perobohan kampung itu.
DAP selalunya berlagak alim dan suci. Ibarat, pemimpinnya tak pernah melakukan kesalahan jauh sekali berniat mengumpul kekayaan. Semuanya dilakukan ikhlas untuk membantu rakyat bagi mengubah senario pentadbiran negara untuk menjadi yang lebih baik dan bersih.
Bagaimanapun, rakyat perlu menilai apakah politik itu sesuatu yang suci ataupun ahli politik sebenarnya bukanlah malaikat yang boleh ditipu apabila dihidangkan dengan roti kekuasaan. Baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang semuanya sama, hanya mahu kuasa dan mengadaikan prinsip asas yang diperjuangkan sebelum ini.
Lihatlah PAS yang berkeras dengan fatwa kafir mengkafir tapi hari ini sanggup bercumbuan dengan DAP sehingga melucutkan perjuangan negara islam demi mendapatkan kuasa dan mempermainkan kesucian islam.