Wednesday, June 08, 2011

Memalukan Islam Bila PAS Menyeru Untuk Merusuh

PAS bukanlah parti yang genuine mahu memperjuangkan Islam. Mencampurkan politik dan agama sebenarnya akan mewujudkan lebih banyak masalah apabila kepentingan politik mengenepikan perjalanan dakwah Islamiah.

Selepas PAS selesai bermuktamar dan mengangkat Mat Sabu sebagai orang penting nakhoda PAS, sudah ada laporan polis membabitkannya.

Sepertimana yang dipaparkan disini. Seruan Mat Sabu ditaksirkan sebagai menghasut untuk membawa musibah dan kerosakan kepada ketenteraman rakyat. Ini yang Allah tak suka bila keamanan diganggu gugat oleh kelompok munafik agama.
Di Temerloh, laporan polis telah dibuat tadi pada pukul 3 petang terhadap Mat Sabu kerana kenyataannya dianggap sebagai hasutan.Pengadu bernama Syed Kamaruddin bin Syed Nasir mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Mat Sabu.
Seramai 20 orang ahli-ahli NGO Temerloh seperti Pekida, Pintas dan Persatuan Anak-Anak Semantan mengiringi Syed Kamaruddin. Pengerusi MIYDF dan Hindu Sangam daerah Raub, Tamil Selvam a/l Kandasamy bersama 10 ahli tidak berpuashati terhadap kenyataan Mat Sabu menghasut rakyat turut serta dalam perhimpunan BERSIH pada 9 JUL 11.
Mereka menyuarakan keresahan perhimpunan sedemikian boleh menimbulkan ancaman kepada kepada ketenteraman awam dan pihak keselamatan mengambil tindakan menghalang perhimpunan tersebut.Menurut Tamil Selvam yang mengingati permainan pihak pembangkang pada tahun 2008 untuk mengadakan himpunan berturut-turut yang mana pernah melibatkan Hindraf, mereka risau ini menimbulkan suasana yg tegang antara kaum di negara ini.
Sekaligus mencerminkan PAS gagal berdakwah kepada rakyat dengan menunjukkan sifat-sifat yang diredhai dan disuruh Allah. Oh..lupa Hadi Awang pun sudah serender dengan cita-cita negara Islam bila terkenangkan 'taubat' Karpal Singh

Ini contoh pendirian PAS dalam persiapan untuk takover Putrajaya. Belum lagi kita lihat Islamiah PAS yang cah keting dan berbusuk hati sesama mereka. Memalukan penganut Islam dan malu mahu mengakui Nik Aziz adalah shortlister tangga sorga.

No comments: