Monday, June 06, 2011

Bila Anwar Nak Bersumpah

Kalau pun Anwar minta gugurkan hakim sebanyak mana yang dia mahu yang pasti doa orang teraniaya akan sentiasa dimakbulkan Allah. Terpulang pada Anwar untuk bermuhasabah untuk menilai segala tindakan yang diambil menidakkan kekuasaan Qada dan Qadar
Anwar selalu mencanang di pentas ceramah bahawa dia adalah manusia paling teraniaya dimuka bumi ini. Dia selalu ulang apa lagi yang kerajaan mahu lakukan padanya, dipukul, dibogel, diracun, diukur dan macam-macam lagi dakwaan kerajaan selalu menganiaya anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.
Tapi apa yang Anwar terima. Zalimkah Allah untuk menguji sedemikian rupa pada Anwar.? Zalimkah Allah untuk tidak menerima doa solat hajat pemuja Anwar seluruh dunia.
Nik Aziz dah jenuh berbuih mulut berdoa untuk selamatkan Anwar. Doa ekstrem apa lagi yang tak pernah Nik Aziz ucapkan. Pecah perut sudah...buka pintu hati..dah selalu...nak suruh bertaubat boleh dikatakan hari-hari dibuat...
Satu saja yang belum pernah Anwar buat...bersumpah.
Samada sumpah laknat ataupun sumpah kebenaran di mahkamah.
Jika terjadi...alhamdullilah
Seluruh umat Melayu Islam sedang menantikan kebenaran itu.


No comments: