Saturday, June 11, 2011

Video Seks: Tengok Dahulu Kemudian Nilai


Itu adalah artikel yang dipaparkan oleh geng psywar Anwar. Bukan nak cerita kelemahan dalam penyiasatan kes itu tetapi hendak menilai kenyataan Zuraida Taliban yang mereng dan bising-bising tak puas hati salinan video itu sampai ke alamatnya.

Untuk pengetahuan, salinan video itu pernah dihantar ke rumah saya malahan saudara mara dan kawan-kawan ada juga menerima sesalinan video itu. Apa yang kami buat adalah menonton untuk mendapatkan kepastian apakah benar pelakon porno itu ialah Anwar Ibrahim seperti mana yang didakwa.

Alhamdullilah, segala kekusutan akan cerita-cerita fantasi dan tipu helah yang disampaikan adalah tidak benar. Selepas kenalan dan saudara mara menonton barulah memeprcayai tanpa keraguan bahawa pelakon yang didakwa itu adalah benar dilakonkan oleh Anwar Ibrahim.

Fantasi perut buncit boleh diibaratkan sebagai kaedah menanam persepsi untuk tidak mempercayai video seks itu.

Setelah menonton walaupun ada sedikit rasa tidak selesa akhirnya satu keputusan telah dicapai, memang sah untuk mempercayai pelakon itu adalah Anwar Ibrahim. Tambahan pula melihat tindak tanduk Anwar yang enggan bersumpah dan kegemarannya untuk melengahkan perbicaraan liwat menjelaskan tentang masalah moral yang diperkatakan kini.

Ramai kenalan dan saudara mara yang telah melihat video itu yakin memang Anwar yang bermain ranjang menduakan Wan Azizah.

Ini yang perlu dibuat oleh sesiapa yang menerima salinan video itu. Lantak pi la...jika ianya adalah satu kesalahan kerana memiliki video lucah tetapi ianya wajib ditonton untuk menghilangkan segala kekusutan berkaitan polemik pelakon video tersebut.

Yang penting kita perlu melihat untuk menjelaskan pendirian kita yang sebenar dalam menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Terima kasih.

No comments: