.......Sebelum ini PKR telah cuba menghidupkan demonstrasi di Water Front Kuching dan di Bandar Miri, namun mereka gagal mendapatkan bilangan peserta yang memuaskan untuk menjayakan rancangan mereka itu. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin bertindak sebagai pencetus kebangkitan PKR terhadap Ketua Menteri Taib Mahmud memandangkan Nurhanim Mokshen (Ketua Wanita Sarawak) tidak berperanan seperti yang diharapkan kepimpinan partinya.
Minggu lepas ahli-ahli PKR telah menyebarkan naskah Selangorkini kepada jemaah selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Jamek, Kuching. Naskah yang sama turut disebarkan dari rumah ke rumah di kawasan Satok beserta kertas nama calon PKR seperti yang ditunjukkan di bawah;
Persoalan rajahmas, kenapa pemuda PBB kawasan lambat bertindak? Jika dibiarkan, PKR akan terus bermaharajalela sesuka-hati membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang di negeri ini. Naskah Selangorkini tidak mempunyai lesen pengedaran yang sah di negeri Sarawak.
Begitu jelas PKR semakin terdesak sehingga sanggup mengambil tindakan sedemikian demi survival politik mereka. Jika beginilah cara mereka berkempen sehingga tidak menghormati orang lain dan tidak menghiraukan undang-undang, akan rosaklah negeri kita. Dengan akhlak buruk seperti ini, layakkah mereka menjadi pemimpin untuk rakyat di negeri Sarawak?
Sumber: Rajahmas
Kurang ajar sungguh anak buah Anwar yang masuk rumah orang dengan tapau nasi 3 pinggan sorang.
Antara punca mengapa SNAP bertindak membelakangkan 'perjanjian syaitan' pembangkang di Sarawak adalah kerana sikap Anwar yang mahu membuat 'one man show' dalam menghadapi PRN Sarawak. Apa yang perlu difahami, kerjasama yang mahu dilakar SNAP dengan parti dari semenanjung adalah dengan menghormati maksud SNAP sebagai tuan rumah dalam persediaan untuk menjatuhkan BN.
Edwin Dungang Bungak, Presiden SNAP menjelaskan “PKR terlalu bongkak apabila memaklumkan mahu bertanding di 52 kerusi DUN. Bagaimanapun sehingga ini belum memberitahu calon mereka... SNAP cuma berharap parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kerusi yang akan kita tandingi,”
Orang semenanjung mungkin sudah faham, ini kerana inisiatif PKR dalam setiap kerjasama politik mahupun dalam menghadapi pilihanraya adalah mahu menonjolkan kononnya mereka mempunyai kekuatan yang menyeluruh tetapi realitinya PKR serba sumbang dan carca marba.
Bagaimana pembangkang mahu menjelaskan manifesto kepada rakyat jika kepimpinan mereka yang berkiblatkan kaki liwat dan pembelit maha hebat?
Poodaah ciit..!
Pada Anwar, serah dulu DNA untuk yakinkan rakyat Sarawak dia adalah messiah dari semenanjung. Bak kata Azmin PKR perlu menang untuk "menutup keangkuhan dan kezaliman BN".
Poodaah ciit..!
1 comment:
salam...bro minta linkan blog sy di blog anda, sy telah linkan blog anda di blog sy...sama2 lah kita berjuang.
TQ
http://malaydelima.blogspot.com/
Post a Comment