Wednesday, March 30, 2011

Hadi Sindir Nik Aziz Dan Mat Sabu Bernafsu Besar.

Saya cuba memahami maksud sebenar kenyataan Hadi Awang tentang isu video seks. Kenyataan Hadi Awang ini diucapkan semasa ceramah di Stadium Melawati. Sebelum terlupa acara kemuncak program itu adalah untuk mengangkat Anwar Ibahim sebagai hero @ messiah akhir zaman yang mana diadakan solat hajat untuk menenangkan jiwa Anwar Ibrahim.
Reaksi Hadi Awang perlu dilihat dari luar kotak yang berlainan. Berbeza memandangkan pemilihan PAS akan berlangsung tak sampai 3 bulan daripada sekarang.
Hadi Awang dalam ucapannya, "menyifatkan pemimpin agama sebagai 'syaitan bisu' yang berdiam diri dan tidak bersuara dalam kes video seks melibatkan Anwar Ibrahim. Ini berbeza kerana sebelum ini pemimpin agama hanya diminta untuk bercakap perkara yang benar".
Kenyataan spontan Hadi Awang seolah olah merujuk kepada liabiliti (walaupun mungkin salah) yang sedang dikendong PAS iaitu Nik Aziz. Ini kerana, menjelang Muktamar Agung PAS ada gerakan senyap pemimpin untuk menyingkirkan Nik Aziz. Ini tidak boleh dinafikan oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong tegar yang rapat dengan saf kepimpinan. Sudah diketahui sedar akan tanggungan dosa kering disebabkan tingkahlaku Nik Aziz.
Tapi belum ada pemimpin PAS yang kehadapan dan berani bersuara untuk mengentengahkan gagasan untuk menyingkirkan Nik Aziz disebabkan pengaruhnya yang jitu dalam Majlis Syura.
Jasa-jasa Nik Aziz selama ini sudah diiktiraf PAS tetapi era politik baru hari ini memperlihatkan aura roh politik Nik Aziz sudah tidak berguna. Cukuplah, kenangan yang dicipta dan Nik Aziz patut berundur diri secara bermaruah.
Walaupun, agak kritis tetapi golongan agama yang ekstrim dan menjadi tulang belakang PAS mahu membawa PAS kepada cara politik terdahulu dengan suntikan lebih segar.
Muktamar PAS
Di Kelantan sudah ada gerakan halus untuk menyingkirkan Husam Musa yang diibaratkan anak emas Nik Aziz. Ada yang bercerita, usaha untuk 'mematikan' karier politik Husam dipelopori oleh Takiyuddin Hassan dan juga Nik Amar. Ini kerana ada pemimpin kanan PAS Kelantan bimbang jika Husam Musa akan membuat 'comeback' di Kelantan.

Golongan Ulamak PAS Kelantan tahu bagaimana Takiyuddin bertegang leher dengan Husam yang dilihat liberal dan bermatian mempertahankan judi dan arak.

Asasnya adalah kerana berkehendakan jawatan MB Kelantan dan sekaligus akan memberi kredit dalam kepimpinan PAS Kelantan. Persoalan yang berlegar kini, siapa selepas Nik Aziz.
Banyak yang melihat, Nik Aziz mahu menyerahkan kerusi MB kepada Husam. Ahmad Yaakob sudah tidak boleh diharapkan dan calon yang bersesuaian selain Nik Amar adalah Husam.
Muktamar kali ini juga akan menyaksikan Nasaruddin mahu menutup buku perjuangan di peringkat pusat. Banyak cakap-cakap menjangkakan Nasaruddin tidak akan mempertahankan jawatannya dan Mat Sabu yang teringin untuk bertanding jawatan itu mempunyai perancangan yang lebih besar.

Jangan dinafikan, sudah ada gerakan coup d'etat untuk Mat Sabu bertanding di Kelantan pada PRU akan datang. Kawasan yang menjadi perhatian dijangka kerusi Kubang Kerian kerana disini adalah kawasan selamat. Kemana Salahuddin hendak pergi itu terpulang kepada keputusan Majlis Syura.

Mungkin Salahuddin akan bertanding di Rawang. Siapa tahu.?

5 comments:

marilyn said...

Salam...
Aku rasa mungkin dia merujuk kepada Dato' mufti Perak.

Anonymous said...

Lord,
Kebanyakan pemimpin ulamak PAS setuju Nik Aziz adlh masalah untuk pas mraih undi orang melayu. Aku sokong psal gerakan nk singkir nik aziz kerana baru-baru ini di kawasan aku topik meja bulat orang pas adalah hal ini. Macam mana nak tolak nik aziz?

Bermaksud dah ramai yg berpendapat nik aziz patut berundur. Psal mat sabu nk lwn timb presiden, dengar dia dpt sokongan husam.

Bole jdi betul....

Anonymous said...

Hadi awang main serampang 2 mata.

Anonymous said...

Dengaq kata pas kedah pn bermasalah. Org kuat baling nk langgaq azizan razak yang kuat tidoq.

KOLE AYAN said...

Tuan Editor, Harap dapat link kan website kami.
htpp:// www.n9kini.com.
Teima kasih.