Monday, April 04, 2011

Solat Hajat PAS Dimakbulkan Allah Dalam Tempoh 1 Minit 49 Saat.



Inilah hasil daripada solat hajat PAS yang diadakan di Stadium Melawati baru-baru ini. Doa Nik Ajis dan seluruh penyokong tegar PAS telah dimakbulkan Allah S.W.T dalam tempoh 1.49 footage video sikap iblis Anwar.
Semenjak reformasi 1998, PAS ghairah membela Anwar Ibrahim dengan harapan untuk mengambil kesempatan atas kemarahan rakyat Malaysia terhadap kerajaan. Percaturan PAS adalah untuk mengambil kesempatan politik atas apa yang sedang berlaku. PAS berjaya dan Allah S.W.T menunaikan hajat PAS dengan memberi kesempatan pada PAS tadbir mengikut ideologi Islamik di Terengganu.
Tapi PAS tak pernah belajar untuk bermuhasabah selepas meletupnya Sodomi II. Perjuangan negara islam ditolak selepas bekerjasama dengan kafir harbi DAP, melacurkan kesucian kalimah Allah di gereja-gereja, menolak kerjasama sesama Islam dan bermacam-macam lagi kesesatan PAS.
Apa yang PAS dapat kini. Orang Melayu Islam semakin menjauhi PAS. Bukan kerana tidak percaya perkahwinan mutaah dengan DAP tetapi orang melayu lebih melihat PAS mempermainkan kesucian dan sensitiviti agama. Sudah tidak ada negara islam dan PAS tidak layak membawa panji syiar Islam.
PAS harus memikirkan MOU politik bersama PKR. Anwar bukan messiah yang boleh menjaga kesucian Islam.
PKR boleh menyiapkan keranda politik dan PAS boleh menyertai gotong royong itu jika Hadi Awang dan Nik Aji mahu. 
Sodokollahulazim untuk PKR.....

4 comments:

Anonymous said...

wah...mantop.....hebat ni lelaki melayu terakhir....

Anonymous said...

Doa Nik Aziz pada Solat hajat Perdana tempohari dizahirkan,jelas dan nyata imej lelaki yang HOT serta dimakbulkan juga KARPAL hati terbuka untuk meminta video itu ditayangkan dlm Dewan Rakyat,biar wakil rakyat menilai pulak...lepas ni harap Doa Nik Aziz termakbul lagi..rakyat tahu siapakah lelaki itu dlm masa terdekat

Anonymous said...

eh...eh... tak sangka.Ku sangka hujan ditengahari rupanya awan mendung menutup bulan.Apalah respon puak totok-totok pas bila lihat video klip ni!!!!!.

Jeepers Creepers said...

kesian bila baca komen penyokong anwar di youtube..mendayu dayu sedihnya dorang..

tapi itulah hati dorang masih tak boleh terima kebenaran..puak pas dah solat hajat minta tunjuk kebenaran..Allah dah tunjuk..apa lagi lah yang penyokong dia tak puas hati..

dorang marahkan umno..konon ini konspirasi umno..tapi bila Allah dah tunjuk kebenaran, dorang boleh marahkan Allah pulak. Memang tak sayangkan diri dorang ni.