Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

PRU Sarawak: PKR Andaikan Mereka Terlalu Gah.


.......Sebelum ini PKR telah cuba menghidupkan demonstrasi di Water Front Kuching dan di Bandar Miri, namun mereka gagal mendapatkan bilangan peserta yang memuaskan untuk menjayakan rancangan mereka itu. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin bertindak sebagai pencetus kebangkitan PKR terhadap Ketua Menteri Taib Mahmud memandangkan Nurhanim Mokshen (Ketua Wanita Sarawak) tidak berperanan seperti yang diharapkan kepimpinan partinya.
Minggu lepas ahli-ahli PKR telah menyebarkan naskah Selangorkini kepada jemaah selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Jamek, Kuching. Naskah yang sama turut disebarkan dari rumah ke rumah di kawasan Satok beserta kertas nama calon PKR seperti yang ditunjukkan di bawah;
Persoalan rajahmas, kenapa pemuda PBB kawasan lambat bertindak? Jika dibiarkan, PKR akan terus bermaharajalela sesuka-hati membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang di negeri ini. Naskah Selangorkini tidak mempunyai lesen pengedaran yang sah di negeri Sarawak.
Begitu jelas PKR semakin terdesak sehingga sanggup mengambil tindakan sedemikian demi survival politik mereka. Jika beginilah cara mereka berkempen sehingga tidak menghormati orang lain dan tidak menghiraukan undang-undang, akan rosaklah negeri kita. Dengan akhlak buruk seperti ini, layakkah mereka menjadi pemimpin untuk rakyat di negeri Sarawak?
Sumber: Rajahmas
Kurang ajar sungguh anak buah Anwar yang masuk rumah orang dengan tapau nasi 3 pinggan sorang.

Antara punca mengapa SNAP bertindak membelakangkan 'perjanjian syaitan' pembangkang di Sarawak adalah kerana sikap Anwar yang mahu membuat 'one man show' dalam menghadapi PRN Sarawak. Apa yang perlu difahami, kerjasama yang mahu dilakar SNAP dengan parti dari semenanjung adalah dengan menghormati maksud SNAP sebagai tuan rumah dalam persediaan untuk menjatuhkan BN.

Edwin Dungang Bungak, Presiden SNAP menjelaskan “PKR terlalu bongkak apabila memaklumkan mahu bertanding di 52 kerusi DUN. Bagaimanapun sehingga ini belum memberitahu calon mereka... SNAP cuma berharap parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kerusi yang akan kita tandingi,”

Orang semenanjung mungkin sudah faham, ini kerana inisiatif PKR dalam setiap kerjasama politik mahupun dalam menghadapi pilihanraya adalah mahu menonjolkan kononnya mereka mempunyai kekuatan yang menyeluruh tetapi realitinya PKR serba sumbang dan carca marba.

Bagaimana pembangkang mahu menjelaskan manifesto kepada rakyat jika kepimpinan mereka yang berkiblatkan kaki liwat dan pembelit maha hebat?


Pada Anwar, serah dulu DNA untuk yakinkan rakyat Sarawak dia adalah messiah dari semenanjung. Bak kata Azmin PKR perlu menang untuk "menutup keangkuhan dan kezaliman BN".


Poodaah ciit..!

Thursday, August 19, 2010

PRN S'wak: Pembangkang Dah Mula Strategi Gerilla


KUALA LUMPUR 19 Julai - Parti-parti pembangkang di Sarawak telah menubuhkan satu pakatan pembangkang "Majlis Pakatan Rakyat Sarawak" sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang perlu diadakan sebelum Julai tahun depan.

Majlis itu terdiri daripada pemimpin pembangkang utama negeri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Nasional Sarawak (SNAP) yang mengadakan mesyuarat pembentukan pertamanya malam Isnin, dengan hasrat untuk mewujudkan barisan bersatu menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri nanti.

"Kita bekerja ke arah pertandingan satu lawan satu selain mempunyai slogan dan manifesto pilihan raya yang sama. Ini akan dibuat oleh jawatankuasa kecil," kata pengerusi DAP Sarawak Richard Wong Ho Leng kepada Bernama ketika dihubungi.

Wong, yang juga ketua pembangkang negeri berkata dengan pembentukan majlis ini, parti-parti pembangkang di negeri ini kini boleh bekerja ke arah mencapai objektif untuk membentuk kerajaan negeri akan datang dengan memperoleh sekurang-kurangnya 36 daripada 71 kerusi negeri.

"Bagaimanapun, jika kita tidak dapat membentuk kerajaan negeri, sekurang-kurangnya kita mesti menafikan majoriti dua pertiga BN di negeri ini," kata beliau.

Wong yang juga anggota Parlimen Sibu dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata lima wakil dari setiap parti DAP, PKR, SNAP dan PAS, dengan ketua setiap parti mempengerusikan mesyuarat secara bergilir-gilir.

Mesyuarat pertama semalam dipengerusikan oleh Wong.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan timbalan presiden PKR Syed Husin Ali hadir untuk menyaksikan pelancaran mesyuarat majlis itu.

Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang memenangi sembilan daripada 71 kerusi dengan DAP memenangi enam kerusi dan yang lain oleh PKR, SNAP dan Bebas.

Bagaimanapun, Johnical Rayong Nyipa yang memenangi kerusi negeri Engkilili di bawah SNAP telah mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas sementara Gabriel Adit yang memenangi Ngemah di bawah tiket Bebas kini menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Isu pertindihan kerusi kekal sebagai halangan utama untuk parti-parti pembangkang di negeri ini dalam keghairahan untuk bekerjasama.

Menurut penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian, apa yang pakatan pembangkang itu cuba lakukan dengan pembentukan majlis tersebut ialah untuk menunjukkan kewujudannya pada pilihan raya negeri akan datang.

Dalam jangka panjang, beliau berkata ia akan memberikan manfaat kepada pakatan pembangkang kerana mereka mahu memperluaskan pengaruhnya dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

"Mereka tahu, mereka tidak bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri. Banyak halangan. Apa yang mereka kini ada hanyalah sebuah pakatan campuran yang longgar. Sebenarnya mereka membuat persediaan untuk jangka masa panjang.

"Mereka mahu menunjukkan kepada orang ramai, ada usaha untuk membawa semua perbezaaan bersama, agar orang ramai menyedari dan menilai usaha-usaha itu.

Untuk memenangi pilihan raya negeri sangatlah sukar," tambah beliau.

Sumber : Bernama

Gaya tubuh majlis macam taktik gerilla bukan Bumiputera nak lawan Bumiputera Sarawak. PERKASA di Semenanjung bermati-matian pertahan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia macam Melayu yang beriya-iya nak pertahan keistimewaan Bumiputera.

Rakyat Sarawak patut tolak parti dari Semenanjung macam mana depa tolak UMNO dari memasuki Sarawak