Wednesday, June 16, 2010

DHPP Yang Akan Singkir Hadi Awang


Tambahan: DHPP harapan kami

Bunyi macam tak konfiden...Nik Aziz lebih pilih Anwar sama macam Cina dalam PAS punya kalkulator

DHPP yang akan singkir Hadi Awang - Malaysian Insider
Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang dilancarkan bulan lalu sebagai sayap baru parti Islam itu, dijangka akan menerima hak mengundi untuk memilih barisan kepimpinan pusat selepas pilihan raya umum ke-13.

Meskipun wujud sedikit kesangsian berhubung arah aliran orang Melayu kepada PAS ekoran sikap pragmatik parti itu menerima bukan Islam sebagai ahlinya, rata-rata pemimpin kanan termasuk dari Dewan Ulama optimistik hak mengundi akan diberikan dalam waktu terdekat.

Betulkah boleh pilih tapi kenapa mesti lepaih PRU Ke-13. Mr Bean PAS cuba playsafe nak sedapkan hati

“Saya merasakaan dalam dua tiga tahun ini, ya, saya yakin selepas pilihan raya umum ke-13,” kata beliau dengan merujuk kepada tahap komitmen mereka kepada PAS.

“Bergantung kepada penilaian komitmen... bukannya penilaian ke atas prestasi (calon bukan Islam) dalam pilihan raya nanti, sebab menang atau kalau merupakan sesuatu yang turun naik (dalam politik), tetapi saya percaya Dewan Himpunan Penyokong patut diberi hak untuk mengundi,” kata beliau dengan berkata sayap ini sepatutnya telah dibentuk lebih awal lagi.

Baiklah tambahan sedikit, lebai-lebai atas pentas PAS lepaih ini akan lebih menjaga DHPP daripada perwakilan yang lain kerana undi penentu akan datang daripada puak-puak harbi ini. Dalam pemilihan lepaih pun kita tahu ramai yang hantar sejadah dan kain pelikat berserta duit untuk beli undi.

Apa ..! Islam untuk semua, podaah..! itu semua retorik nakkan kuasa.

Kalau PRU Ke-13 akan datang, PAS bungkuih terlungkup satu haram kerusi pun tarak masih ada tempatkah lagi DHPP? Dalam Muktamar di KB pun sudah ada suara akar umbi yang ditutup mulut dari melahirkan kekecewaan dengan tindak tanduk DHPP macam mana akar umbi tak marah.

PAS tak nampak realiti akar umbi yang kecewa.

Baguih..kah kah kah

1 comment:

Anonymous said...

sangat beruntung nasib aku kerana setahun setengah yang lalu aku istihar keluar pas,bila nik aziz merestui projek 16 sept anwar. aku jangka keputusan aku tepat bila mendapat pandangan seorang ahli dewan ulamak pas dari utara,dia pun sama pendapat mcm aku dan tak pernah tahan hasrat aku nak keluar dari pas.sekarang bila aku pindah tinggal d permatang pauh awal tahun ini rupanya ramai kawan kawan dari pas dan pkr yang sama macam aku.aku gerenti permatang pauh dapat balik pada UMNO.pd pru akan dtg.Rasanya balasan Allah pd nik ajis dan anwar dah hampir. tunggu lepas pru 13 nanti sama sama lah kita melihat suasana politik negara hasil kesedaran bangsa melayu yang kembali menyokong bangsa.