Wednesday, June 16, 2010

Palestin: PAS Cuma Tahu Ambil Bau Saja

Heheheh..lebai PAS cuma boleh melalak dan berbaring ataih jalan bawa bendera Palestin macam kes di Kuala Kangsar dulu. Ingat lagi tak..!

PGPO rancang Guna Semua Laluan

Perdana Global Peace Organisation (PGPO) merancang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menerusi penggunaan semua laluan secara serentak selepas dua percubaan sebelum ini disekat rejim Zionis.

Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lalu, Israel menyekat bantuan yang disalurkan menerusi jalan darat di Mesir, dan baru-baru ini pula, merampas serta menyerang kapal yang cuba menghantar bantuan melalui laut.

"Dah dua kali gagal. Kali ini kita gunakan semua laluan serentak...laut dan darat.Kita mahu tunjukkan perpaduan kita dalam menyampaikan bantuan kepadapenduduk Gaza,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Jom Pakat Pi Tengok Bola” di Menara Alor Setar di sini, malam tadi.

Beliau berkata, walaupun pihaknya berasa seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu penduduk Gaza berikutan sekatan serta halangan oleh rejim zionis, namun demi kemanusiaan, usaha menyalurkan bantuan perlu diteruskan.

"PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu) gagal desak Zionis. Desakan demi desakan oleh masyarakat dunia pun tidak berkesan. PBB dan keluarkan lebih 80 resolusi mengecam Israel, tetapi sampai sekarang tiada tindakan. Israel terus langgar undang-undang antarabangsa.

"Sepatutnya, sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sekarang dikenakan pula ke atas Israel. Masyarakat dunia boleh kenakan sekatan ekonomi dan politik sehingga Israel akur. Tetapi malangnya, Israel dapat sokongan Amerika Syarikat dan negara Barat,” katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagaimanapun, usaha membantu penduduk Gaza mesti diteruskan dan tindakan Malaysia dalam perkara itu sentiasa diperhatikan masyarakat dunia.

Beliau berkata pihaknya akan meminta bantuan Wisma Putra bagi menjayakan rancangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM)menganjurkan Misi Konvoi Ramadan ke Gaza dengan mengumpulkan seramai 500 aktivis menjelang bulan puasa Ogos ini.

"Kita akan minta Wisma Putra runding dengan Mesir untuk membuka sempadan Rafah. Kita nak pergi beramai-ramai ke Gaza bukan hanya hantar makanan, tetapi sama-sama meraikan bulan Ramadan,” katanya.

Huhuhu...Tahu ada perwakilan PAS lantang kata pejuang Palestin sebenar ialah orang PAS. Tak nampak YB PAS dalam round pertama discovery dulu. Nampak macam bendera dacing jer..

No comments: