Tuesday, June 29, 2010

Lepaih Haniza Sapa Pula Yang Nak Letak Jawatan.


Timbul pula rumor pasal Haniza Talha nak keluar parti. Apa punya berbelit PKR yang diterajui oleh seorang pembelit bernama Anwar Ibrahim. Jentera psywar rasmi PKR pun ada laporkan benda ni.

Ada satu SMS berlegar-legar di sekitar Taman Medan yang mengatakan YB depa nak lepaskan jawatan. Samada betul atau tidak itu yang tak tahu pasal Suara Keadilan pun jenis tak pernah laporkan benda yang betul dan sahih.

Haniza Talha adalah antara geng 15 yang bikin gempaq nak letak jawatan jika Khalid Ibrahim masih terus berkuasa sebagai MB.

Haniza Talha bukan calang-calang orang, dia Timbalan Speaker DUN dalam sejarah Selangor. Berkelulusan tinggi, cantik, tegas tapi kurang mesra sikit berbanding Zuraida 'gedebe' Kamaruddin.

Haniza tergolong dalam kelompok menyokong Azmin. Senang cerita sokong Azmin pasal dah tak setia dengan Khalid Ibrahim. Nak kata Azmin berkaliber itu tidak mungkin pasal Haniza tersepit antara mahu menyokong Khalid yang arrogant atau memilih berada dalam kem Azmin yang nampak lebih selamat.

Selain Haniza, geng 15 ini disertai oleh Kamarul Baharin, Abddulah Sani, Manikavasagam, Gwo Burne Loh dan diketuai oleh Azmin. Sebagai tanda protes kepada pengekalan jawatan MB Khalid, geng ini nak lepaskan jawatan bagi memberi tekanan pada Khalid Ibrahim.

Rumors pasal Haniza nak letak jawatan barangkali betul kerana channel nak naikkan marah rakyat dan penyokong dengan membuat rumors macam ini. Biaqla penyokong yang sampaikan dimeja-meja bulat kedai kopi, yang jadi bahan juga adalah kelemahan Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, lebih baik Khalid dikekalkan sebagai MB. Biaqla dia lebih dengaq cakap amoi-amoi DAP daripada geng sendiri. Masa dia nak kena tendang keluar pun pasti akan tiba.

Ini nak bagi ujian kat UMNO Selangor buat kerja lebih masa. Rugi kalau UMNO Selangor tak ambil port dalam hal ni.

1 comment:

hanizam said...

UMNO selangor tengah sedap mimpi basah bro....depa ingat dengan bermimpi boleh rampas balik kot selangor ni...

selagi tak rombak kepimpinan UMNO selangor, selagi tulah walaupun PAKATAN rapuh sekali pun, mustahil dapat tawan kembali selangor ni...

sebabnya.....

UMNO selangor masih tidor....

bila meeting pengurusan, tak cukup korum...

bagi alasan ada urusan kat luar negeri...nak kata taraf menteri, tak jugak...saje je sibuk-sibuk...makan-makan angin...

paling best...UMNO SELANGOR SEDANG MIMPI BASAH...dah dapat tawan SELANGOR...