Friday, June 04, 2010

Betoi Ker Nie Dr. Lo'Lok, PAS Tak Marah Ker.?


Lama betoi tak asah jari, hari ini nak start balik.

Entah macam mana, YB Titiwangsa tiba-tiba nak jadi srikandi Melayu. Rasanya PAS lebih kisah dengan Islam dari Melayu. PAS kata tuhan tak pandang bangsa tapi pandang agama.

Kenyataan Dr. Lo'Lok bunyinya agak aneh. Dia nak kata yang PAS tuh kisahkan dengan Melayu walaupun dah gadai prinsip bagi Dewan Himpunan bukan Islam pilih Presiden PAS. Kononnya Dr.Lo'Lok melenting merenyam bila kerajaan buka 40% pemilikan pada bukan Melayu.

Dr. Lo'Lok kata lagi Kg Baru perlu jadi pusat sehenti Melayu di mana segala-segalanya berkaitan bangsa itu, termasuk kebudayaan, konsep kejuruteraan, ekonomi, sosial, kesenian dan sejarah Melayu terdapat di situ. Boleh cek kat jentera rasmi psywar PKR.

Betul ker nak jaga hak Melayu ni.? Bunyi macam janji pilihan raya. Masa DAP hapus DEB awat PAS tak berdemo depan Komtar.? Sultan Azlan, payung orang Melayu kena saman dengan benggali OKU, PAS membatu macam kura-kura. Banyak lagi kalu nak tulih dosa besar PAS pada orang Melayu.

Bila masa pula PAS beriya-iya nak jadi jaguh bangsa Melayu. Dia ni tak takut dengan bukan Melayu dalam PAS yang dah berkira-kira nak tukar Presiden PAS. Nasib la PAS lepaih ni bukan Isle pun boleh tentukan Presiden PAS dan barisan charlie chaplinnya.

Nizar yang di Bukit Gantang pun mengharapkan Cina Kuala Sepetang bagi undi lepaih sponsor satu kontena Heineken. Kalau tak jangan harap Nizar buleh jadi beruk dalam Dewan Rakyat angkat sumpah dulu.

Nampak macam Dr. Lo' Lok dah hint supaya wujudkan Ketua Srikandi Perkasa Cawangan PAS Titiwangsa.

Dr. Lo'Lok ni nak kena komplen dengan Nik Ajis. Khalid Samad tolong adu pada Lembaga Displin parti biaq Tuan Ibrahim ambil tindakan sikit. Jangan terkejutkan dia nanti kena serangan jantung, lagi satu PRK kat Wilayah pula.

Hehehe...

3 comments:

jiwakita said...

salam....

orang lain menjadi juara utk membela
orang melayu satu dosa? juak PAS perjuangkan melayu suatu pahala?

dasar lidah bercabang!!!!putar alam!!

Unknown said...

Betui ker Nie ..orang orang UMNO Tak Marah ker?? Punca kenapa UMNO tidak merah akhirnya dibongkar...nak tahu sila klik kat disini

dino.yp@gmail.com said...

ajaran tok guru anwar dah meresap.