Tuesday, July 21, 2009

Teoh BH Tertekan Jika Dalang 'Itu' Didedahkan.?


GM terpanggil untuk berkongsi pendapat berhubung kekalutan dalam kematian Teoh BH yang diambil daripada blog The Unspinners. Sebenarnya banyak keraguan yang timbul dalam kes ini hingga kita terlupa untuk membicarakan isu sebenar dan Fuxkatan jahat dilihat berjaya mengalih daripada rakyat membicarakan isu rasuah ADUN mereka sendiri.

Disaat ini orang ramai sedang heboh memperkatakan isu kematian Teoh BH bukan lagi isu mengapa Teoh mengadap SPRM pasal isu rasuah ADUN Selangor. Heboh bercerita siang malam SPRM sudah hilang reputasi kerana isu itu. Isu rasuah ADUN hilang terus dari pandangan. GM melihat Fuxkatan Riot berjaya mengalih isu rasuah ADUN mereka.

Harus kita ingat Teoh adalah saksi kes rasuah dan bukan saspek yang boleh memenjarakannya. Persoalannya mengapa mesti Teoh mati dan kenapa ada pihak yang mahu dia mati.? GM mahu kita fikirkan disebalik kekalutan dalam kes ini.

Adakah Teoh bertindak melompat daripada tingkap tersebut. GM lihat kembali fakta yang ada. Teoh kononnya dikatakan cemas ketika disoal siasat SPRM apabila laptop dan beberapa dokumen dipersoalkan isi kandungannya. Teoh cemas kerana pasti kebenaran kes itu akan terbongkar. Teoh adalah pegawai muda yang kurang berpengalaman tambahan pula selepas DAP memegang beberapa port folio ‘penting’ memaksa Teoh yang kurang berkemampuan untuk mengurus sendiri. Tambahan pula, senarai syarikat yang terlibat telah diketahui oleh SPRM. Teoh tahu kaitan syarikat ini dengan orang dalam Kerajaan Selangor. Dia sangat tahu siapa dalangnya.

Teoh diketahui mempunyai seorang kekasih yang sedang hamil dan ini membuatkan dia berasa tertekan memandangkan kes rasuah tersebut sudah sampai keperingkat memerangkap dirinya. Teoh mungkin berasa terancam atau dia mungkin tertekan untuk menyelamatkan dirinya atau orang lain. Apa akan jadi jika Teoh membongkarkan dalang disebalik isu rasuah tersebut.? Bagaimana nasibnya atau orang yang disayangi jika individu itu didedahkan.

Mengapa mesti seorang lagi saksi enggan memberi kerjasama dalam hal ini.? Mengapa mesti Tan Bon Wah melenggahkan kerjasama dengan Polis untuk dirakamkan percakapannya. Bukankah dia sendiri yang membuat lapopran Polis terhadap SPRM.? GM lihat ini adalah preamp strategi yang dijana oleh puak-puak cauvanist. Mereka mahu merosakkan imej agensi penguatkuasa sebelum keputusan diputuskan. Sangat bangsat permainan Fuxkatan Riot yang kononnya melaungkan keadilan dan kebebasan.

Adalah tidak masuk akal untuk SPRM bertindak diluar akal membunuh saksi-saksi kes rasuah yang sedang mereka kendali. Untuk apa SPRM bertindak bodoh membunuh di bangunan milik mereka sendiri. Apa rasionalnya.?

Hari ini tembelang Pakatan jahat ini akan terburai sedikit demi sedikit. Mereka gah melaungkan kononnya lantang membanteras rasuah dan kononnya mereka sangat jijik dengan perkataan rasuah. Dalam hal ini, isu rasuah pakatan jahat langsung dialihkan dengan jayanya. Mereka berjaya menonjolkan SPRM adalah punca segalanya.

Kita fikirkan apakah disebabkan isu ini, pemimpin pakatan jahat langsung bersih dari rasuah dan tidak boleh disentuh untuk disoal siasat berkaitan rasuah. Dalam senarai jawatankuasa SPRM ada terpahat nama Dr Tan Seng Giaw tetapi mengapa hingga hari ini beliau membisu daripada memberi kenyataan berhubung isu ini.

Mungkin AP Kepong ini mengetahui akan kisah pailang ‘bawah tanah’ ahlinya yang bakal memakan diri seperti mana sikap kurang ajar Teresa Kok menjahanamkan imej Malaysia dalam kes ketuk ketampi lokap Polis beberapa tahun dulu. Mengapalah mesti wanita gila ini dibiarkan berkeliaran lagi.




7 comments:

PARPUKARI said...

salam bro, kematian anak cina ini kecoh satu malaya, tapi anak melayu yang mati terjatuh dari tinglat 4 langsung takde cerita...apa kes?

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Parp,..heheh,..apo nak dikato,..anak Melayu jatuh tingkat empat UKM tidak melibatkan SPRM atau Polis,..heheh,..itu le dia sifat anti govt yg brjaya di lahirkan oleh kata2 pemimpin melalui cerita yg di spin sehingga banyak rakyat percaya,..keep telling d lies till ppl will believe it,..tactic CIA yg di bawa oleh bro AnWar semasa menjatuhkan maruah Tun M dulu,.. lihat sendiri dlm editorial blog plak posting mengenai email RPK,..funny gak ngan editorial blog ni yg memang anti Tun M,..rasa2 suku sakat bro AnWar yg duliu dlm kewartawanan,.. ape pun agenda baru ini namapk lebih bahaya as TBHock might have commited suicide aftr being threatened,.. theory RPK tak leh pakai sbb TBH is a squealer,.. PR dh kata tak akan terima logik nya kalo TBHock dituduh membunuh diri so dh pre empt kejadian ni,..heheh,..wat else can I say,..(,")

d worst have yet to come...very sad..(",)

Lin said...

salam bro GM

entahlah makin hari makin percaya orang ramai kepada teori SPRM terlibat dalam kes kematian Teoh ni...

nampaknya agak berjaya juga cara mereka mengalihkan isu sebenarnya...

mereka sebenarnya tahu satu hari polis akan mendapat bukti siapa yang bersalah so sebelum perkara itu berlaku mereka telah mainkan sentimen polis tak boleh dipercayai, sprm bunuh teoh dan agensi kerajaan adalah alat kerajaan umno...

maka akhirnya bila pembunuh yang sebenar dikenalpasti maka PR sudah dapat yakinkan mereka itu adalah mangsa Bn yang cuba alihkan kesalahan daripada sprm kepada individu yang tidak bersalah...

inilah yang mereka cuba lakukan...

sebagai blogger yang tahu nilai2 kebenaran saya syorkan kita terus lakukan pendedahan semoga sesiapa yang berada diluar sana membaca dan memikirkan dengan akal yang ada...

insyallah akan ada yang memikirkan kebenaran dalam isu ini...

salam

eXception said...

RPK = Raja Putar Kuat

Ha ha ha ha, RPK ni penakut sebenarnya, takde telur. No balls... Buat cerita sambil nyorok dalam jamban... Bila Polis cari pasal wat cerita palsu, dia menyorok dalam lubang jamban... RPK ni kuat putar belit...

Apapun melayu di bawah Pakatan Rakyat tidak akan terbela nasibnya, tetapi kalo cina, hatta digigit nyamuk sekalipun akan disalahkan kerajaan.

POK TAM said...

Apa pasal SPRM & Gov. bodoh sangat..yang mati bior mati..Siasatan lain jangan berhentikan ...teruskan..itu hak rakyat..

YANG GAMBI said...

Salam,

SPRM teruskan siasatan, jangan peduli puak-puak putar dunia,,,,,,,

taipingmali said...

Hantu Teoh berkeliaran bersama pochong di Puchong. Awas, dalam beberapa hari ini akan ada ahli Dap yang akan mati kerana dicekik oleh hantu Teah.