Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang.
Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.
"Sampai bila kita mahu perkara ini berterusan dan akhirnya yang menerima kesan adalah anak-anak kita sendiri.
"Jadi kita menggesa kerajaan ambil langkah lebih tegas untuk membanteras jenayah ini," katanya kepada Utusan Malaysia.
Perkara sepenting ini sepatutnya tidak perlu diletakkan di bahu kerajaan semata-mata. Kerajaan negeri melalui PBT juga yang perlu lebih proaktif kerana mereka lebih dekat dan arif berkaitan selok belok kawasan memasing.
Jika kita perhalusi, isu kematian Teoh BH mungkin juga berpunca daripada penglibatan kongsi gelap yang dilindungi oleh individu-individu tertentu dalam kerajaan negeri. Penglibatan individu yang melndungi kongsi-gelap dengan menikmati kekayaan dan sokongan yang besar tidak mustahil ia berlaku.
Apakah hendak dikatakan pakatan jahat ini bersih sebersihnya tanpa pernah melakukan kesilapan. Kerajaan DAP Penang juga tidak terlepas daripada dibayangi oleh pengaruh kongsi gelap.
Agensi penguatkuasa harus menyiasat penglibatan licik kongsi gelap di dalam pentadbiran kerajaan DAP Penang. Mengapa mesti Lim GE menyewa sebuah rumah di Batu Lancang dengan membayar sewa ribuan ringgit sebulan. Siapa yang menampung perbelanjaan rumah tersebut jika tidak individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap besar di Penang dan mempunyai jawatan selain menjalankan perniagaan sah untuk mengaburi mata masyarakat
Kerajaan Lim GE diketahui tidak mempunyai dana yang banyak untuk aktiviti politik dan kepartian semenjak menghadapi PRU ke-12 lagi. Seharusnya bantuan daripada kumpulan kongsi gelap ini telah memainkan peranan dan membuatkan mereka mempunyai pengaruh keatas DAP. Hebat bukan kerajaan Khalifah Umar Al-Khatab acuan Nik Aziz, pendita usang.
Kumpulan kongsi gelap ini licik dengan berselindung dibawah aktiviti-aktiviti keagamaan selain mempunyai pengaruh didalam Dewan Perniagaan Cina. Ini adalah untuk memudahkan mereka untuk menjalankan aktiviti dan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan DAP Penang.
Tidak mustahil jika dikatakan apa yang berlaku di Selangor dan Penang akan terjadi di negeri-negeri lain jika kesedaran bangsa peribumi masih lagi ditakuk lama. Menyalahkan kerajaan BN dengan memilih kerajaan yang belum lagi teruji dengan pengaruh kuasa. Ibarat keluar mulut buaya masuk kandang harimau.
Penyelewengan yang berlaku didalam Kerajaan Selangor turut juga berjangkit di Penang. Ini sudah pasti kerana banyak projek-projek diberi melalui rundingan terus dan pihak yang menentukan sudah pasti mereka yang berurusan dengan kumpulan yang licik ini. Tiada lagi DEB di Penang dan makin terpinggirlah bangsa melayu di situ.
Dimana slogan CAT yang dilaungkan DAP Pulau Pinang.? Hanya manis dibibir dan yang paling tragis golongan minoriti Penang yang ditipu bulat-bulat oleh DAP. Cerita ini lebih kurang dengan kisah kumpulan kongsi gelap Tung Sing dalam kerajaan Taiwan. Orang politik perlu mendapat pengaruh kongsi gelap jika ingin meluaskan pengaruh politik mereka.
9 comments:
kongsi gelap ni boleh kata kuasai semua parti Cina. Itu pasal org Melayu kena bersatu. Kalau tak mau bersatu terus pun, bersatu dlm isu kepentingan Melayu cukuplah.
http://prorajanongchik.blogspot.com
Salam,
CAT kena langgar kereta
Salam...
PaKMie setuju sgt2 pendapat gaRamanis. Kongsi gelap ada dimana-mana. Perkara ini diakui sendiri oleh ketua DAP johor.
Parti pembangkang khasnya DAP berselindung disebalik politik sebenarnya kebanyakan dari pemimpin DAP terlibat secara langsung dengan kongsi gelap tersebut, ada sesetengahnya mengepalai kumpulan itu. Menjelang pilihanraya kongsi2 gelap ini memain peranan penting bagi menentukan kemenangan calon pilihan mereka.
Salam perjuangan pakmie.blogspot.com
SLM BRO..PENYANGAK2 NI MCM TIKUS MONDOK. BLH DUDUK KT MANA2 JEK WAIMA DLM LONGKANG SKALI PUN HEHEHE
Salam,
Mengapa Melayu masih ramai tidak sedar di Selangor....
Apabila Kerajaan dan PBT telah dikuasai kongsi-kongsi gelap, semua undang-undang mengikut citarsa mereka...
salam sahabat,
nak berpolitik kena guna banyak duit, so mana nak cari duit express melainkan dari kerja-kerja haram. Yang selalu buat kerja-kerja haram ni sapa? Kongsi gelap la, sejarah dah tunjukkan pada kita kegiatan mereka sebelum merdeka lagi.
Dalam kes ah long kurung dua orang mangsa mereka hari tu, kenapa DAP dan PKR tak membela mangsa tu pun, kenapa? Kerana itu adalah kerja money funder mereka.
Teori yang mudah la bro...
salam,kongsi gelap di penang pun sama. Depa tak men pistol2 saja. Depa pakai m-16 dan sbagainya. Mslhnya ada juga org melayu yg jadi barua depa.
DAP asalnya komunis! sapala yg p pangkah depa2 ni?!! Orang2 melayu pakatan dah lupa ka asal usul depa ni?!!
Bro..lu nk maki lim guang eng boleh tp jgn smpai nk hina tok guru! Lu sapa nk kutuk dy? Hebat sgt ke lu smpai pggil dy pndita usang?! Xpuas hati mai smbang luar xpyah stakat nk tnjik lagak dlm blog je! Istighfar la sket..tok guru tu ulama'.ape kaitan dy dgn mnda2 cmni plak?
Post a Comment