Wednesday, April 15, 2009

Layakkah PKR Mentadbir Sebuah Kerajaan?


Ditanya keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.

Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela.

"Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya. Klik

Ulasan GM - Sudahku bilang Anwar Ibrahim Munafikun tak sanggup kehilangan Honey Eli Wong kerana tanpa Honey Eli PKR tak akan ada modal nak running business. Klik PKR lebih menyukai pemimpin yang tidak bermoral seperti mana de facto PKR yang juga seorang yang tidak bermoral. PKR adalah parti yang mengabungkan ciri-ciri keruntuhan moral dan konsep kepimpinan yang songsang. Ini adalah keputusan Khalid Gagap tetapi jika Honey Eli mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan maka ibu jari GM akan menunjuk ke atas tanda Honey Eli buat keputusan bijak. Dalam kes Fairus, PKR mengambil tindakan yang berbeza. Warna kulit dan kepentingan individu diambil kira. Jadinya, PKR adalah parti yang mengamalkan sikap double standard. GM tunggu juga bila rakyat Penanti nak buat petisyen sokong YB mereka.

Layakkah parti seperti ini mentadbir sebuah kerajaan? Tepuk dada tanyalah selera.


Tuesday, April 14, 2009

Tamat Riwayat Siva


So, ADUN pun dah cukup..31 oang. Pakatan 28 orang. Kalu ikut matematik taraf tadika siapa yang lebih banyak.Dah tentu 31 lebih banyak daripada 28. Takkan 28 lebih banyak daripada 31. Ambil kalkulator 31 tolak 28 pun ada lebih 3 lagi.

Masuk dewan nanti, bila di usul undi tak percaya kat Siva "Siva letak jawatan"..31 orang angkat tangan. 28 orang angkat juga tapi tak cukup lagi. So, macam mana. Tebar roti canai tengok sketsa dalam Dewan pun tergelak.."Lebih elok aku masuk angkat tangan tolong tambah jadi 29 orang"..tapi boleh ker aku.?

Nizar Camry dah tak hairan pasal DUN Perak. Beliau kini Ahli Parlimen. Lagi besar dada di buka..Boleh duduk sama taraf dengan sepupu sepapat beliau. Camry nak ambil..ambil ler yeop..teman tak kisah..tapi sighboard MB kat rumah teman jangan di cabut..berparang deme, teman kerjakan...Padan Muka Aku.

Nizar Camry apa nak kisah di Perak. Beliau boleh turun KL tiap-tiap minggu. Dapat masuk Parlimen. Polis kat depan pintu Parlimen pun tabik beliau. Turun Bukit Gantang buat apa. Beliau cuma nak jawatan dan malukan pemerintah. Orang Melayu sana pun tak sokong beliau. Kalu turun pun mungkin singgah sekejap di Kuala Sepetang. Untung-untung dapat udang fresh. Tabik pun tak dapat. Begitulah jika dah meroyan dengan kuasa.

Betulah dunia dah akhir zaman apabila ulama pun sanggup jual agama demi kuasa. Hamba abdi pun dah jadi pemimpin dunia. Nun, Barak Obama, si pemuja Anwar Ibrahim Munafikun.

Monday, April 13, 2009

Kerja-kerja Naik Taraf Sedang Dijalankan


Sebuah lagi projek di bawah bajet sendiri. Kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan. Harap Maaf

Thailand Memerlukan ISA


Anwar Ibrahim dan Fuxkatan Riot seharusnya mengambil ikhtibar tragedi yang berlaku di Bangkok apabila rakyat Thailand melakukan rusuhan jalanan dan memalukan Negara itu semasa Sidang Kemuncak ASEAN. Thailand barangkali mempunyai rakyat yang sangat menghormati rajanya tetapi sikap sebenar Thailand berhubung pemerintah adalah berlainan sekali.


Thailand tidak mempunyai undang-undang pencegahan seperti mana Malaysia mempunyai Akta ISA. Undang-undang yang diguna pakai untuk mencegah daripada sesuatu perkara buruk yang boleh menggangu ketenteramaan awam daripada berlaku. Thailand mungkin boleh mempelajari perlaksanaan dan mengadaptasi Akta ISA di negara itu. Seperti mana Amerika, Kanada dan beberapa negara Eropah yang menceduk ilmu ISA daripada Malaysia


Malaysia seharusnya mengekalkan ISA tetapi perlu dilakukan kaji semula kerana ISA masih lagi relevan untuk diguna pakai di Malaysia. Tambahan pula, Malaysia diduduki oleh pelbagai bangsa dan ideologi yang dilihat terdapat kelompok dan kumpulan yang radikal dan ekstrim.


Jika ISA dihapuskan ini akan mengundang kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal, memelihara dan mencegah daripada sebarang anasir luar yang menunggu peluang untuk melakukan tindakan menggangu ketenteramaan awam seterunya mengheret Malaysia ke kancah ketidakstabilan politik. Jika ini berlaku, pelbagai kesan akan TIMBUL antaranya, sektor ekonomi dan pelancongan akan terjejas teruk sekali gus menyukarkan rakyat menjalani kehidupan harian.


Kepada pihak-pihak yang inginkan Akta ISA dimansuhkan renungkan kembali atas dasar apa keinginan itu ditimbulkan. Jika sebab keuntungan politik maka huru haralah negara ini kerana mempunyai pemimpin yang tidak memandang kehadapan.. Tanya Anwar Ibrahim Munafikun Akta ISA ini tersangatlah penting kerana di dalam kerajaan dahulu beliau langsung tidak membantah malahan menyokong penggunaannya kerana apa, kerana keuntungan POLITIK..! Jika ditakdirkan beliau menjadi PM pasti Akta ISA dikekalkan.


Bercakap memang mudah tetapi ingin melaksanakan adalah sesuatu yang sukar atau mungkin Anwar Ibrahim Munafikun ingin melihat bumi bertuah ini kacau bilau disebabkan paranoidnya terhadap jawatan PM.

Kabinet Bayangan: Dulu Dan Hari Ini

Ini adalah Kabinet Bayangan Anwar ketika beliau heboh dengan Projek 16 Sept. Kabinet Bayangan ini dikeluarkan pada awal Sept 2009 sehinggakan mengerunkan Pak Lah dan memaksa sebilangan Ahli Parlimen BN bersiar-siar di Taiwan. Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim Al-Penipu ternyata telah membikin siri Sitcom untuk tatapan rakyat Malaysia berhubung khayalannya itu.



Anwar Ibrahim Al-Penipu meneruskan Produksi Sitcom siri ke-2. Baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Bagaimana pun terdapat sedikit perubahan beberapa watak dan jawatan di dalam sitcom terbaru ini. Pelancaran sitcom ini bermula selepas pesaing Anwar Ibrahim Al-Penipu iaitu DS Najib telah melancarkan barisan tenaga produksinya yang telah diakui kualiti oleh badan bertindak seluruh rakyat Malaysia. Ini mungkin mengambil kira khayalan Anwar Ibrahim Al-Penipu merasakan perlunya beliau meneruskan sitcom ini untuk memberi kepelbagaian sitcom di Malaysia. Kita tunggu langkah seterus Al-Penipu untuk mengambil hati rakyat Malaysia.

Sunday, April 12, 2009

Tak Mungkin Anwar Akan Membuang Eli Wong

Dalam kalangan pemimpin atasan PKR, tak mungkin mereka mahu Eli digugurkan sebagai ADUN. Tak mungkin mereka akan lepaskan wanita kuat bekerja begitu saja. Khalid Gagap pun pening kepala memikirkan. Anwar Ibrahim cakap “No way, Eli it’s our key to get money”.


Rakyat Bukit Lanjan mahukan Eli teruskan bertugas sebagai ADUN mereka. Mereka berpendapat Eli wanita yang kuat bekerja. Tak kira malam tak kira siang Eli akan membantu. Warna kulit bukan halangan beliau untuk terus berbakti kepada rakyat Bukit Lanjan.


Bagaimana pula dengan PAS. Persetankan isu moraliti. Nik Aziz pun dah beri restu. Tak salah kalau kita hendak membuka aurat di dalam rumah sendiri. Itu Nik Aziz cakap. Beliau mungkin terpesona dengan peha putih milik Eli Wong. Wanita PKR bawah Zuraida Ampang, bermati-matian membela Eli. Katanya, hak dan privasi Eli dicerobohi.


Itu adalah gambaran terhadap sikap double standard yang diamalkan parti yang memperjuangkan keadilan, kebebesan dan kesamarataan. Jika Eli itu adalah ADUN dari MCA, jangankan Suara Keadilan, Wall Street Journal pun akan dihebohkan betapa buruknya akhlak dan moral pemimpin kerajaan.


Anwar Ibrahim dijangka akan mengarahkan Khalid Gagap supaya membatalkan surat perletakkan jawatan Eli. Alasannya mudah. Eli adalah sumber dana PKR. Bagaimana.? Diketahui SUARAM dan MALAYSIAKINI adalah buah tangan Eli dan rakan-rakan PKR yang lain kerana kedua-dua entity ini terletaknya sumber kewangan PKR.


SUARAM dan MALAYSIAKINI dipercayai mendapat penajaan dari Taikun Yahudi iaitu George Soros. Individu ini pernah menjadi penyebab kepada masalah ekonomi dunia dengan aktiviti penyangak kewangan sehinggakan banyak negara menjadi muflis atas tindak tanduk George Soros.


Bagi Anwar Ibrahim, Eli adalah kunci kepada sumber kewangan. Tanpa Eli PKR akan mati tak dapat bergerak tanpa kewangan. Fairus atau Arumugam, mereka boleh dicari. Bersepah pemimpin yang lebih bagus dari kedua-dua manusia itu.Anwar Ibrahim lebih menyanyangi Eli daripada Fairus walaupun terpaksa mengorbankan kerusi Timb. Ketua Menteri.


Apa pun, Anwar Ibrahim dijangka akan mengarahkan Khalid Gagap supaya menolak perletakkan jawatan Eli Wong dan alasan yang terbaik adalah kerana suara rakyat Bukit Lanjan Suara Keramat. GM pernah menulis sebelum ini perihal konsep kepimpinan PKR dan terbukti salah laku moral adalah perkara biasa.


Moraliti dan Individualiti adalah perkara yang berbeza tetapi bagi PKR itu yang terbaik untuk dicampur aduk dalam saluran pentadbirannya. Bagi mereka, isu moral adalah satu cabang cara musuh untuk menjatuhkan maruah pemimpinnya. Ahli yang taksub telah direkrut untuk tidak mempercayai sebarang kelemahan kepimpinannya. Daripada pemimpin atasan hinggalah pemimpin bawahan, moraliti adalah perkara biasa bagi PKR.


Inilah contoh sebuah parti yang mengamalkan sikap double standard jika kelemahan dan keburukan kepimpinan bocor kepada rakyat. PKR seolah-olah tidak dapat menerima kelemahan sendiri dan asyik menuding jari menyalahkan orang lain.


Adakah kepimpinan begini yang wajar mentadbir bumi bertuah ini.?

Siapa Yang Lebih Untung Sebenarnya?

Kecelaruan landskap geopolitik hari ini pernah dirasai oleh generasi lalu ketika era pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Hari ini suasana politik menyaksikan BN telah kehilangan majoriti suara di Parlimen. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas kisah PRU 1969 adalah lebih kurang kepada persamaan hari ini. Cuma kita tidak dikejutkan dengan rusuhan kaum yang melampau.


Semasa Pilihan Raya Umum 1969, Parti Perikatan telah kehilangan majoriti yang menyaksikan parti pembangkang iaitu DAP, GERAKAN dan PPP telah merampas beberapa negeri yang asalnya dibawah pentadbiran Perikatan.(jikalau tidak silap saya)


Situasi yang sama berlaku pada hari ini, apabila 5 negeri telah ditawan pembangkang semasa PRU ke-12 lalu. Semasa PRU 1969, berlaku tindakan protes undi daripada bukan Melayu khususnya Cina dan segelintir orang India serta Melayu yang mendapat sokongan moral daripada PAP, parti yang mentadbir Singapura.


Bukan Melayu ketika itu mengambil contoh Lee Kuan Yew sebagai role model. Mereka berpendapat, jika seorang Cina seperti Lee Kuan Yew yang datang dari Tanah Besar China mampu mempunyai sebuah negara bernama Singapura apatah lagi yang boleh dilakukan selain dari tidak menyokong perikatan.


Atas motivasi itu, undi protes bukan Melayu telah menengelamkan Perikatan selepas Tuanku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 dengan mengambil motivasi Lee Kuan Yew menjadi pemerintah di sebuah tanah asing iaitu tanah melayu. MCA dan MIC ditolak mentah-mentah kerana dianggap budah suruhan UMNO.


Dalam atmosfera politik hari ini, apa yang berlaku adalah harapan yang diberi oleh Anwar Ibrahim dan sikap lurus PAS boleh mengulangi landskap politik tahun1969. Anwar Ibrahim telah mewujudkan harapan itu apabila pentadbir bumi bertuah ini tidak mustahil bukan Melayu boleh menjadi penguasanya. Lihat PAS, bukan Melayu dengan senang hati mempolitikkan ayat-ayat Al-Quran demi survival politik masing-masing.


Beliau secara sedar telah menghantuk orang Melayu UMNO dan orang Melayu PAS/PKR dikedudukan terperangkap (check mate). Orang Melayu khususnya yang membenci pemerintah merasakan adalah demokrasi jika bukan Melayu juga boleh bertindak sebagai pemerintah. Itulah yang berlaku seperti mana ketika referendum diadakan sebelum Singapura dikeluarkan oleh Malaysia.


Orang Melayu pada masa itu berpendapat, biarlah mereka mengikut Singapura jika di Singapura mereka mampu mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna daripada tinggal di Malaysia. Mereka menyokong dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakan di Malaysia dengan harapan Singapura mampu memberi sinar harapan kepada mereka. Lihatlah hari ini dimana kedudukan orang Melayu di Singapura.


Anwar Ibrahim mahukan semua itu berlaku bagi memudahkan beliau menjadi Perdana Menteri seperti yang diidam-idamkan. Orang Melayu secara membabi buta menyokong tanpa sedar ada pihak yang lebih merasakan keuntungannya disebalik konflik ini. Tetapi dalam tidak sedar, Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang telah memberi isyarat kepada golongan chauvinisme bahawa kesedaran telah timbul di kalangan orang Melayu.


Anwar Ibrahim benar-benar telah merosakkan perpaduan yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini. Tambahan pula PAS sebuah parti yang mengaku memperjuangankan Islam sebenarnya telah diperkudakan untuk memecahbelahkan umat Melayu hari ini. Di satu ketika Anwar memperkudakan PAS, DAP memperkudakan Anwar Ibrahim dan PAS diperkudakan DAP dan Anwar Ibrahim. Acuan perjuangan mereka sentiasa berubah mengikut iklim politik.


Sebenarnya, Bukit Gantang adalah petunjuk untuk pemerintah melihat arah sokongan orang Melayu kembali kepada perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak keistimewaan yang diperolehi tanpa ada pihak yang boleh mempersendakan keistimewaan itu. Ternyata niat dan keinginan telah tercapai dan PAS masih lagi berkhayal dengan dokongan politik rakan sepakatan yang sentiasa berubah-ubah.


Perpaduan yang telah dikecapi selama ini adalah yang terbaik dan berbaloi untuk semua kaum merasa aman dan sejahtera kerana pendekatan yang digunapakai pemerintah adalah yang terbaik dan bertolak ansur. Didalam sesebuah kerjasama, kepuasan semua pihak kadang kala sukar untuk dipenuhi tetapi dengan kebijaksanaan menangani dan mempelajari sejarah lampau tidak mustahil permasalahan itu boleh diatasi.


Jika orang Melayu sendiri kuat dan bersatu padu adalah tidak mustahil kuasa politik itu boleh dikekalkan kerana hanya kuasa politik yang dapat mempertahankan bumi bertuah ini daripada dijajah dengan rakus oleh pihak-pihak yang menunggu kesempatan yang sesuai untuk mengubahnya.


Tugas berat terletak kepada penguasa baru untuk memperbetulkan sonsang politik yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. Ambil ikhtibar daripada sejarah lalu kerana isu perpaduan pernah mengheret bumi bertuah ini kedalam kancah berdarah yang tidak ingin dikenang seluruh hidup ini.

Saturday, April 11, 2009

Surat Terbuka GAP Kepada Nik Ajis

Di Salin Dari Blog GAP

kepada
Saudara Nik Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Merangkap MB Kelantan Seumur Hidup
Dan Mursidul Am Untuk Seluruh Agama.

semoga saudara berada didalam akal yang waras selalu, walaupun secara realitinya saudara nik aziz tidak pernah berada bersikap sedemikian.

saudara nik aziz, aku memperkenalkan diri aku sebagai GAP, penentang no 1 kepada kaedah pemutar belit islam yang selama ini kau amalkan. harap maklum bahawa aku sudah membaca surat terbuka kau kepada anak cina berfahaman DAP bernama nga kor ming.

Dalam surat kurang cerdik saudara, secara totalnya saudara mahu memujuk nga supaya tidak terkesan dengan teguran berkenaan dengan pronounciation surah al quran. saudara nik aziz, kau manusia yang paling hebat memperlekehkan agama demi kepentingan politik pas kau.

Kiranya kau mahu menegur nga, sepatutnya ASAS teguran yang pertama wajib kau lakukan adalah mengarahkan saudara nga untuk tidak pandai-pandai MEWUJUDKAN SATU SURAH BARU QURAN, dan kedua sebelum menyebut apa-apa pun surah sesat ini, maka wajiblah untuk nga mengucap dua kalimah syhadah dan dipotong koneknya (bersunat) . kalau hati saudara nga berniat berdakwah, maka selesaikanlah dulu perkara pokok dan basis islam terlebih dahulu.

Mengapa bodoh benar kau ditipu dengan DAP, adakah dengan sekadar pandai membicara surah quran dan mahu menjadi umar abd aziz, lubang bontot orang pas sudah kembang kuncup bangga dibuai pujian ? masyaallah..takkanlah dengan game politik simple begini kamu boleh menggadai body ?

Saudara nik aziz, walaupun kau dianggap oleh penyokong kau sebagai mursidul am,disanjung dan dipuja, NAMUN HARUS AKU INGATKAN KEPADA KAU walau apapun gelaran yang diberi belum tentu menjamin kamu untuk masuk sorga.

Harus kamu ingat juga wahai saudara nik aziz, KAMU TIDAK DILANTIK OLEH MANA-MANA PIHAK ISLAM SEBAGAI 'WAKIL SAH' PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA. dengan itu kau tidak terlepas dengan apa juga teguran dan kritikan .sedangkan abu bakar as sidiq yang dijamin sorga itupun minta ditegur, inikan pula kamu wahai nik ajis yang tiada apa-apa !

Saudara nik ajis, sebelum kamu mengeluarkan lebih banyak statement2 kontradiksi maka aku sarankan kamu untuk bercerminkan muka. renungkan semula kenyataan2 kurang siuman kamu tatkala mengeluar bicara. masih ingatkah lagi akan statement kamu berkenaan tuhan pun mencarut,tuhan samseng,lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan umno,penghinaan terhadap wanita yang dirogol,perbandingan perokok lebih hina daripada binatang,pas yang biadap terhadap sultan,perkataan 'ALLAH' boleh digunakan di gereja dll yang tak mampu aku tuliskan di sini?

ATAU YANG PALING JELEK

'kita akan laksana hudud dalam masa 30 tahun lagi'... setelah karpal singh membantah perlaksanaannya. kau nik aziz selama ini telah menggertak orang melayu dengan pelbagai gelaran jijik seperti munafik,zindik,sesat bila mereka tidak mengikut kata kamu untuk melaksanakan hudud TETAPI bilamana karpal menyinsing lengan membantah, maka kamu menarik hand brake !

Permainan 'politik brengset' apa yang kamu mainkan ini wahai nik ajis ? kamu lebih takutkan karpal singh atau takutkan ALLAH SWT ?!

ULAMAK KATEGORI MANA KAMU INI

Apabila keseluruhan hidup kamu lebih cenderong melakukan dakwah 'menghukum' berbanding dengan dakwah hikmah yang dibawa nabi saw ? kamu lebih banyak menghukum dan menggertak seolah-olah ilmu dan pangkat kamu sudah menjamin jalan kamu ke sorga ?

Nabi muhammad saw manusia yang dijamin sorganya. walaupun sedemikian janji tuhan, tatkala dihina dan dibaling batu sewaktu berdakwah di taif, nabi saw masih lagi mendoakan kebaikan penduduk taif, berbeda dengan kamu yang angkuh dan sombong lebih suka mengeluarkan fatwa-fatwa sesat, habis seluruh melayu yang bukan dari kalangan penyokong kau disesatkan hanya semata-mata mereka tidak menyokong perjuangan maha sempit kau !

SEBENARNYA KAMU TAHU

Bahawa perjuangan sempit kamu merosakkan umat telah ditolak oleh melayu. bermula dengan pengurangan sokongan melayu di kawasan wakaf mempelam dan diikuti oleh 5000 melayu yang beralih sokongan menolak kamu di bukit gantang.

MAKA DENGAN ITU LAH

Kamu mengutus surat 'insuran' kepada saudara nga kor ming sebagai satu signal kepada seluruh pengundi non muslim agar terus menyokong kamu dalam dasar 'merogol islam dan melayu' yang sedang kamu lacurkan . kamu sudah terlepas cakap. terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. pas kini di sudut penjuru yang sempit, tidak mampu mengubah posisi kedudukannya.

Hati kamu gundah gulana, sekilas surat ini sudah ku tahu kerisauan jiwa. kamu runsing dan jiwamu tertekan. kiranya kamu beralih arah semula dengan menyokong dasar melayu dan pas kembali ke perjuangan asal, maka kamu akan kehilangan sokongan non muslim.

Namun orang melayu tidak mahu tertipu lagi dengan permainan politik hina pas.orang melayu semakin membenci diri kamu dan pas. KAMU TELAH MENGHINA ISLAM DAN KAMU TELAH MENGHINA BANGSA MELAYU ! 11 bulan sahaja diperlukan oleh kami untuk mengembalikan sokongan umat melayu kepada umno. dan insyaallah dengan izin dan usaha gigih....

MAKA AKU BERJANJI

Pada muktamar pas bulan jun ini, kami akan pastikan kamu melihat di depan mata kamu sendiri kehancuran pas dihancurkan oleh proksi-proksi berkepentingan dalam perebutan jawatan ! dalang di sebalik kehancuran pas tidak lain adalah proksi anwar dan yang terbaru proksi DAP !

AMANAH HJ GAP (ULANGAN AMANAH HJ HADI)

Ingat wahai umat melayu, PAS TIDAK SEKALI-KALI MEWAKILI KITA DALAM URUSAN ISLAM. ingatlah pada ayat bahawa setiap batang tubuh kita adalah sebenar-benarnya KHALIFAH di muka bumi ini.

Adalah menjadi tanggungjawap seluruh anak muda dan seluruh orang melayu untuk menyampaikan amanah penting GAP ini , jadikan ia sepertimana amanat hj hadi tahun 1982 !

ORANG MELAYU KIRANYA MAHU MENYELAMATKAN ISLAM DAN BANGSA, WAJIP MENOLAK PAS !

Saudara Nik Ajis...selamat melihat kehancuran pas nanti. insyaallah !

TAKBIR TAKBIR TAKBIR

sekian

GAP

Friday, April 10, 2009

Dari Jauh KJ Mengintai Rakan Di Dalam Kabinet

1. Semalam di Melaka Khairy Jamaluddin menyatakan masih mengharapkan sesuatu yang indah daripada belas ihsan DS Najib untuk membawanya ke Kabinet. KJ inginkan cabaran sesuai dengan usia mudanya yang dahagakan cabaran. Mungkin sebagai Abang Besar BN, KJ merasa tercabar dengan pengambilan dua rakan Pemuda yang berjawatan Naib dan seorang lagi berstatus anak pembesar dilihat lebih berwibawa daripada beliau sendiri.


2. KJ tidak perlu berasa begitu, kredibilitinya akan diuji jua dengan niat DS Najib untuk KJ menumpukan perhatian mendampingi generasi muda. KJ seorang anak muda yang penuh dengan idealisme generasi baru. Beliau lantang, berani dan bijak inilah ciri-ciri pemimpin muda yang jarang ditemui di bumi bertuah ini.


3. Mungkin sekarang baru KJ merasa susah payah berkecimpung di dalam politik Malaysia kerana sebelum ini peningkatan mendadaknya banyak dipengaruhi oleh orang no.1. Bagaimana pun jadikan pengalaman dahulu sebagai guru yang paling baik untuk beliau menyusuri susur alur dunia politik hari ini. Janganlah kecewa yang terbaik pasti akan menjadi yang terbaik.


4. Di pihak rakan Pemuda di cabinet sokongan daripada KJ adalah kepercayaan dan kerelaan untuk sama-sama bangkit membina semula negara seperti mana saranan DS Najib, SATU MALAYSIA. KJ masih punyai sokongan 300 ekor unta yang mengangkatnya menjadi Abang Besar BN. Jika kedengaran cacian nyahkan dari pemikiran kerana itu adalah racun.


5. Tidak perlu susah hati atau merasa terpinggir. Ini barulah dikatakan ahli politik yang sejati.

Siapa Yang Hebat Mentadbir?

1. Kepimpinan baru Malaysia menampakkan kesungguhan dan keikhlasan DS Najib untuk membawa satu makna perubahan yang menyeluruh. Namun di mata pembangkang masih ada lagi yang kurang elok pada pandangan mereka. Takpalah, kritikan sebegitu memang perlu. Tidak semua orang sempurna. Kritikan yang membina sangat dialu-alukan daripada ngomelan merapu yang tidak berfaedah.


2. Jika PAS, DAP dan PKR ditakdirkan satu hari nanti berkuasa di bumi bertuah ini mungkin landskap pentadbiran akan sempurna. Selama hampir 30 tahun membangkang bagi PAS dan DAP serta lebih kurang 10 tahun bagi PKR, kumpulan ini telah sedia lengkap dengan segala ilmu pentadbiran ditambah pula acuan dari Singapura dan Amerika menjadi kiblat untuk skema jawapan pentadbiran pembangkang.


3. Lihatlah betapa hebatnya pentadbiran PAS di Kelantan. Aman, makmur dan sempurna dibawah telunjuk pentadbiran Nik Aziz. Masalah sosial, kemajuan dan miskin tegar adalah perkara biasa di Kelantan. Terbaru hasil acuan pentadbiran ortodok PAS, menonton bola sepak pun boleh dibawa minyak tanah. Manalah tahu peminat naik minyak ada minyak tanah untuk dijadikan ubatnya. Jika Kelantan bertemu Perak mungkin lebih dahsyat jadinya, stadium dibakar. Siapa tahu.!


4. Pulau Pinang adalah Singapura tetapi Singapura bukanlah Pulau Pinang. Pentadbir Pulau Pinang menjadikan Singapura sebagai kiblat untuk penunjuk indeks pentadbiranya. Makin cepat kehidupan kaum minority di himpit makin tinggi markah yang pemerintah perolehi. Singapura juga begitu, tanah yang asalnya tanah Melayu kini hampir tiada tuan Melayunya. Asalkan berpaksi kepada barat konsep demokrasi Singapura indah khabar dari rupa. Pulau Pinang jika berterusan begitu, kaum minoriti akan jadikan Melayu Singapura sebagai sumber rujukan untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.


5. Cara kepimpinan PKR lebih hebat. Salah laku moral adalah perkara biasa. Amerika juga begitu. Moraliti dan Individualiti adalah perkara yang berbeza tetapi bagi PKR itu yang terbaik untuk dicampur aduk dalam saluran pentadbirannya. Bagi mereka, isu moral adalah satu cabang cara musuh untuk menjatuhkan maruah pemimpinnya. Ahli yang taksub telah direkrut untuk tidak mempercayai sebarang kelemahan kepimpinannya. Daripada pemimpin atasan hinggalah pemimpin bawahan, moraliti adalah perkara biasa bagi PKR.


6. Pasti aneh jika ditakdirkan satu hari nanti ketiga-tiga sahabat diatas diberi kuasa untuk memerintah negara ini akan kedengaran pelbagai kesulitan untuk menzahirkan ilmu kepimpinan masing-masing mengikut acuan dan teknik sendiri. Apa yang pasti akan menyusahkan rakyat dan hanya rakyat yang mampu mengubah segala kecelaruan yang melanda ketika itu.


7. Siapa yang Hebat Mentadbir? Jawapan GM adalah BN terbukti cemerlang dalam menguruskan negara ini.