Tuesday, September 21, 2010

Mana Bukti? - Jenapala Smash Saifuddin

Salah satu cara PKR nak cuci tangan bila ada problem adalah dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan orang lain. Sama juga macam kes kain rentang letak gambar Sultan Johor, PKR Batu Pahat yang tabur disalahkan UMNO yang spark isu. Strategi ini yang selalu depa pratik.

Jenapala Cabar Saifuddin Kemukakan Bukti - Proksi KJ

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jenapala Perumal Subaan hari ini mencabar Saifuddin Nasution Ismail untuk mengemukakan bukti berhubung isu pemecatan beliau awal tahun lalu.

“Bila saya cuba untuk dedahkan salah laku yang wujud dalam PKR, pemimpin parti jadi marah dan menentang saya.

“Bukan hanya mengatakan saya bukan ahli tapi pemimpin parti juga cuba untuk mencemarkan imej saya,” kata Jenapala dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru Jenapala mencabar Saifuddin, Setiuasaha Agung PKR, untuk buktikan bahawa beliau dipecat daripada parti.

“Saya beri tempoh 24 jam kepada beliau (Saifuddin) untk membuktikan bahawa saya dipecat pada Februari tahun lalu.

“Parti sepatutnya tahu sesiapa yang dipecat terlebih dahulu akan dibincangkan sebelum diluluskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya.

Beliau berkata, Saifuddin perlu jelaskan kepada parti tentang masa mereka bermesyuarat bagi membincang isu pemecatan beliau.

“Saya juga mahu mengingatkan setiausaha agung bahawa saya mahu mempunyai pengaruh dalam parti dan ada antara mereka adalah ahli MPP.

“Jika Saifuddin tidak memberikan respon dalam tempoh yang ditetapkan saya akan laporkan perkara ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

“Saya juga akan saman pemimpin parti yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin menegaskan Jenapala yang menawarkan dirinya untuk jawatan timbalan presiden, tidak layak mempersoalkan kepimpinan parti dan pemilihan kerana bukan lagi merupakan ahlinya.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam Tokey, biarlah mereka berkecamuk berebut sesama sendiri.. PKR dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan kaki putar.... tak heran punya..