Friday, February 12, 2010

Selepas YB Hee, Siapa Pula YB Cina Yang Mahu Keluar.?

Perkembangan cukup menarik dalam kelambu Pakatan Rakyat bilamana beberapa Ahli Parlimen nekad untuk keluar daripada parti masing-masing. Malaysiakini lapor Datuk Zahrain Hashim sudah jadi MP Bebas tapi tidak menyokong BN.

Sebelum itu, Zul Kulim, Tan Tee Beng, Loh Gwo Burne dan Wee Chee Keong juga kedengaran untuk keluar dari PKR dan menjadi MP Bebas yang bermaruah. Mungkin depa semua dah tau PR tidak bermaruah kerana dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang tidak bermoral.

Siapa pula YB Cina yang sanggup menjadi orang kedua selepas Hee Yit Fong ishtihar keluar parti.? Depa takut sangat nak keluaq parti bimbang samseng simbah cat merah depan rumah. Hee Yit Fong sampai hari ini masih steady jaga kawasan Jelapang dan happy nak sambut Gong Xi Fa Choi tanpa rasa takut dengan samseng DAP.

Tunggu apa lagi, kasi hadiah makan besaq kat Anwar Ibrahim dengan keluar parti sempena Gong Xi Fa Choi dan semangat tahun harimau yang membara. Contohi keberanian YB Hee.

5 comments:

hanizam said...

oklah tu jadi group Pak BERAHIM ALI...kalau salah tegur kaw-kaw..dua-dua side boleh belasah....

welcome to the club...

Anonymous said...

saya pun nak ishtihar bebas juga. bebas dari penjajah..

Anak Lenggong said...

Anom 2.55..sebenarnya tiada siapa pun yang dijajah..lita dikurniakan otak untuk berfikir untuk mencari jalan yang terbaik untuk sebuah kehidupan..melainkan sekiranya kita letakkan otak kita dilutuk dan menutup segala pintu hati untuk menerima sebarang kebaikan yang diberi...

so ada otak kena fikir dan buat keputusan secara rasional..yang mana pilihan terbaik kita..

YANG GAMBI said...

Salam GM, patut sangatlah kalau semua dari PKR beranjak keluar....

Anak Lenggong, si anon 2.55 mungkin keturunan katak bawah tempurung.... tak tahu dunia luar sebab tu dia rasakan masih dijajah.......kesian.

Anonymous said...

YB ZUL DAH BAGITAHU ITU BARU 1 AKAN ADA LAGI 2345678910.MACAM MANA NI LGE HABIS LAH MP AKU.