Hadi Awang memang hebat. Apa lagi yang tak pernah dibuat Hadi Awang. Tidur ketika meeting, Hadi Awang sudah sama level dengan Tun Lah. Berbelit-belit kenyataan dan berflip-flop sudah Hadi cipta mahu seiring dengan Tun Lah katanya. Kini sudah ada desakan dari bawah gerakan untuk melanggar Hadi Awang. Geng Terengganu itu yang dilabel oleh seorang blogger proPAS.
Dalam kedengaran suara-suara sumbang mahu membenci Hadi, timbul pula cerita Hadi Awang sudah menjadi Super. Level kehebatan Super Hadi tidak boleh ditandingi oleh sesiapa hatta doa Nik Aziz atau Hassan Ali. Lihat Harakah meletakan entry front page kehebatan Hadi untuk 2 hari berturut-turut seperti yang ditulis dibawah:-

"'Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
'Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.'"
Super Hadi memang hebat, berenang hanya berkain pelikat cap gajah duduk. Sungguh ajaib. Mungkin jellyfish spongebob turut membantu kelancaran acara itu. Begitulah bezanya jika iman dan nafsu menguasai diri. Perkara yang mustahil pasti mampu dilakukan. Jika Super Hadi sudah 63 tahun mampu berenang berkain pelikat menyelamatkan orang dengan iman dan takwa menjadi penguat semangat apatah lagi Anwar Ibrahim yang juga berusia hampir sama mampu melakukan perkara yang mungkar bila nafsu sudah menguasai diri.
No comments:
Post a Comment