Monday, March 16, 2009

Siapa Second Man UMNO.?


Rasa-rasanya tempoh seminggu dari sekarang adalah tempoh yang paling menyesakkan semua rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO seluruh negara. Paling terasa adalah getaran menanti saat peralihan kuasa diantara DS Abdullah dan Timbalannya, DS Najib. Pelbagai spekulasi yang melanda mutakhir ini berhubung isu nasional tersebut. Ada yang menyebut peralihan kuasa itu akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah yang berbangkit.

Bagaimanapun terdapat juga cakap-cakap yang kurang enak apabila perlihan kuasa itu tidak akan berlaku seperti yang dijanjikan. Mungkin akan mengambil masa selepas Perhimpunan Agung UMNO berakhir. DS Najib telah diketahui akan memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding dan soalan jawatan second man UMNO ini yang telah menyaksikan perdebatan yang hebat di sidang-sidang meja bulat seluruh negara.

Lupakan jawatan Presiden, tumpuan adalah terarah kepada siapa gandingan yang berhak untuk menduduki kerusi Second Man UMNO.? Sehingga ke saat ini DS Najib tidak pernah memberi sebarang petunjuk atau hint siapakah yang sepatutnya membantu beliau dalam melaksanakan dasar-dasar parti dan juga agenda negara.

Sebelum ini, kedengaran calon pilihan DS Abdullah klik untuk menjawat jawatan itu walaupun sebelum ini beliau menolak untuk bertanding jawatan no. 2 parti. DS Ali Rustam adalah calon pilihan DS Abdullah tetapi harus diingat, dengan desakan kuat dari bawahan yang mahukan peralihan kuasa ini dipercepatkan berkemungkinan 'saki baki nafas' DS Abdullah bakal melalui jalan sukar.

DS Ali Rustam seorang Ketua Menteri yang belum benar-benar teruji karier politiknya berbanding calon favourite Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun di dalam kalangan perwakilan nanti ramai yang menerima gelaran Datuk hasil pemberian DS Ali Rustam, namun dijangkakan perkiraan budi bukan jawapannya.

DS Ali Rustam, walaupun beliau berpengalaman mentadbir sesebuah negeri tetapi untuk mentadbir sebuah negara dan sebuah organisasi yang besar memerlukan pengalaman melawan asakan setinggi ombak atau menjinakkan buaya seganas bujang senang. Secara peribadi DS Ali Rustam masih belum berkemampuan kearah itu.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden UMNO terarah kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Beliau seorang yang bercita-cita besar setelah melalui pelbagai kontroversi semenjak mula mengenali dunia politik. Secara kasarnya, pencalonan Tan Sri MMTaib turut melalui kepayahan dan beliau layak pada saat-saat akhir. Secara tidak langsung kehendak akar umbi tidak memihak kepadanya. Namun asam garam politik, segalanya boleh berlaku dan tiada perkara mustahil.

Umum mengetahui kebolehan Tan Sri MMTaib dan kelebihannya sepanjang mentadbir sebuah negeri yang kaya, Selangor. Dimana sepanjang penguasaan beliau Selangor menjadi gemilang walaupun pada ketika itu dasar kerajaan melebihkan Selangor dari negeri-negeri lain. Tetapi beliau lebih terkenal dengan pelbagai kontroversi yang dicipta dengan tindakan yang tidak masuk akal. Secara tidak langsung calon ketiga ini telah membawa imej yang buruk ke sesi pertandingan nanti.

Berlainan hal pula dengan calon favourite jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muyhiddin Yassin (TMY). Anak seorang ulama Johor ini telah melalui liku-liku politik pelbagai era. Semenjak pentadbiran Tun Dr. Mahathir, beliau diberi tanggungjawab menjadi Menteri Besar Johor yang paling muda ketika itu.

Imej yang dibawa TMY juga tidak pernah tercalar dengan kontroversi yang boleh menjahanamkan dirinya walaupun ramai yang tidak senang dengan lagak seriusnya ketika bekerja. Itulah gaya seorang pemimpin yang berwawasan. TMY juga turut diuji memegang pelbagai port folio kementerian dan selalunya ia tidak pernah mengecewakan.

Tidak harus dilupa peranannya setahun yang lepas mendesak supaya pelan peralihan kuasa dipercepatkan. Jika tidak mungkin UMNO masih lagi dibuai mimpi indah akan kekalutan hari ini.

Secara peribadinya, GM memilih TMY sebagai calon yang paling berkebolehan dan berkaliber bukan bersandarkan kepada populariti semata-mata. UMNO memerlukan pemimpin yang berkebolehan untuk berhadapan cabaran era globalisasi yang memerlukan pemimpin yang telah bersedia dengan pelbagai ilmu untuk diadaptasikan melalui tindakan dan kebijaksaan mengurus.

Lagi artikel berkaitan : Muyhiddin Paling Layak
Gandingan Mantap Najib-Muhyiddin
Khas Buat Perwakilan UMNO

Sunday, March 15, 2009

Kerajaan Campuran 1

Penat dan memenatkan tapi berbaloi sebab GM dapat mengubati kerinduan kepada orang tua. Pekena asam pedas ibu, slluurrpp...memang tak tahan. Sampai di rumah, selepas kemaskan kereta dan clearkan segala barang2 GM terus buka laptop nak melihat isu-isu terkini politik semasa.

Errmm...isu roboh plak demokrasi mula mengambil tempat seketika. Wajar pun plat itu dirobohkan kerana ia melambangkan tanda penderhakaan terhadap Tuanku Sultan. Cuma bagi penyokong-penyokong tegar Pakatan Keparat itu melambangkan kebongkakan BN mempergunakan kuasa Polis untuk merobohkan plat itu. Minda kebusukan yang dah tidak boleh dijernihkan dengan wangian kebenaran.

Secara halusnya, berdirinya plat itu menggambarkan orang bukan Melayu telah berjaya menunjukkan kesombongan untuk memperkecil-kecilkan Daulat Tuanku. Ini yang tidak disedari oleh kebanyakan penyokong tegar Pakatan Keparat yang buta hatinya.

Kemudian GM selak dari satu tirai maya ke satu tirai maya. Wah... Nik Ajis sudah bersuara berhubung Kerajaan Campuran cetusan Haji Hadi yang jelas tidak disenangi oleh beliau. Kenyataan beliau Klik yang membantah perlaksanaan itu boleh ditafsirkan pelbagai spekulasi.

Seperti menunjukkan terdapat dengan jelas pihak-pihak yang tidak senang dengan kekuatan Kumpulan Agama PAS yang telah menjalankan 'perhubungan sulit' untuk bergabung demi menyelamatkan kecelaruan yang berleluasa dewasa ini.

Kenyataan Nik Ajis itu boleh disifatkan mewakili kumpulan sekular yang sedaya upaya menggunakan lidah Nik Ajis untuk dicabangkan demi kepentingan individu tertentu.

Secara kasarnya, Nik Ajis sudah jauh benar lenanya kerana didodoikan oleh individu tertinggi PAS yang secara terangnya memusuhi kumpulan agama walaupun mereka bijak menggunakan ayat-ayat Allah ketika berceramah.

Bagi DAP, usahasama pihak tertentu PAS untuk membina jambatan bersama-sama BN tidak boleh diterima sama sekali kerana gagasan Malaysian Malaysia masih belum tercapai kerana itulah janji mereka ketika mewujudkan DAP di Melaka 40 tahun dahulu.

Muktamar PAS bulan Jun nanti sangat2 ditunggu oleh rakyat Malaysia selain menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO kerana disinilah pusat kesepakatan orang Melayu bermula. Setelah diasak dari pelbagai sudut untuk melihat perpecahan orang Melayu hari ini, kedua-dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu harus mencari formula terbaik demi memelihara agama, bangsa dan negara dari terus diperlekeh oleh bangsa lain.

Tahniah Liverpool


KETUA pasukan Liverpool, Steven Gerrard (tengah) menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua pasukannya ketika menentang Manchester United dalam pertemuan dua pasukan gergasi Liga Perdana England di Old Trafford, semalam. Liverpool menang 4-1. – REUTERS

Hari ini aku nak releks skit dari arus politik semasa. Sunday Blues. Plan nak balik ipoh jam 11 pagi. Balik kg. jumpa orang tua rindu plak kat mak aku dengan gulai asam pedasnya. Malam nanti baru balik KL.

Ini bukan nak bikin panas, ini hanyalah sampingan yang tak pernah di lampirkan dalam blog ini. Tahniah Liverpool menutup seketika kesombongan Red Devils.

Saturday, March 14, 2009

Ramalanku Benar Belaka

Ismai Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang, Datuk S Ganesan dari MIC (Bukit Selambau) dan Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.

Pencalonan Ismail and S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, masing-masing di Taiping, Perak and Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas siapakah yang mengumumkan pencalonan Malcolm Mussen. Satu laporan awal bahawa pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, telah dipertikaikan.

Sumber: Malaysiakini

Garamanis: Jangkaan GM sebelum ini bahawa Ismail Saffian akan menjadi calon di Bukit Gantang menjadi kenyataan. Beliau seorang Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang adalah calon yang paling layak untuk memimpin Parlimen Bukit Gantang. Ini kerana ketokohan Ismail Saffian memang telah diketahui oleh penduduk Bukit Gantang dan yang paling penting seteru UMNO di situ turut mengagumi beliau.

Sebagai contoh, tanyalah penduduk Kg. Changkat Ibol, kubu kuat PAS bagaimana peranan Ismail Saffian disitu telah membawa ramai penyokong tegar PAS mengisi borang UMNO seterusnya melafazkan sokongan terhadap UMNO. Jika dahulu jangan harap bendera BN mampu berkibar di kg itu tetapi peranan beliau tidak boleh dipandang ringan oleh PAS dan regu yang lain. Sehinggakan ada ura-ura penyokong PAS di Bukit Gantang melahirkan sokongan jika beliau ditabalkan UMNO untuk menwakili penduduk disitu.

Kepada penduduk Bukit Gantang, memperkenalkan calon anda yang ditunggu-tunggu dan mampu menyuarakan masalah anda untuk kebaikan dan kemuafakatan yang akan dibawanya.

Kepada UMNO, lupakan sengketa jalankan tugas yang berat untuk meraih kembali sokongan yang telah hilang setelah Tag Team Pakatan Keparat bersungguh-sungguh melancarkan perang saraf akan keburukan yang bakal dibawa BN.

Selamat Berpilihanraya dan rakyat Bukit Gantang pilih calon yang berkebolehan serta berkaliber bukan bersandar kepada populariti yang boleh dibeli dimana-mana.

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena

Kedengaran kini heboh diberitakan di Perak, Video Anwar Ibrahim Munafikun sedang 'bersama' Saiful dipertontonkan dari satu cd player ke satu cd player. Adakah ini benar2 ada.?, jikalau ada mungkin ini yang mengerunkan Anwar Ibrahim Munafikun sedang ke'gelabah'an kerana itu adalah bukti nyata yang pasti melondehkan perliku jijik beliau dan paling utama Kak Wan pasti cukup2 kecewa.

Dalam menjalani hubungan suami isteri, pasangan itu lebih mengetahui selera dan 'level of appetite' pasanganya walaupun perkara itu cuba disorok seberapa dalam yang boleh. Anwar Ibrahim Munafikun tidak hairanlah jika 3 hari lepas beliau berjumpa Sheik Al-Majmud untuk mempergunakan segala ilmu kesesatan yang dimiliki oleh Sheik untuk menundukkan Pak Lah yang telah sedia ditundukkan.

Jangan lupa Pusat kesesatan di Hulu Langat itu telah dirasmikan oleh Anwar Ibrahim Munafikun 15 tahun dahulu sewaktu beliau di dalam kabinet dan pasti ada hubungan yang istimewa antara kedua-duanya.Anwar Ibrahim Munafikun akan menggunakan saki baki nafas Pak Lah di dalam kebinet seberapa yang boleh cuba untuk men'delet'kan sejarah kotor yang dimilikinya.

Najib oh najib, inilah manusia yang paling digeruni Anwar Ibrahim Munafikun di samping gandingannya bersama Muhyiddin Yassin yang diketahui track recordnya amat cemerlang sepanjang karier politiknya. Anwar Ibrahim Munafikun ketika ini telah berjaya mencipta persepsi yang sangat buruk terhadap bakal PM itu dan ini masih belum mencukupi baginya selagi saki baki nafasnya masih berada di dalam Putrajaya.

Anwar oh Anwar, ramai yang berfikir anda mungkin berubah setelah ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh Sg. Buloh selama 6 tahun untuk ditarbiyahkan oleh kerajaan tetapi silap anda menjadi semakin rakus dan sedikit pun tidak timbul keinsafan dalam diri anda. Disitu juga, Anwar Ibrahim Munafikun masih memasang rangkaian untuk kepuasan diri sendiri.

Sesuatu yang ditunggu oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan pada Julai ini untuk melihat Anwar Ibrahim Munafikun dibogelkan seaib-aibnya. Pakcik, makcik, ayahlong dan sekalian penduduk Permatang Pauh akan menangis kecewa dan malu kerana telah memberi undi kepadanya setelah habis dikencing dengan songkok dan tasbih dijari kotornya.

Friday, March 13, 2009

Apabila Osman Jailu Mula Membuka Mulut dan Membuka Langkah


Kelmarin bertempat di Padang Awam Kg. Air Kuning, Taiping, ADUN kontroversi Osman Jailu bersama-sama Dato Zambery dan ayahanda Pekida Taiping telah mengadakan perjumpaan, makan tengahari dan memberi penjelasan di hadapan kira-kira 1,000 orang penduduk Kg Ayer Kuning berkenaan konflik sebenar menjerumuskan kejatuhan Pakatan Keparat di Perak.


Apa yang menarik pertemuan yang julung-julung kali diadakan turut dihadiri bebarapa tokoh UMNO setempat antaranya, Datuk Rosli Husin, Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang dan Ayahanda Jamaluddin, Presiden Pekida serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak.


Ini adalah langkah pertama ADUN kontroversi ini turun kebawah untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat Perak setelah pelbagai fitnah dan cacian dijaja oleh tentera komunis pimpinan Nizar. Ini kerana rakyat Perak tidak memahami isu sebenar yang telah membawa kejatuhan satu kuasa angkuh selama 10 bulan bertakhta. Ujarnya keputusan merobohkan kuasa angkuh Pakatan Keparat adalah demi menyelamatkan bangsa, agama dan tanahair. Nizar ibarat dicucuk tali dan disorong kesana-kemari.


Osman Jailu dalam penjelasannya apa yang berlaku sepanjang tempoh sebulan beliau yang dikhabarkan menghilangkan diri adalah kerana beliau telah berbincang dengan pelbagai pihak untuk masa depan politik negeri Perak setelah melihat sendiri akan kecelaruan yang timbul sepanjang Nizar diperkudakan oleh Ngeh dan Nga dalam mesyuarat negeri.


Ini kerana walaupun beliau dan Jamaluddin Radzi adalah anggota exco tetapi disebabkan Nizar tidak berkemampuan mentadbir negeri beliau sewenang-wenangnya diperkudakan oleh Ngeh dan Nga demi kepentingan diri dan perniagaan yang dijalankan.


Tetapi sepanjang tempoh beliau menghilangkan diri apa yang paling dikesali adalah kerana permainan politik PKR Perak yang tanpa dipaksa telah mengeluarkan surat peletakkan jawatannya yang tidak sah dan telah merancang untuk mengadakan pilihan raya kecil jika surat itu diterima oleh SPR. Calon untuk kedua-dua tempat tuh pun dah ada yeop..! sangat kotor dan jijik permainan politik PKR Perak.


Beliau yakin selepas ini rakyat Perak akan memahami petualang sebenar yang masih berselindung disebalik tirai kekebasan hari ini kerana kurangnya penekanan aspek penyampaian yang perlu diberikan kepada rakyat Perak. Diharap dengan langkah pertama ini, ADUN-ADUN kontroversi ini dapat memberi penjelasan bahawa keputusan merobohkan kuasa angkuh sebelum ini adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.


Jika kedengaran cacian halus pembangkang bahawa wang dan pertuduhan rasuah adalah penyebab mereka ini keluar, itu adalah mulut-mulut longkang yang tidak dapat ditutup walau selori tanah mengambusi longkang-longkang itu. Demi agama aku terpaksa merelakan diri ini dicerca, mungkin itu bisikan terakhir Osman Jailu semasa melangkah keluar dari bilik mesyuarat exco sehingga akhirnya merobohkan kuasa angkuh yang telah meletakkan plak demokrasi hhhaaattuuiihhh... di bawah pokok beringin. Amin.

Wednesday, March 11, 2009

Ibrahim Ali cadang imuniti Anggota Parlimen dihapus

Datuk Ibrahim Ali, satu-satunya wakil rakyat Bebas, mencadangkan supaya imuniti dan kekebalan Anggota Parlimen dihapuskan supaya mereka lebih bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan.

Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) berkata kekebalan itu perlu ditarik balik memandangkan Raja-raja dan Sultan sendiri pun tidak mempunyai kekebalan.

“Kita di sini boleh cakap apa saja. Memang ada peraturan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan tetapi tidak mencukupi,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 di Dewan Rakyat hari ini. Ibrahim berkata Anggota Parlimen tidak perlu takut untuk menyentuh perkara tertentu sekiranya mempunyai bukti dan maklumat sahih mengenai apa yang mereka bangkitkan.

Beliau juga mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang layak mendapatkan kad pengenalan pada peringkat umur 12 tahun supaya mengangkat sumpah kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Rukun Negara.

Beliau berkata perkara ini penting kerana pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini disebabkan generasi muda kurang pengetahuan sejarah, dan jika tidak disedarkan dengan segera, ia boleh menjurus ke arah kehancuran.

Ibrahim juga mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah yang bersabit dengan kontrak sosial kerana ia penting untuk rakyat Malaysia.

“Kepada pembangkang dan kerajaan, kedua-dua juga perlu bermuhasabah diri.

Saya pun ingatkan diri saya sendiri. Semua orang tahu sama tahu, pemain yang sama, tukar tempat sahaja,” katanya.

Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) pula berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memberikan janji sebanyak 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu sekiranya pakatan pembangkang memerintah.

Dulu pun kata ada 30 Anggota Parlimen Sabah dan Sarawak yang melompat ke parti pembangkang 16 Sept tahun lepas. Ini pembohongan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang yang sama.

— BERNAMA

Garamanis: Teringat GM ketika bertemu dengan Datuk Ibrahim Ali di sebuah restoren beberapa bulan lalu. Kami duduk semeja dan banyak berbicara hal-hal semasa terutama sekali membicarakan hak orang melayu. Beliau pernah membangkitkan perkara ini kerana baginya Ahli Parlimen hari ini khususnya Ahli Parlimen Muda tidak memahami kekebalan yang wujud di Dewan Rakyat. Ujarnya, mereka seolah-olah berasa bongkak dan tidak menghormati Ahli Parlimen yang lebih senior terutamanya dalam kalangan mereka sendiri dengan berlumba-lumba menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Sesungguhnya Datuk Ibrahim Ali layak ditabal sebagai pejuang rakyat tulen kerana tidak pernah membeza-bezakan rakyat walaupun berlainan falsafah dan ideologi. Siapa yang tidak kenal Datuk Ibrahim Ali, tanyalah rakyat Pasir Mas akan kehebatan beliau. Disebabkan itu PAS Kelantan sangat menghormatinya walaupun kini timbul pergeseran antara beliau dengan kepimpinan negeri itu.

Dah Terang Lagi Bersuluh

Tarikat Ismailiah telah difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Sslam Negeri Kedah pada tahun 1980 dan kehadiran Pak Lah bersama-sama Anwar Ibrahim Munafikun di majlis tersebut banyak menimbulkan persoalan. Selain daripada itu, notis fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Selangor turut dipamerkan di Galeri Nurul Iman yang turut dilawati oleh Pak Lah.

Kini timbul persoalan besar kerana sepanjang majlis berlangsung Pak Lah dan Anwar Ibrahim Munafikun telah mengadakan pertemuan tertutup bersama Syeikh Mahmud al Majzub yang menjadi pengantara diantara kedua-dua pihak. Sejam kemudian kedua-dua pemimpin itu dilihat begitu mesra ibarat tiada apa-apa persengketaan antara keduanya.


Jikalau pun Pak Lah hadir diatas jemputan rasmi tetapi dari segi protokolnya terdapat kecacatan sepanjang majlis itu berlangsung. Selain itu turut juga yang hadir adalah Sami Diraja Thailand, Phra Promwachirayan..!. Selain Shamsul Iskandar turut sama hadir adalah Mustafar Kamil Ayob dan Bhokin Bhakula, mantan Timbalan Perdana Menteri / Menteri Luar Thailand.

Ini menguatkan desas-desus Anwar Ibrahim Munafikun sangup menggunakan teknik halus untuk menundukkan musuhnya dan menrencanakan segala perancangan jahatnya. Apa tujuan Anwar Ibrahim Munafikun hadir bersama-sama Sami Siam sangat menarik untuk dipersoalkan jikalau pun majlis itu adalah majlis penutupan latihan kerohanian.

Kini, spekulasi bertiup bahawa Pak Lah dan Anwar Ibrahim Munafikun punyai perancangan jahat tanpa disedari Pak Lah ataupun Pak Lah menyedari akan rancangan itu. Adakah Anwar Ibrahim Munafikun telah mengawal secara halus Pak Lah.? Ini kerana Anwar Ibrahim Munafikun tidak akan berputus asa untuk menumpaskan musuh-musuhnya selagi cita-citanya untuk menjadi PM tidak kesampaian.

Walhal tempoh 2 minggu ini sangat genting menjelang peralihan kuasa UMNO dan pertuduhan liwatnya mula berkumandang. Setelah riuh spekulasi Anwar Ibrahim Munafikun sanggup menggunakan teknik halus keatas Saiful Bukhari, kini spekulasi itu diperkukuhkan dengan pertemuan sulit ini.

Apa yang menarik kehadiran Pak Lah seolah-olah merahsiakan pergerakannya hari itu untuk mengelakkan dari dikesan oleh pasukan keselamatan yang ditugaskan melindunginya. Pasti Pak Lah dan Anwar Ibrahim Munafikun telah merancang pertemuan ini. Tidak hairanlah jika Malaysiakini sanggup memberi ruang kepada menantu kesayangannya untuk mempromosi diri menjelang 24 Mac 09 ini.

Tuesday, March 10, 2009

Hua..hua..hua


Ada satu cerita kartun yang tengah meletup kat TV kanak-kanak suka sangat cerita kartun ini. Kartun yang diberi nama Wonderpets superheroes baru dari US. Kisah bagaimana seekor Guinea Pig, Itik Kuning (Ming-Ming) dan Kura-kura (Tuck) membantu rakan-rakan haiwan yang di timpa kesusahan. Sangat menghiburkan terutama lagunya yang sedap setelah di ubah ke bahasa Melayu. Lagunya macam nie:


Ops..telefon pun berbunyi...

Apa..ini seriuss..(Ming-Ming)..

Kenapa Ming-ming..?

Ada Manusia yang ketakutan (Ming-Ming)

Kita kena tolong Tuck (Guinea Pig)

Kenapa kita kena tolong (Tuck)

Ini seriuss....

Anwar orang kita, kesnya telah dibuat ke Mahkamah Tinggi (Ming-Ming) Klik

Ini seriusss...(Ramai-Ramai)..



Wonderpets, wonderpets kami datang...(Nyanyi beramai-ramai)

Membantu Anwar Juburi yang dalam kesusahan...

Kami tak besar dan kami tak kuat...

Bila bekerjasama semua jadi mudah...

Oooo wonderpets...hhooo..

Sangat menghiburkan kartun nie. Hua..hua..hua..

Hebahan : Sidang PERKASA


MOHON RAKAN-RAKAN BLOGGER BUAT HEBAHAN TENTANG PERHIMPUNAN INI.MINTA SEMUA DATANG BERAMAI-RAMAI DEMI KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA