Wednesday, September 21, 2011

PANAS! Rakaman Audio...Belum Lagi Masuk Putrajaya, DAP Chy-Byekan Staff Melayu



Lee Kee Hiong merupakan salah seorang pemimpin DAP yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang.

Perempuan biadab ini adalah Ahli Jawatankuasa Pengindahan Bandar, Ahli Jawatankuasa Kewangan, Ahli Jawatankuasa Infrastruktur dan Ahli Jawatankuasa Tender dan Sebutharga di MPKj.

Dia dikatakan sebagai sangat berpengaruh dalam DAP Selangor kerana mengusai Ean Yong Hian Wah (Pengerusi DAP Selangor) selain merupakan orang kanan kepada Lim Kit Siang.

Baru menjadi Ahli Majlis, sudah berani memperlakukan kakikatangan Melayu di MPKj sampai begitu sekali, jadi cuba bayangkan apa yang dia sanggup lakukan jika sudah memegang jawatan tinggi diperingkat negeri. Tentu lebih teruk dari itu kakitangan awam kerajaan negeri akan dibangsatkan.

Untuk mengetahui latar belakang dan siapa sebenarnya perempuan biadab ini, para pembaca sekalian boleh klik disini.

Sumber: Horas

PANAS! Dr. Brian Karipapkan Anwar Ibrahim

Rangkaian Peguam Anwar bersungguh-sungguh mahu tampilkan pakar mereka sendiri. Anwar juga begitu yakin pakar karipap yang dibawanya lebih efisen.

Pada tanggapan Anwar dengan membawa muka mat saleh sebagai pembelanya akan membuatkan semua rakyat dan penyokong kagum dengan tahap networking Anwar. Muka yang fresh dan sijil akademik yang bergulung akan mengagumkan barisan pendakwaraya.

Podaah cit..! Anwar sudah dikaripapkan penebar piza dari Australia.

Apa yang didedahkan The Mole amat-amat mengejutkan. Nama web pun dah macam perli Anwar. Hehehe....

In fact the lack of qualification caused the judge to question how McDonald can be considered qualified to operate a pathology lab as prescribed by the laws of Australia.

In Para 52, the judge said:

“The only possible relevant course addition to Dr McDonald’s university studies as revealed in his curriculum vitae which he has done was in 1993, being the NATA assessor’s course in DNA testing laboratory accreditation, but which he said did not assess or accredit him in any way (T231). I am therefore left not knowing the basis upon which Dr McDonald is able to operate and accredited pathology laboratory within the meaning of s23DN ad s23DNA of the Health Insurance Act, other that that he is a senior scientist as definer therein.”

NATA is National Association of Testing Authorities, Australia.

After reviewing testimony from other experts, the judge comes to an even more shocking conclusion that despite a lack of expertise in a particular area, McDonald found no difficulty in running down the testimony of real experts in the field.

“This explains why Dr McDonald is not an expert. He does not have the expertise to derive and validate a subpopulation model. He cannot follow the derivatives in such model. He has not attempted to follow the derivations of the subpopulation model used by Dr Buckleton in this case (T237). However, when he looks at the observed profiles against the expected or predicted profiles, he says that the model prepared by Dr Buckleton is “flawed” (T237).”

In fact, Dr. Brain Mcdonald sudah ada jurnal law kes yang mempertikaikan kredibilitinya. Sepertimana yang didedahkan, hakim Aussie pun tolak kelayakan Dr. Brian.

Apakah aneh untuk sebuah negara yang mengiktiraf kesamaan gender dan support untuk homoseksual komuniti macam Anwar menafikan kelayakan Dr. Brian?

Dalam menegakkan keadilan, fakta kes adalah fakta yang tidak boleh diubah. Beban bukti yang terletak pada Anwar sudah menampakkan kebenaran. 

Mahu tunggu saja bendera putih dari Karpal Singh. Hehehehe......

Anwar sudah sikap pilih pakar. Yang dicari pakar DNA bukan pakar karipap yang mahu kaut keuntungan.

Jika hakim Aussie pun mentah-mentah tolak kredibiliti Brian takkan hakim disini mahu terima keterangan Brian sebagai bullet proof Anwar berjoget di luar mahkamah.

Thursday, September 15, 2011

PANAS!! Imam Besar Mekah Tampar Kepimpinan PAS

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya.
Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam.

"Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya.

Beliau berkata, perkembangan Islam tidak akan berlaku jika suasana di Malaysia tidak berada dalam keadaan baik serta stabil.

"Nasihat saya pelihara negara ini baik-baik, ia satu amanah yang wajib dilaksanakan. Kekalkan perpaduan dan elakkan perpecahan.

"Musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan umat dan perkara ini perlu diawasi bagi memastikan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara," katanya.

Monday, September 12, 2011

PRU Dah Dekat: Yang Kalah Pasti Akan Salahkan Orang Lain

Melihat senario semasa beberapa YB pembangkang banyak yang berpotensi akan kalah dalam PRU akan datang. Isu DUMC, kenyataan menyokong komunis Mat Sabu, isu kesucian Islam dan beberapa lagi isu yang telah menyedarkan orang Melayu.

Apabila kesedaran mulai timbul dalam fikiran dan sanubari orang melayu serta beberapa kekalahan pembangkang dalam siri PRK sebelum ini, gabungan ini mula mempersoalkan ketelusan dan gerak kerja proses demokrasi.

Perkara ini boleh dilihat apabila pembangkang galak menyerang beberapa agensi kerajaan. Menimbulkan isu pengundi hantu (Phantom Voters) dan pengundi Pos (Postal Voters) diibaratkan sebagai bom tangan untuk menimbulkan persepsi yang buruk terhadap agensi pelaksana demokrasi.

Dalam pada itu, beberapa dakwaan pemindahan pengundi yang kononnya didalangi oleh kerajaan juga cuba dieksploitasi semacam perkara sedemikian tidak langsung terfikir untuk dibuat oleh pembangkang. 

Contoh terbesar ialah pemindahan pengundi yang masuk ke dalam Pulau Pinang. Tindakan pengukuhan pengundi ke dalam Pulau Pinang boleh disifatkan sebagai mengukuh penguasaan DAP ke atas pulau itu.

Adalah logik untuk diperdebatkan jika kelompok pengundi berbangsa Cina mencatatkan peratusan perpindahan yang tinggi ke dalam Pulau Pinang sedangkan bilangan penduduk Melayu merangkumi tanah besar dan pulau mencatatkan bilangan yang tinggi melebihi penduduk berbangsa Cina. Bukankah sokongan pengundi Cina lebih memihak kepada pembangkang khususnya DAP?

Disebabkan itu beberapa pemimpin pembangkang cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan dengan cubaan membawa usul pindah undi ke sesi Parlimen. Dengan sokongan beberapa jentera psywar pembangkang seperti MKini, TMI, Harakah Daily (Sumber Kelentong Anda) serta bantuan laman blog propembangkang membuatkan isu ini seolah-olah barah yang tiada pengubatnya.

Apa yang mahu ditonjolkan dalam artikel ini ialah kedatangan PRU Ke-13 dan kekalahan beberapa ahli parlimen dari side pembangkang memang sudah tidak boleh dielakkan. Biarpun pada ketika kempen kelak berbakul bakul janji pilihanraya ditabur, apakah orang melayu dan pengundi amnya akan terus memberi undi kepada sebuah gabungan yang carca marba dan tidak beretika?

Banyak sudah isu yang dilihat orang melayu sebagai mengecewakan kerana konsistensi pembangkang yang enggan mengaku kalah dan menyokong kerana lebih mahu menjaga sensitiviti politik daripada menjaga sensitiviti kaum.

Melihat daripada itu, kekalahan yang sudah dijangka tidak dapat dielakkan dan apa yang pasti kekalahan ini sudah pasti akan disertakan dengan beberapa dakwaan yang tidak masuk akal. Logikkah jika usia jenama demokrasi sudah melangkau 60 tahun untuk menidakkan ketelusan yang sudah diyakini.

For sure yang kalah itu akan menafikan kelemahan sendiri tetapi akan menunding jari menyalahkan orang lain itu pun jika BN mampu menguruskan konflik menjelang PRU supaya dilihat lebih segar dan diyakini.

Baca juga disini dan disini untuk memahami suara rakyat disaat keyakinan rakyat terhadap BN semakin mendekat

Taib Mahmud - Liabiliti Kepada BN?

Dalam lawatan Hari Raya Anwar di Sarawak – dan pertemuan dengan pimpinan PKR di Sarawak; Anwar memang ada dalam mood yang luarbiasa. Anwar yakin bahawa Sarawak akan ‘deliver’ sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat. Soalnya, berapa yang akan diwakili PKR? Anwar mahu para petugas pilihanraya PKR bekerja lebih keras – kerana jumlah wakil daripada setiap parti akan memberikan ‘leverage’ kepada kedudukan parti yang diwakili. 

Anwar membayangkan kepada hadirin bahawa kemungkinan…bahawa dia tidak akan bersama dalam PRU13. Saya ambil cuti ‘sabatikal’, kata Anwar. Hadirin tergelak. Namun, Anwar sudah menyampaikan wasiat bahawa perjuangan PKR di Sarawak mesti diteruskan di bawah naungan Baru Bian. 

Anwar menceritakan bagaimana sebenarnya Taib Mahmud akan menjadi catalyst kepada kejatuhan BN di Sarawak dalam PRU akan datang. Anwar berkongsi cerita bagaimana PM membuat usaha yang tepat untuk meminta Taib mengundur diri daripada jawatan Ketua Menteri. 

Semua ini dirancang di Hotel Hilton, Kuching – kata Anwar. Semua jentera diarahkan untuk memberikan tekanan kepada Taib Mahmud untuk bersara. Apabila Taib Mahmud enggan – ‘kempen anti Pek Moh dan Jom Ubah’ anjuran DAP sahaja sudah mampu menyebabkan undi popular BN merosot teruk.

Pada ketika ini, Anwar memaklumkan bahawa Taib akan memastikan bahawa LEGASI kepimpinannya akan kekal elok di Sarawak. Desas desus untuk membawa Mahmud Abu Bekir Taib sebagai pemimpin baru PBB akan menjahanamkan sama sekali BN di Sarawak. Mahmud akan bertanding Parlimen – dan seterusnya melompat naik ke jawatan kanan PBB dalam masa yang sangat singkat.

Anwar menceritakan bagaimana Abang Jo sudah menjadi tak tentu hala dengan rumours ini. Awang Tengah yang pada mulanya dikatakan akan menjadi calon KM juga – kata Anwar, akan KEMPUNAN jawatan Ketua Menteri. 

Semua ini, tegas Anwar adalah sumber kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat di Sarawak. Anwar mahu ianya digunapakai sebaik mungkin. 

Dalam konteks BN – apa ‘game plan’ untuk Sarawak ini? Nak biarkan sahaja Taib Mahmud menghancurkan peluang BN ikut suka hati? Nak biarkan sahaja Sarawak jadi milik peribadi Taib Mahmud? 

Blog ini melahirkan kerisauan kerana nampak macam TIDAK ada kesungguhan di peringkat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah Taib Mahmud di Sarawak. Ini sebenarnya litmus test kepada keberanian Najib. Setakat ini? Mengecewakan. Tak ada keberanian. Tak nampak macam ada harapan.

DAP tak perlu usaha banyak – guna semula propaganda Pek Moh; dan BN Sarawak akan menyerahkan lebih 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat dengan mudah. Maaflah dalam isu ini, tidak ada blogger pro-BN yang boleh pertahan. Taib Mahmud sememangnya sudah menjadi liabiliti kepada BN.

Friday, September 09, 2011

Anwar Restu Memorandum Sabotaj Khalid Ibrahim


Saya menghubungi 'seseorang' dalam Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor' bagi mendapatkan kepastian berhubung desas desus 'rampasan kuasa' dalaman pentadbiran Negeri Selangor. Ini bermula dengan kenyataan Khalid Samad yang menyatakan terdapat usaha bagi menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Jika diikutkan kronologi, usaha ini sudah bermula lama dulu. Ketika itu, isu pasir telah menjahanamkan imej pentadbiran Khalid Ibrahim yang gagal mengekang kemarahan rakyat Selangor dan timbul ura-ura untuk menaikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru

Menurut Khalid Samad beberapa ahli parlimen dari PKR sedang mengusahakan satu memorandum bagi  mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan. Walaupun Khalid Samad tidak menyatakan yang sebenarnya memorandum itu telah pun sampai ke tangan Wan Azizah.

Untuk lebih memahami, memorandum itu melibatkan sokongan tandatangan ahli-ahli parlimen PKR dan apa yang lebih penting usaha itu sudah mendapat 'blessing' daripada Anwar Ibrahim. Bagi Anwar, tindakan ini perlu memandangkan kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim mampu memberi impak buruk terhadap prestasi PKR di Selangor menjelangnya pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRU Ke-13. 

Pada Anwar, untuk memimpin pentadbiran negeri lebih mudah diuruskan oleh Azmin Ali selain kapasitinya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Lagi pun Anwar pernah berjanji untuk memberi 'imbuhan' yang besar kepada Azmin atas konsistensinya membelanya.

Desakan ini ekoran kegagalan Khalid Ibrahim menunaikan janji-janji pilihan raya selain daripada sikap kedekut Khalid Ibrahim sendiri yang menyekat bantuan kewangan kepada ahli parlimen Selangor dan jentera pembangkang.

Isu pokok yang lebih besar menjurus kepada desakan ini adalah kegagalan Khalid Ibrahim dalam menjalankan pentadbiran yang cekap dan adil sesama ahli parti selain daripada isu semasa yang telah menyinggung perasaan orang Melayu di Selangor.

Gerakan ini sedang berlaku dan diketuai oleh Azmin Ali. Antara ahli parlimen yang lantang mendesak ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Mike (Kapar) dan Haniza Talha (Kg Medan). Selain itu, beberapa ahli parlimen luar dari Selangor yang turut menyokong ialah Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Yusmadi Yusuf (Balik Pulau)

Untuk rekod, Khalid Ibrahim sudah lama mengetahui gerakan ini dan dia akan terus mengekalkan kuasa selaku MB sehingga mendapat ilham untuk membubarkan DUN dan meminta perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Bagi pemimpin kanan PKR, kumpulan yang pro Azmin Ali dilihat amat 'dominan' menguasai segala keputusan dan perjalanan politik PKR yang diketahui tidak boleh lagi mengharapkan kredibiliti Anwar Ibrahim untuk terus memimpin. 

Dengan bergerak mengikut bayangan Anwar, pakatan sulit yang sedang bergerak ini mahu mengangkat Azmin Ali sebagai ikon pemimpin baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim. Segala isu yang sedang berlaku di Selangor sepertimana isu pemeriksaan JAIS dikatakan turut mendapat sentuhan kotor daripada pakatan ini.

Jika pun Khalid diturunkan apakah Azmin Ali mampu mengekalkan status quo pembangkang di Selangor?

Melihat stail dan game politik PKR ianya penuh dengan tipu muslihat, kecurigaan, ketidakadilan dan tikam belakang walaupun PKR selalu gah dengan terma 'keadilan' diatas-atas pentas ceramah. Apa yang berlaku di Selangor memperlihatkan game politik yang merbahaya.

Bagaimana mahu memiliki Putrajaya jika kepimpinan yang sedia ada penuh dengan taktik kotor dan sesat?

Bagaimana pula peranan UMNO Selangor untuk mengeksploitasi perpecahan ini?

---------------------------------------------------------------------------------------
Penipuan Keahlian Dalam PKR - The Unspinners

Laksmi dihubungi oleh Anuradha untuk menyerahkan borang yang sudah siap tapi dia buat pelbagai helah untuk tidak mahu serahkan. Maklumlah perkara ini salah. Itu yang Anuradha telah mengugutnya di dalam perbualan talipon dengan ibu Lakshmi.

Rakan PKR kaum India itu memberi kami maklumat dan dokumen ini untuk didedahkan betapa buruk dan jijiknya politik dalaman PKR hingga sanggup ugut mengugut. Jadi berapa kali ganda keleontong PKR tentang jumlah keahlian mereka. Kalau 300,000 tu agaknya cuma 30,000 kot???

Ini rupanya cara pemimpin PKR menang jawatan dalam PKR. Agaknya begini jugakah cara Azmin menang? 

Monday, September 05, 2011

Kerana Komunis Telah Memesongkan Niat Suci Mat Indera

Timbul pula polemik untuk mengiktiraf perjuangan Mat Indera. Apa yang diperkatakan Mat Sabu dan PAS amnya ialah berdasarkan pemahaman cetek arah tujuan Mat Indera.

PAS beranggapan, Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan walaupun bersatu padu dengan komunis menentang pasukan keselamatan yang ditunjangi British. Era ketika itu ialah penjajahan British dan barang sesiapa yang bernaung di bawah  pemerintahan British dianggap sebagai penderhaka kepada rakyat dan tanah air.

Hal sebegini tidak boleh diceduk dari istilah sejarah semata-mata tetapi perlu dilihat dari sudut kepentingan keselamatan. Bukakan minda untuk melihat dari sudut keselamatan.

Tanah Melayu ketika itu dibawah payung British. Segala urusan pentadbiran adalah melalui sistem British dan rakyat ketika itu akur dengan kuasa British. Sistem pemerintahan, Ekonomi, Pendidikan,dan Keselamatan segalanya mengikut acuan British.

Dalam mentadbir sesebuah jajahan atau pun wilayah tidakkah diperlukan sebuah pasukan keselamatan yang terdiri daripada rakyat jati. Sebuah pasukan keselamatan untuk menguruskan keselamatan dalam era kebangkitan rakyat untuk mencapai sebuah negara sendiri yang mutlak.

Tidakkah diperlukan sebuah pasukan keselamatan untuk menjaga aktiviti harian rakyat yang ketika itu masih lagi daif dan tercari-cari identiti sebuah negara yang merdeka?

Apakah pernah berlaku tindakan British yang mengarahkan pasukan keselamatan melakukan pembunuhan etnik kaum pendatang yang dibawa dari China dan India. Adakah tertulis segala kepayahan yang dilalui rakyat ketika itu untuk menjalani kehidupan dengan sempurna? Yang ada dan wujud fakta sejarah adalah kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah negara merdeka. Rakyat yang diterapkan dengan idea Nasionalis.

Seperti mana perjuangan Dr. Burhanuddin, Dato' Maharajalela, Datuk Onn Jaafar, Rosly Dhobi, Tok Janggut ataupun Mat Kilau penentangan yang dicetuskan adalah kerana penjajahan British yang mahu membolot segala hasil bumi dan mewujudkan sistem Inggeris kerana dianggap bertentangan dengan norma-norma orang Melayu ketika itu. 

Disini timbulnya , penentangan orang Melayu yang bangkit menentang British kerana Tanah Melayu ketika itu perlu berdiri dan ditadbir sendiri oleh rakyatnya.

Sejarah sudah tertulis kepayahan rakyat menjalani kehidupan semasa era pendudukan Jepun dan pemberontakan Komunis. Sejarah ini yang tertulis bagaimana beras menjadi emas dan ubi kayu menjadi dagangan.

Sejarah juga menunjukkan keperitan dan kesengsaraan rakyat yang dibunuh kejam atau dirogol tanpa belas kasihan jika tidak bekerjasama dengan Komunis. Yang mana didapati menjadi mata telinga British akan menerima padah. Disinilah fungsinya sebuah pasukan keselamatan yang dilatih oleh polis British bagi mengekang kekacauan yang dicipta Komunis untuk menakut-nakutkan rakyat.

Tidakkah itu kejam bagi sebuah organisasi kononnya mengangkat senjata bagi menuntut sebuah wilayah yang merdeka untuk mengembangkan ideologinya. Jika diikutkan tiada kejayaan yang gemilang jika tiada pengorbanan tetapi bukan sepertimana yang dilaksanakan rejim komunis ketika berkuasa dulu.

Polemik yang ada ketika ini adalah satu alasan yang jijik bagi menghalalkan sentimen kebencian rakyat terhadap komunis. Bukan kerana penerimaan terhadap sejarah itu sendiri tetapi manipulasi bagi menafikan apa yang sudah tertulis.

PAS perlu menilai dari pelbagai aspek kemungkinan. Jika pasukan keselamatan itu bekerja semasa era British dianggap penderhaka bagaimana pula senarionya selepas British meninggalkan negara ini dan Komunisme menjadi tunjang pemerintahan Tanah Melayu. Tidakkah itu dianggap tali barut Komunis yang sama-sama membuat kekacauan dengan ideologi kuku besinya.

Pasti akan muncul pejuang yang hebat untuk menentang kekejaman Komunis.

Mat Indera diakui sebagai pejuang tetapi kerana komunis yang memesongkan niat sucinya membuatkan dia dilabel sebagai penderhaka. Kerana komunis telah meracuni niat sucinya untuk menentang British dengan ideologi haluan kiri membuatkan usaha Mat Indera telah disalah tafsir.

Tragedi Bukit Kepong adalah kisah sentimental sebuah perjuangan mempertahankan maruah tanah air dengan semangat melawan yang tiada tolok bandingnya. Sebuah perjuangan dari sebuah pasukan keselamatan yang menentang kekejaman Komunis kerana merosakkan keharmonian negara ketika itu.

Dalam hal ini, ternyata PAS silap dalam 'bermain' dengan sentimen Bukit Kepong ketika rakyat sedang menikmati keharmonian hasil usaha pejuang terdahulu.

Lagi Baguih Nik Aziz Ajak Berdebat Pasal Murtad.


Cukuplah berpolitik, perkara ini langsung tidak berfaedah.

Nik Aziz dalam laman twitternya mahu mengadakan Debat Perdana bagi menjelaskan siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan sebenar.

Bunyi twitter Nik Aziz garang dan eksklusif tetapi rasa cacat dan memualkan.

Kenapa mesti Nik Aziz dan PAS melompat sebegini tidak seperti ketika masalah permurtadan yang berlaku di DUMC dulu.

Kenapa PAS tidak mahu mengajak UMNO berdebat mencari penyelesaian isu yang lebih besar melanda umat Islam ketika ini. Berdebat untuk menyelesaikan dan mencari titik persamaan dalam membendung isu murtad.

Terus terang cakap PAS tidak berminat untuk menjaga amanah Allah. Untuk berjuang ke jalan Allah jauh sekali. Hendak melaksanakan langsung bukan agenda perjuangan PAS.

Begitulah habitat PAS....


Kalau orang melayu tak marah PAS takkan sampai ada khianat macam ini. Ini semua kerja orang yang dah menyampah dengan kesundalan PAS.

Itu betul-betul punya marah. 

Tak tahu la dari laporan mana yang sampai ke meja Hadi Awang akan keyakinan PAS untuk tawan 60 kerusi dan tambahan beberapa kerusi lagi daripada PKR.

Gaya syok sendiri.

Friday, September 02, 2011

Anwarfobia....Seni Politik Najib Halus Dan Menikam

Sebenarnya tiada istilah "Anwarfobia" sepertimana yang digembar-gemburkan jentera psywar PKR, Malaysiakini.

Apa yang nak ditakrif sebagai "Anwarfobia"? Ketakutan terhadap seseorang yang bernama Anwar Ibrahim? atau kecelaruan perancangan kerajaan dalam menghadapkan Anwar ke muka pengadilan atas kesalahan meliwat yang diterdapat dalam Al-Quran sebagai dosa besar dan jijik?

Ianya adalah stigma mahu menggambarkan kepada umum ketakutan kerajaan terhadap Anwar Ibrahim walhal tiada apa yang perlu ditakutkan kerana jangka hayat politik Anwar sudah hampir ke penghujung. Anwar cuma perlu pergi umrah atau mengerjakan haji memohon taubat atas kesalahan yang diciptanya sendiri.

Itu pun jika masih ada hidayah untuk Anwar

Kesediaan kerajaan melalui Kementerian Penerangan untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Penanti dalam Permatang Pauh adalah kerana rakyat Permatang Pauh dahagakan perhatian khusus dari kerajaan.

Permatang Pauh sejak dahulu lagi telah dimomokkan dengan fantasi yang kononnya kerajaan zalim mengheret Anwar Ibrahim atas kesalahan yang diciptanya sendiri. Sejak dulu lagi sejak era Wan Azizah kemudian diambil semula Anwar Ibrahim, Permatang Pauh tidak pernah mendapat perhatian Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim tidak menghargai undi rakyat disitu. Sudah ditabal sebagai wakil rakyat dia langsung tidak mempedulikan rakyat Permatang Pauh. Sakit pening susah senang bukan sesuatu yang diambil perhatian Anwar.

Rakyat Permatang Pauh jarang menerima perhatian wakil mereka. Sementahlah bagi Anwar menganggap Permatang Pauh sebagai kubu kuatnya. Percayalah, rakyat disitu sudah jelak dan tidak mahu lagi dibayangi dan dibebani dosa menabalkan seorang peliwat sebagai pemimpin mereka.

Kesedian kerajaan untuk memberi perhatian terhadap Permatang Pauh dengan mengadakan rumah terbuka disitu adalah langkah berani dan tepat. Ianya adalah tamparan untuk Anwar yang gagal sebagai wakil rakyat.

Ini yang enggan diakui Anwar stail seni politik Najib.....halus dan menikam.