Tuesday, July 13, 2010

Isu Pasir Tak Boleh Setel...Nak Setel Hal Kg. Baru.

Ini yang Khalid gagap kutuk Tun Dr. Mahathir. Dia tak sedor diri, jasa Tun dah diakui seluruh dunia. Daripada KLCC sampai ke kereta proton yang anak sedara Khalid pakai semua guna kepala otak Tun M. Khalid gagap cakap macam ini pasal Tun dalam keadaan tergagap-gagap..
Menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penakut” kerana tidak melaksanakan cadangan pembangunan Kampung Baru dengan melibatkan orang bukan Melayu ketika era kepimpinannya selama 22 tahun. “Cadangan untuk melibatkan orang bukan Melayu adalah satu alternatif tetapi beliau (Dr Mahathir) ketika menjadi perdana menteri takut untuk

“Ini kerana cadangan tersebut tidak seiring dengan kehendak majoriti penduduk Kampung Baru yang mahukan pembangunan dijalankan tanpa mereka hilang status tanah tersebut,” kata beliau ketika ditemui wartawan sempena sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan usaha pembangunan semula Kampung Baru iaitu penempatan orang Melayu di ibu negara akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.

Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.

Adoyai..Khalid nak jadi Einstein pula dalam hal pembangunan dan ekonomi orang Melayu. Isu pasir di Selangor pun Khalid tak mampu nak handle, berkeparat gengster korek pasir siang malam. Yang ini pun Khalid tak mampu nak setelkan.

Ini yang Khalid perlu buat. Jangan sibuk hal luar dari Selangor, clearkan dulu gengster pasir kalau tak mahu diclearkan PRU akan datang.

Monday, July 12, 2010

Tiada Siapa Yang Boleh Lupa Apa Yang PAS Dah Buat Pada Kg. Buah Pala.


Ikhlaskah PAS?
PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.

Ini kerana, katanya mereka bukan boleh menyelesaikan sebaliknya menyerahkan kepada PAS yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Konuniti (JKKK), kariah Masjid Jamek Jelutong serta Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Bila kita berjaya mendesak pemaju menghentikan sementara projek selama tiga bulan itu menandakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku walaupun oleh Umno semasa berkuasa dulu," jelasnya ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang gembira dengan perkembangan berkenaan berkata, jika hendak mengharapkan Umno, keadaan bertambah berserabut ekoran parti itu sendiri berada dalam keadaan cemas di mana 13 cawangan di bahagian ini sudah ‘angkat bungkus’.

Sumber: Harakah Daily

Bunyi Mujahid sembang macam auta saja. Kepala donga, dulu masa kes Kg. Buah Pala, haram langsung tak dipeduli PAS Negeri. PKR jangan diharap nak bantu, DAP hantaq samseng mau potong kaki lagi ada.

Pisau.net seorang blogger kaki pukul dari Penang ada sikit peringatan untuk orang Melayu Penang pasal PAS yang tak pernah ikhlas nak mengaku Bumiputera. Beli rumah diskaun Bumiputera depa berebut-rebut tapi hendak mengaku Bumiputera rasa malu dan jijik. Takut dengan DAP yang menyinga pasal hal ini. Pisau kata:-
Memperlekehkan kepentingan menjaga bangsa melayu sendiri sudah menjadi makanan Khawarij PAS,kononnya menjaga bangsa sendiri adalah tidak Islamik dan mengamalkan politik suku.

Sekarang ini Khawarij PAS terpaksa menjilat kembali ludah mereka apabila kegusaran kerana orang melayu dilihat telah menjauhkan diri dari politik lacuran ala Khawarij PAS yang sudah kehilangan arah dan prinsip.

Yang terbaru naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesa agar Khawarij PAS meningkatkan peranan untuk mengambil alih peranan Umno membela bangsa melayu.

Dahulunya Khawarij PAS lebih berselera mempertahankan DAP daripada bangsa melayu sendiri,hinggakan sanggup memperlekehkan kepentingan kaum majoriti dan bersungguh sungguh mahu memberikan hak melayu agar disama ratakan ala middle Malaysia DAP.

Hipokrit dan munafik Khawarij PAS adalah gambaran yang dipertontonkan kepada orang melayu.Hari ini cakap lain,esok cakap lain semuanya boleh diubah ubah mengikut selera demi menghalalkan cara.
La ni, Mujahid kononnya 'ceria' dapat membantu orang Melayu Jelutong yang nak kena halau dengan DAP.

Macam tak nampak kesungguhan dan keikhlasan PAS. Yela tuh...PRU nak dekat.

14 Julai...Game Anwar Yang Serabut


Lama tak asah jari kerana perjalanan yang jauh. Menanti tarikh 14 Julai seperti menanti hari angkat nikah masa muda dulu-dulu. Neves dan berdebar-debar.

Tarikh 14 Julai adalah penting pada Anwar Ibrahim. Bukan saja dia sedang serabut memerah otak mencari helah tapi Anwar sangat serabut untuk selarikan skrip yang sudah siap untuk diwatakkan pada 5 orang saksi alibinya.

Difahamkan, sepanjang ketiadaannya dalam 'Apology Tour' rangkaian local lawyer Anwar termasuk yang diimport sedang bertungkus lumus menyediakan jawapan persediaan menghadapi Saiful. Rasanya, game 14 Julai seperti kemuncak final WC 2010 yang baru saja tamat pagi tadi.

Banyak persoalan berlegar-legar dalam team research and development (RND) prosiding 14 Julai. Bukti untuk menafikan kewujudan DNA Anwar pada anus Saiful dan yang paling menyerabutkan kepala Anwar ialah saksi alibi!

Rangkaian peguam Anwar ketika ini berusaha untuk 'selarikan' segala skrip untuk kelima-lima saksi alibi yang bakal dikemukakan dalam sepanjang prosiding mahkamah nanti. Anwar berbelah bagi kerana Wan Azizah antara list saksi alibi dan juga saksi pertama yang akan disoal barisan pendakwaraya.

Bukti video reaksi Kak Wan ketika ditanya kedudukan Anwar sudah cukup menghuru harakan Anwar. Belum lagi ditambah dengan kenyataan bersama pemimpin PKR sejurus selepas Saiful meletupkan kepala Anwar pada 28 Jun 2008.

Biaq betoi Anwar mahu letak Kak Wan, dalam list strikernya, list subsitut pun belum tentu boleh menjaringkan gol buat Anwar. Ini yang serabut pada Anwar.

Storyline saksi 5 orang alibi Anwar perlu sama. Pergerakan, masa, pemakaian, tingkah laku semua sudah direkodkan dalam exhibit CCTV. Ini yang susah untuk Anwar betulkan. Storyline ini jika bercanggah akan menjahanamkan Anwar.

Alah, sudah boleh dijangka, Anwar sanggup membayar CNN untuk temubual 'olok-olok' bagi mengampu Yahudi, apalah sangat untuk membayar 5 orang keldai untuk jadi striker 14 Julai nanti.

Pada Anwar, selamat berjuang dan pastikan watak kelima-limanya berjaya menghayati filem Sodomi II untuk menjadikan filem ini box office sepanjang zaman. Rakyat dan penyokong totok PR juga ternanti-nanti penjelasan macam mana boleh ada air maninya dalam anus Saiful.

Friday, July 02, 2010

PAS Lebih Pentingkan Orang Lain Daripada Anak Sendiri


Orang-orang PAS akainya selalu setengah masak. Depa dah perintah Kelantan lama dah dekat 23 tahun. Nasib baik Nik Aziz yang jadi MB, depa takut sikit nak kutuk pendita usang nie kalu Tun Dr. Mahathir jaga Kelantan lama dah kena paksa letak jawatan.

Pada Mazlan Alimin tak payah susah payah nak hentam kerajaan nak jadi jaguh Felda. Hang tuh hidup pun hasil produk Felda. Pi setel hal teksi kat Kelantan dulu.

Blog Kickdefella ada menulis sesuatu pasal pe'el Exco PAS yang pemalas dan tak berjuang untuk anak Kelantan sendiri. Isu luar Kelantan lebih memberi keuntungan nasional pada depa semua

Nasib pemandu teksi dan kereta sewa di Kelantan adalah amat malang sekali. Sesungguhnya sebagai seorang yang pernah mendengar keluhan terus sewaktu berkhidmat di Kelantan, saya rasa amat bersyukur dan gembira apabila YAB Perdana Menteri sudi menjenguk mereka, menghabiskan sedetik dua bersama mereka dan sudi menerima memorandum dari mereka.

Ramai yang akan merasa saya keterlaluan bila saya kata, itu semua adalah sesuatu yang tidak sanggup dilakukan oleh Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baru.

Berikut adalah rungutan mereka yang saya masukan ke dalam laporan saya waktu itu,

  1. YB. Dato’ dimaklumkan terdapat 16 persatuan pemandu kereta sewa di Kelantan dengan 2,100 orang pemandu.
  2. Kebanyakan kereta sewa tidak mempunyai penghawa dingin melainkan yang mengambil penumpang di hotel dan di lapangan terbang.
  3. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan pelanggan akibat aktiviti kereta sewa haram atau prebet sapu dan kereta sewa bebas yang tidak berpesatuan.
  4. Sessi dialog telah diadakan dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis DiRaja Malaysia bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kereta sewa haram ini tetapi tiada hasil.
  5. Di Kota Bharu terdapat 3 buah stesen Teksi Kereta Sewa tetapi ianya terpisah daripada Stesen Bas Kota Bharu.
  6. Kereta Sewa haram memakir di sekitar Stesen Bas Kota Bharu sedangkan kereta sewa pula terpaksa memakir di stesen-stesen yang ditetapkan oleh MPKB dengan bayaran RM2,400 sebulan bagi stesen di Jalan Doktor dan RM1,200 sebulan setiap satu bagi dua stesen lain.
  7. Mohon bantuan Kerajaan Negeri supaya mengerahkan MPKB membantu mengurangkan kereta sewa haram dengan cara memberi teksi kereta sewa memakir di sekitar Stesen Bas Kota Bharu.
  8. Ini kerana sehingga kini, setiap penumpang bas yang turun akan berdepan dengan kereta sewa haram dahulu lantaran mereka menggunakan perkhidmatan kereta sewa haram itu walaupun lebih mahal.
  9. Dianggarkan ada 300 buah kereta sewa haram di Kelantan.
  10. Aktiviti kereta sewa haram ini benar-benar menekan pendapatan pemandu kereta sewa.
  11. Beberapa kali pemandu-pemandu berhasrat mengadakan tunjuk perasaan tetapi hasrat itu dibendung oleh persatuan-persatuan.

Saya mengesyaki isu yang sama jugalah yang dibisikan oleh mereka kepada YAB Perdana Menteri dan itulah juga isi kandungan memorandum mereka kepada Dato’ Seri Najib.

Mereka menyebut dengan jelas pada 20 Oktober 2009 itu nama dua orang Ahli Exco yang portfolio mereka jelas memberi ruang untuk mereka membantu menyelesaikan masalah pemandu kereta sewa itu. Tetapi, kedua-dua mereka enggan ambil peduli, kata mereka. Surat yang ditulis tidak berbalas, sessi dialog yang diminta terus ditolak.

Mereka juga menyebut dengan jelas nama ADUN dan Ahli Parlimen dari Parti PAS yang sepatutnya boleh membantu memajukan masalah mereka tetapi enggan membabitkan diri membantu mereka.

Komen sikit - Kalau masalah orang lain, berbaring ataih jalan pun PAS sanggup, sampai ke Masjid Tabung Haji PAS sanggup pergi tapi anak Kelantan sendiri PAS sepak-sepak tak peduli, Apa nak jadi PAS hari ini, nak jadi juara tapi anak sendiri dikhianati.

Zon Selatan Dalam Idaman, UMNO Kena Alert.


Difahamkan malam tadi berlangsung taklimat untuk memperkasakan pembangkang bagi zon selatan. Taklimat yang tidak mendapat permit Polis ini dikategorikan sebagai haram. Benda haram ini dibuat di Dewan Cina Dioh, di kawasan Kuala Pilah dan dianjurkan oleh PKR cabang Kuala Pilah.

Antara figura kartun yang hadir ialah Prof Abu Hassan 'Google' dari Zentrum, Zaid 'Horses' Ibrahim dan calon PAS Bagan Pinang yang TKO dengan Isa Samad, Zulkifli Omaq. Yang hadir boleh tahan ramai 100 orang kebanyakan penyokong totok pembangkang.

Zentrum pun terlibat dalam merangka strategi nak tawan selatan.!

Benda haram ini nak membincangkan strategi untuk menawan Zon Selatan. Maksudnya, pembangkang dah susun strategi nak sapu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kalau Johor jatuh pada pembangkang next election, Chua Jui Meng akan jadi MB.

Lagi teruk, UMNO akan malu besaq dan moraliti orang Melayu akan terus merudum. Jangan harap lepaih tuh nak dapat Jambatan Indah gantikan Tambak Johor. Wahai UMNO, tolong alert pasal strategi depa nak tawan Selatan. Sanggupkah tengok orang Melayu merempat di bumi sendiri.

Yang aku tau bila Zaid 'horses' Ibrahim buka mulut nak buat ceramah, yang hadir semua pakat-pakat keluaq Dewan.

Mungkin bau wiski. Siapa tahu.!

Wednesday, June 30, 2010

Tee Keat Sedang Dipinang PKR?

Ini boleh jadi betul, Tee Keat sudah tiada apa-apa lagi dalam MCA. Dia bertanding Presiden tapi tumpas straight set dengan Chua Soi Lek.

Sebelum ini pun dia pernah suara mahukan jawatan tambahan Timbalan Perdana Menteri II sama lidah dengan geng Cina dalam Pakatan Rakyat. Ingat.!

Blog Putra Merdeka ada hint pasal hal ini:-
Berita terbaru berlegar kuat mengatakan yang bekas Presiden MCA ni nak masuk PKR. Semalam sewaktu YB Dato Rahim Bakri Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan menggulung beliau telah ditanya oleh beberapa Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang berkenaan harga pembelian EMU yang dikatakan 'jauh' darpada harga pasaran yang sebenar.

Ada cerita disebalik pembelian EMU ini, dikatakan pembelian ini dibuat hanya beberapa hari sebelum Menteri yang kalah kepada pelakon lucah dalam mengekalkan jawatan Presiden parti itu berhenti.

Ada yang mengatakan bahawa harga pembelian ini jauh melebihi harga pasaran sebanyak 500 juta ringgit. Wow! kalau betul lah khabar ini maknanya ada pihak yang 'kenyang' dengan 'hasil' dari 'rompakan' dalam pembelian EMU tersebut.
Kena ingat, Tee Keat dan Chua Jui Meng adalah geng sama masa konflik MCA selepas PRU 2008. Daripada beberapa sumber, Tee Keat sedang 'dipinang' geng Cina PKR untuk tarik dia join parti yang nak terlingkup tuh.

Antara imbuhan, kerusi Ampang akan diserahkan kepada dia untuk bertanding bila MCA Pandan mahu reject Tee Keat yang dah jadi papa kedana.

So, Zuraida gedebe dah boleh cari alternatif nak bertanding PRU akan datang.

Untuk itu, sapa-sapa yang ada info boleh email pada blog ini.

Tuesday, June 29, 2010

Lepaih Haniza Sapa Pula Yang Nak Letak Jawatan.


Timbul pula rumor pasal Haniza Talha nak keluar parti. Apa punya berbelit PKR yang diterajui oleh seorang pembelit bernama Anwar Ibrahim. Jentera psywar rasmi PKR pun ada laporkan benda ni.

Ada satu SMS berlegar-legar di sekitar Taman Medan yang mengatakan YB depa nak lepaskan jawatan. Samada betul atau tidak itu yang tak tahu pasal Suara Keadilan pun jenis tak pernah laporkan benda yang betul dan sahih.

Haniza Talha adalah antara geng 15 yang bikin gempaq nak letak jawatan jika Khalid Ibrahim masih terus berkuasa sebagai MB.

Haniza Talha bukan calang-calang orang, dia Timbalan Speaker DUN dalam sejarah Selangor. Berkelulusan tinggi, cantik, tegas tapi kurang mesra sikit berbanding Zuraida 'gedebe' Kamaruddin.

Haniza tergolong dalam kelompok menyokong Azmin. Senang cerita sokong Azmin pasal dah tak setia dengan Khalid Ibrahim. Nak kata Azmin berkaliber itu tidak mungkin pasal Haniza tersepit antara mahu menyokong Khalid yang arrogant atau memilih berada dalam kem Azmin yang nampak lebih selamat.

Selain Haniza, geng 15 ini disertai oleh Kamarul Baharin, Abddulah Sani, Manikavasagam, Gwo Burne Loh dan diketuai oleh Azmin. Sebagai tanda protes kepada pengekalan jawatan MB Khalid, geng ini nak lepaskan jawatan bagi memberi tekanan pada Khalid Ibrahim.

Rumors pasal Haniza nak letak jawatan barangkali betul kerana channel nak naikkan marah rakyat dan penyokong dengan membuat rumors macam ini. Biaqla penyokong yang sampaikan dimeja-meja bulat kedai kopi, yang jadi bahan juga adalah kelemahan Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, lebih baik Khalid dikekalkan sebagai MB. Biaqla dia lebih dengaq cakap amoi-amoi DAP daripada geng sendiri. Masa dia nak kena tendang keluar pun pasti akan tiba.

Ini nak bagi ujian kat UMNO Selangor buat kerja lebih masa. Rugi kalau UMNO Selangor tak ambil port dalam hal ni.

Monday, June 28, 2010

Bila Anwar Buka Mulut Satu Haram Pun Tak Boleh Pakai.!


He..he..he..

Boleh ker cakap Anwar Ibrahim ini diterima pakai?. Dia cukup pakar dalam hal kelentong dan obses delay mendelay selain bikin gempar tapi satu habuk pun takda. Dah banyak contoh dah Anwar Ibrahim nie jadi munafik dan fasik pada negara.

Tiada Ahli Parlimen Cuba Guling Khalid
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat beberapa ahli parlimen parti itu cuba menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Beliau berkata, perkara tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat tertinggi parti.

"Kedudukan menteri besar memang tak berbangkt. Saya ikuti juga dalam media dan blog tapi saya tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau betul-betul ada, takkanlah tidak dibawa kepada saya.

"Tan Sri Khalid terlalu banyak dibebani dengan tanggungjawab seperti menjaga soal pelaburan, diminta untuk menjaga Wilayah termasuk Kampung Baru. Jadi beliau minta untuk melepaskan tugas parti.

"Setelah berbincang, kita minta YB Azmin jaga Selangor dan Datuk Zaid jaga Wilayah.

"Sebab banyak tanggungjawab di negeri ini khususnya, banyak kerja yang dibuat jadi kita pertimbangkan keadaan tersebut dan bagi saya itu tidak ada masalah," katanya lagi.

He..he..he..

Bila masa pula yang Khalid ni diarah ambil tahu pasal Kg. Baru. Menteri pun dah kasi warning jangan kacau area melayu tu. Pelaburan.? mana pelaburan yang PKR bawa ke Selangor. Ladang babi mungkin ye.

Macam cuba nak cover tepuk tampar meja masa gathering PKR hari tuh. Telinga Anwar pun merah bila Azmin berkeras nak jadi Chief PKR Selangor. Dalam dok sibuk Azmin bertekak dengan Khalid, Zaid Ibrahim pantas masuk cash deposit di Wilayah. Kalau jadi PRK Batu dulu dah boleh agak sapa jadi calon ganti Tian Chua.

Kena tahu, bila Anwar buka mulut satu haram pun tak boleh pakai.

Thursday, June 24, 2010

KJ Sedar Atau Balas Dendam Pada Najib?

Aku terima SMS dri seorang sahabat. Oleh kerana tiada laptop dan luar kawasan aku tulih dari BB buruk nie saja.
Salam: KJ K.P UMNO buat tidak faham maksud yang tersirat dlm kenyataan Ka Siong ketika mempersoalkan 'adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA'. Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin MARA hendak disamakan dgn JPA. MARA KHAS UTK MELAYU. JPA utk semua KAUM. Kalau nak disamakan keduanya, kemana akan pergi KEISTIMEWAAN ORG MELAYU.

Apalah MP mcm KJ tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Oxford tak ajar budaya bahasa melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'Yang tersurat dan Tersirat'. Kalau cam tu baik berenti jadi MP, sama mcm Ka Siong. Tak kan kerana hati parti komponen sanggup gadai bangsa sendiri.pemuda umno pertama kali dlm sejarah jual bangsa bawah KJ.
Sebarkan
Errkk..tercekik ketika menikmati nasi lemak bila baca SMS ini. Training Wataniah sebulan belum mematangkan Khaiy pada tatakenegaraan. Itu pasal Najib reject masuk kabinet.

Pembangkang suka bola tanggung macam ni

Minta makcik Rogayah tambah sikit cili dan belacan buat lauk santapan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 23, 2010

Hoi Deris...11 PRK Tapi Dah boleh Jimat 3.!



Selain arahan penuhkan blog dan web Harakah dengan iklan ubat kuat, ngomel macam nenek yang hilang gigi palsu lebih seronok nak kenakan kerajaan. Macam bijaksana pemikiran depa semua.

Ketua Penerangan yang selalu tertinggal bas, Idris Ahmad komplen lagi pasal wang yang konon didakwanya membazirkan wang rakyat. Nanti sat kejap lagi sampai la..

PAS mahu PDRM berjimat
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM31 juta untuk lima PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau.

“Itu baru lima pilihan raya kecil. Bagi baki enam pilihan raya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat,” ujarnya.

Ini, katanya jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Sumber: Harakah Daily

Errmm...

11 PRK tapi macam boleh jimat 3 kawasan kalu tiada YB yang gatal merenyam letak jawatan. Dari 11 sepatutnya dah boleh jimat 3 PRK. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti. Ini 3 kawasan bikin PRK pasal dah gatal bijik letak jawatan. Yang sorang nak obses delay kes, sorang lagi dah kantoi kahwin 2 yang sorang lagi kena cilok dengan geng sendiri.

Tak hairanlah kalu PRK itu pasal YB dicabut nyawa awal. Itu namanya gentleman kalu beradu pun. Bukannya letak jawatan lepaih itu buat tak tau bila dah menang.

Orang-orang PAS ini akai selalu setengah masak. Itu pun bercita-cita nak tawan Putrajaya. Tak boleh bagi muka sangat kat depa kena selalu rembat balik apa depa cakap.

Pakai kopiah tapi memalukan orang Islam. So, fikir sendiri sapa yang membazirkan wang rakyat?