Sunday, March 22, 2009
Team Kunyit Jilat Menjilat
Klik: Penjilat Fuckatan Riot di Sebalik Senjata Fitnah Terhebat
PAS Boleh Berjaya
2. PAS datangkan tentera upahan dari Terengganu atau tentera Fadayyen yang sanggup berkorban demi Tok Guru Nik Aziz di Bukit Gantang. Ini yang terbaik. UMNO sangat takut akan tentera-tentera ini.
3. PAS perbanyakkan kempen-kempen di serata ceruk kampung di seluruh Perak. Hantarkan MB Sohih Nizar dan ayam sabung yang hilang taji, Mat Sabu di seluruh Perak. Ceritakan hal yang sebenar akan kerosakan yang dibuat UMNO.Ya..! kita Partai Islamik
4. Jangan dilupa perbanyakkan solat-solat hajat untuk memohon supaya diturunkan bala kepada UMNO terutamanya Tuanku Sultan kerana menzalimi rakyat dan menafikan hak mereka. Inilah cara PAS berkempen..Ya..! PAS partai Islamik yang meniru kepimpinan Syiah.
5. PAS hamburkan kata-kata hina dan mengutuk seteruk-teruknya kepada UMNO supaya rakyat Bukit Gantang percaya habis kepada PAS. Ya..! kita Partai Islamik.
6. Diketika ini, seluruh Bukit Gantang sedang memberi sokongan bertali arus kepada PAS dan bersimpati kepada PAS. PAS jangan dilupa kita Partai Islamik, kita mesti mendoakan bala kepada musuh kita.
7. Ya..! Kita Partai Islamik. Kita PAS..sebab itu rakyat Perak sangat membenci PAS sebab Partai Islamik ditidak mengutuk orang, mendoakan bala dan macam-macam lagi perkara yang menuntutkan kebenciaan rakyat Perak ketika. PAS teruskan kempen bodoh ini. PAS akan berjaya.
8. Rakyat Perak dan orang Bukit Gantang sangat membenci PAS. Sebab partai Islamik menunjukkan sifat Yahudi yang lebih Yahudi dari Israel. Tak percaya..! tunggulah 7 hb April nanti.
Saturday, March 21, 2009
Sudahlah Tuh Nik Aziz
Anda sebenarnya sedar akan kerosakan yang telah dibuat oleh peliwat itu dan anda sebenarnya sedar akan kesilapan yang telah berlaku di Perak. Anda malu untuk meminta Nizar berpatah balik ke pangkal jalan. Anda merasakan sudah terlambat. Nasi sudah menajdi bubur. Malu diri anda dibuatnya.
Nik Aziz berhentilah menajdi munafik. Ramai orang Malaysia mentertawakan anda kerana sikap kenyayokan anda. Anda merapu. Anda merasa diri andalah yang terbaik. Dalam erti kata lain, anda merasakan anda warak dan alim semahunya. Bayangkanlah anda memakai kopiah, berbaju kemeja dan berseluar slack selama 6 bulan.? Anda tahu apa rakyat Malaysia akan gelarkan.? Anda seorang Ustaz.
Disebabkan anda berjubah, berserban dan berjanggut sedikit, Anda digelar tok guru. Itulah persepsi rakyat Malaysia. Asalkan manusia itu berjubah, berserban dan berjanggut sedikit, title tok guru terus diberi.
Ini bukan untuk mengutuk anda tetapi fikirlah akan kerosakan yang telah menyelubungi diri anda. Anda sedar semua ini tetapi disebabkan anda tidak mampu bersuara anda di pergunakan oleh anak emas anda. Haduh..sedih sungguh Nik Aziz hari ini. Bertaubatlah dan bermuhasabahlah seketika wahai Nik Aziz apa yang telah anda lakukan.
Anda melenting sebab kerajaan campuran. Anda tidak melenting, sebenarnya anda terkilan sebab permuafakatan yang dirancang itu tidak dibawa ke pejabat anda untuk dibincangkan. Anda seperti merasa disisihkan. Disisihkan apa..? Mereka tidak menyisihkan anda.
Mereka cuma khuatir kepada anak emas anda sahaja. Itu yang mereka tidak gemarkan. Jika berbincang bersama tiba-tiba hanfon anda berbunyi. Di hujung suara kedengaran suara anak emas anda. Itu yang mereka tidak gemarkan. Anda cepat sangat melatah.
Nik Aziz berhentilah menjadi munafik. Anda menajdi begini kerana anda dikelilingi oleh orang-orang yang munafik. Bapa segala munafik, itu dari Permatang Pauh. Dari dulu lagi anda tahu dia munafik. Anda juga tahu akan keceluparan semasa di dalam UMNO dulu. Tapi disebabkan dendam anda terhadap UMNO, anda cool saja.
Biarlah selagi parti merah itu berkuasa, saya sanggup berkawan dengan siapa saja termasuklah syaitan. Syaitan anda sanggup berkawan. Nik Aziz..Nik Aziz..! Tak payah nak jadi dukun atau berkawan dengan David Copperfield, Anwar Ibrahim itu pun sama tarafnya.
Tapi yang pasti, Nik Aziz tidak marah kepada DS Hadi Awang. Beliau sebenarnya terkilan kerana tidak diajak berbincang. Itu yang beliau sakit hati. Nak kata anak emasnya pun ada jugalah dah warning jangan terikut-ikut kumpulan berkopiah itu. Sangat kolot katanya.
Nik Aziz janganlah terperangkap dengan permainan catur dengan anak emasnya. Seelok-eloknya buanglah kerosakan itu risau nanti beliau sendiri meracau-racau akan kesilapan sendiri.
Friday, March 20, 2009
Say No To Anwar, Say Yes To Najib
Kedengaran khabar angin mengatakan terdapat sekumpulan manusia hendak membuat kecoh menjelangnya peralihan kuasa kepimpinan tertinggi kerajaan. Disatu pihak timbul ketidakpuasan hati yang mendakwa DS Najib tidak layak untuk memimpin Negara. Persoalannya siapakah yang lebih layak untuk menjadi PM. Anwar Ibrahim, Hadi Awang atau Lim Kit Siang.
Masalah politik
Rakyat
Persepsi yang dilemparkan oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim Munafikun akan keburukan DS Najib adalah sesuatu yang sangat dikesali. Klik Jika benarlah seperti yang didakwa DS najib adalah pembunuh datangkanlah bukti. Sehingga ke saat ini masih belum kedengaran bukti-bukti yang boleh dikaitkan dengan DS Najib melainkan timbul kebetulan yang menjurus kepada persepsi yang negative terhadapnya.Klik
Fitnah demi fitnah yang dilemparkan menyebabkan semakin hari rakyat
Ini, jelas sangat berbeza terhadap kelibat politik Anwar Ibrahim Munafikun. Bermula 10 tahun dengan salahlaku moral dan tuduhan rasuah. Beliau dibebaskan bukan kerana terbukti tidak bersalah tetapi 3 hakim yang bersidang berpendapat salahlaku moral itu memang wujud dan majority lebih memilih untuk membebaskan. 2 lawan 1 maka majlis graduasi Anwar Ibrahim Munafikun pun dibuat pada 2 Sept 2004 di Sekolah Berasrama Penuh Sg Buloh.
Anwar Ibrahim Munafikun juga diketahui penentang dasar DEB dan ketuanan Melayu dimana dasar yang telah mengkayakan beliau dan kroni-kroninya sepanjang beliau di dalam kerajaan.
Bagaimanapun apabila beliau ditendang dari kabinet dasar yang disanjungnya dihambat untuk dibakul sampahkan. Di mana pendirian beliau.? Demi survival politik dan sifat balas dendam yang berakar dalam jiwanya, bumi
Dalam hal ini, siapakah yang lebih berkelayakan untuk menjadi PM. Klik Dari sudut moral adakah DS Najib berkelayakan atau Anwar Ibrahim Munafikun yang lebih berkebolehan. Tepuk dada tanyalah selera. Mungkin UMNO lebih mengenali susur jalur keperibadian Anwar Ibrahim Munafikun sebelum Tun Dr. Mahathir mengambil keputusan sukar menghalau Anwar Ibrahim Munafikun keluar selama-lamanya demi kepentingan bangsa, agama dan negara
Di Pentas PAS Anwar Mengaku Berjumpa Al-Gore.
Thursday, March 19, 2009
UMNO Perlu Sokongan Bukan Kutukan
Usaha Lembaga Disiplin UMNO dalam melaksanakan pembersihan ini perlu diberi ruang oleh seluruh ahli UMNO. Ini kerana, setelah UMNO mengalami krisis keyakinan yang teruk seperti tidak ada ruang untuk UMNO mengeluarkan diri dari corong kesuraman itu. Jika, usaha kebaikan ini tidak dimartabatkan ke mana arah yang harus dilalui UMNO.?
Rasanya, hanya UMNO mempunyai Lembaga Disiplin yang berani mengambil tindakan secara total seterusnya melaungkannya ke seluruh negeri. Parti-parti politik yang lain lebih senang membicarakan disiplin dari konteks parti itu sendiri. Jadi, di mana hak kebebasan yang menjadi makanan parti politik ini.
Sisi gelap UMNO iaitu rasuah politik sukar untuk dibendung kerana di dalam UMNO telah wujud amalan memberi dan menerima jika berlaku sesuatu pertandingan bak dari zaman Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden hinggalah kini walaupun permulaan ini dikhabarkan bermula semenjak Anwar Ibrahim mula memasang angan-angan ini menjadi Presiden UMNO termuda.
Kehodohan ini ibarat anai-anai yang sedikit demi sedikit memamah tiang kayu yang akhirnya akan meruntuhkan rumah itu. Lembaga Disiplin UMNO perlu di beri ruang untuk kebaikan UMNO itu sendiri. Biarlah datang suara mendakwa berlaku ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab yang bersalah tetap bersalah patuhi tataetika yang diwujudkan. Dalam hal ini, Lembaga Disiplin UMNO harus tegas.
Dengarlah kehendak ahli bawahan yang telah letih melihat kegopohan orang atasan mengatur langkah demi keuntungan politik yang rosak sehingga menyebabkan UMNO terus dilabel sebagai organisasi rasuah politik yang tiada penghujungnya. Orang Melayu juga akan terus dilihat berkiblatkan wang untuk keuntungan jangka pendek.
Ketika ini, masa-masa yang tinggal harus digunakan sebaik mungkin untuk UMNO mencari formula terbaik walaupun terpaksa berundur setapak kebelakang demi mencari-cari langkah kehadapan yang jauh lebih baik dan berkesan.
Wednesday, March 18, 2009
Siapa Second Man UMNO II

Tidak lebih dari seminggu perwakilan UMNO akan menunaikan tanggungjawab memilih calon-calon pemimpin yang benar-benar berkualiti untuk membawa UMNO kearah yang lebih gemilang. Bagaimanapun, ketika ini UMNO dilihat agak tempang dengan isu politik wang yang telah menjadi barah membunuh dalam UMNO.
Politik wang UMNO bukan sesuatu isu baru. Isu ini telah berakar tunjang dan sukar dibuang. Tanyalah ahli UMNO veteran, bagaimana barah ini mula merebak. Jawapan ada di benak masing-masing. Tidak mahu jawap tapi mahu mengutuk.
Kelmarin dikejutkan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang memutuskan calon Timbalan Presiden bersandarkan populariti dan kuasa wang tidak layak unutk bertanding. Mengamuk orang Melaka calon harapan di pancung. Tetapi jika diperhalusi wajar Lembaga Disiplin UMNO memutuskan hukuman sedemikian.
DS Ali perlu menerima keputusan dengan tenang. Nasi sudah menjadi bubur. Inilah padahnya jika gila kuasa bersandarkan kepada wang bukan kepada kebolehan dan kelayakan. Apa yang dihairankan kelebihan DS Ali adalah beliau cukup bijak menggunakan kebolehannya dalam Public Relation (PR). Skil ini yang tidak ada pada calon harapan UMNO ketika ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa yang pasti jawatan Timbalan Presiden UMNO akan memperlihatkan perpecahan kumpulan kecil ketika ini. Di saat ini adalah situasi yang sangat menyeksakan. Terdapat gesaan dan ugutan dari pelbagai suara di seluruh tanah air yang akan menboikot dan mengajar pihak-pihak tertentu berikutan tindakan lembaga disiplin bersikap berat sebelah dan pilih bulu.
Di ketika ini, apa yang perlu disuarakan dan diharap boleh menjadi kenyataan, DS Najib perlu menyatakan sokongan terhadap salah satu calon Timbalan Presiden. Jika tidak melalui media tetapi perlulah melalui saluran yang betul dalam kain UMNO sendiri. DS Najib perlu menyatakan sokongannya sepertimana Pak Lah menyatakan sokongan terhadap DS Ali.
Ramai yang berpendapat gandingan terbaik ketika ini adalah Najib - Muyhiddin. Inilah yang terbaik dari yang terbaik dan kita mengharapkan ia menjadi kenyataan. Muyhiddin mungkin tidak sehebat DS Ali dalam menjalinkan hubungan (Personal Touch) dengan ahli bawahan tetapi kelemahan Muhyiddin itu adalah kredit kerana rakyat melihat beliau lebih fokus terhadap kerjanya. Itu yang bagus tentang Muhyiddin.
DS Ali lebih menggunakan kuasa wang untuk mengukur tahap popularitinya dan lihat bagaimana jentera kempennya beraksi. Sungguh hebat jentera kempen DS Ali dan diperakui oleh seluruh calon yang bertanding. Bagi Muhyiddin, jentera kempennya dilihat agak lembab kerana bagi seorang anak ulama dan berusaha mencapai sesuatu dengan cara dan strategi tersendiri, Muhyiddin agak ketinggalan kerana politik semasa UMNO dan wang tidak dapat dipisahkan.
Muhyiddin Yassin dari dahulu hingga kini lebih gemar berkempen sendiri dan sebolehnya menggelak dari gejala itu. Kerana apa, kerana didikan dan tataetika ahli UMNO yang telah menjadi pegangannya.
Ciri-ciri seorang pemimpin yang berwawasan jelas memihak kepada Muhyiddin dan beliau adalah yang terbaik dari yang terbaik. Soal calon dari Selangor tidak perlulah di bicarakan kerana imej berat yang pernah dijunjung beliau. Semua orang tahu sejarah Tan Sri Muhammad yang pernah melalui zaman beliau bersama Selangor dahulu. Kebolehan beliau pernah teruji dan beliau juga pernah teruji dengan kegagalan. Kegagalan itu yang menjadi kenangan orang ramai. Biasa manusia lebih mengemari keburukan dari memuji kebaikan. Itu adalah lumrah dunia.
Kepada perwakilan ketepikan soal kenegerian, ketepikan sifat dendam dan ego inilah masa yang terbaik untuk memulihkan Intergriti UMNO yang telah melalui pelbagai fasa sepanjang hampir 60 tahun penubuhannya. Pilih gandingan yang benar-benar berkebolehan, yang telah menunjukkan kehebatan berpolitik zaman berzaman. Kenangankan kembali saat-saat UMNO hendak diharamkan, bagaimana UMNO kembali mendaki dari satu bukit ke satu bukit yang sehingga kini seakan-akan lelah kerana kerosakan dalaman yang tidak terkira.
Di saat ini DS Najib bersama timbalannya TS Muhyiddin memerlukan sokongan demi bumi bertuah yang disayangi ini. Lupakan sengketa bersatulah untuk memulihkan imej UMNO yang semakin hari dimamah anai-anai.
Siva dan Bodyguardnya.
Jika dulu, Siva berani membuat kenyataan mengikut lunas buku hijau yang sentiasa beliau bawa ke hulu hilir. Siva menjatuhkan hukuman, memanggil rakan-rakan bermain dibawah pokok jika ada yang tidak suka..haah, you get lose..mudah dan cepat.!
Siva, ketika ini dikhabarkan telah memasang bodyguard bersaiz Malik Noor (baik panggil team CUCI) untuk melindungi dirinya yang dah tak terlindung dek malu ketika ini. Beliau mungkin malu dengan pak guard depan Bangunan SUK atau Siva mungkin malu dengan mamak kedai bawah Pejabat DAP. Yang betulnya Siva sekarang dah pasang bodyguard.
Hebatnya Siva mengalahkan Shah Ruk Khan yang datang Melaka nak ambil pangkat Dato'. Shah Ruk Khan datang Melaka pun tak pasang ramai bodygurad. RELA yang jadi bodyguard Shah Ruk Khan. Tapi Siva juga hebat, hero Tamil yang rambutnya berjambul di depan macam MGR takpun Kamal Hassan.
Siva mewah sampai boleh upah bodyguard 20 orang. Mewah sungguh Siva ini. Apa....Siva buat macam itu sebab Dewa Siva (Dewa Pembunuh) datang ganggu Siva. Siva tak tahan di ganggu Dewa Siva. Nasib Siva selepas ini,meracau-racau di ganggu Dewa Siva terpacul Siva mengigau...Ini kerja BN atau UMNO yang nak ugut saya satu family..Ayo..yoo.yoo..aney. Itu skrip Filem Bukit Selambau kasi main di Ipoh kaa..!
Siva dasyat boleh upah bodyguard sampai 20 orang. Banyak duit Siva. Tapi DAP kena cek gaji Siva. Karpal Singh yang OKU dan bermasalah itu pun takder duit nak upah bodyguard. Beliau hanya mampu upah pekerja sorong wheelchair dan drebar. Tapi tak per, duit gaji Siva pun DAP kontrol. You mau kerusi DUN kasi sini RM1,500. Setuju sain ini agreement. Cukup bulan 20 percent gaji masuk tabung kecemasan DAP.
Tapi DAP cekap juga. Dia tahu Siva tengah pening dan malu yang amat kat Perak. DAP risau Siva buat kerja gila melompat-lompat, gertak nak keluar lari dari rumahnya. Lebih baik aku keluar dari rumah ini masuk rumah biru kat SUK lagi senang habis cerita. Siva menggila nak ikut rakan2 duduk rumah baru kaler biru lagi. Ini yang DAP risau. Alih2 DAP cucuk patungnya nah..sampai bodyguard 20 orang depan rumah teres Siva.
Siva bijak, Siva pusing jalan lain. Bisnes susu lembu kontrol satu Perak. Apa mau hairan. Bodyguard pun ada orang sponsor. Tanyalah Siva, beliau tak keluar satu sen pun nak bayar bodyguard2 itu. Yang bagusnya bodyguard2 ini, mereka semua telah terlatih di bawah satu badan khas. Hebat bodyguard ini. Black Water Security pun tak sehebat bodyguard2 ini. Kalu Black Water dianggap tentera upahan yang berkhidmat di Timur Tengah khususnya Iraq, Bodyguard Siva pun khidmat pun di Timur iaitu Pantai Timur.
Tak perlu minta atau isi borang nak apply bodyguard, lagak bodyguard ini dah selalu diketahui yang mana perlu di beri priority. Nak apply silalah ke Yayasan Amal kerana disitu terletak satu unit khas atau strike force yang sangat hebat. Telah berkhidmat dikebanyakan lokasi kritikal seluruh negara.
Siva juga yang senyum gembira. Tidur malam pun lena tak pernah risau Dewa Siva nak datang ganggu. Unit Amal dah ready kat luar menjaga keamanan Siva dan rumah kecik merah di penjuru rumahnya. Tak perlu panggil samseng taik minyak estet Sg.Siput, Unit Amal dah tahu kewajipan dan prioritynya. Siva perlu dilindungi.
Aku nak Bodyguard juga.
Tuesday, March 17, 2009
Ikan Bilis Kita Goreng, Ikan Bawal Kita Lepas
Buka komputer lagi cerita orang berebut kuasa. Kali ini cerita orang politik. Si A kena tuduh rasuah politik mengugut nak letak jawatan masuk parti tunggang langgang. Kemudian penyokongnya pulak pakat-pakat nak undi calon B yang melopong nanti calon C sebab 1 lawan 1. Dah kira bagus le tuh one by one kira jantanman la..
Dalam dok sibuk bekerja buat paper work projek di selatan tanah air, berbunyi pulak henfon ni. satu msg diterima. Cerita berebut lagi. Kali ini berebut taknak serah jawatan. Si B minta serah jawatan bila tiba masanya, Si A kata "Wait and See"..Mendengus Si B. Yelah yang dibawah-bawah ni cakap "come on la be gentleman"..be gentlemen katanya.
Disuruhnya malaikat jibrail ini buka satu kertas siasatan. Di selak dari satu helaian ke satu helaian..Ah..Bos, ikan bilis kita kasi goreng, Ikan bawal kita lepaskan..ini punca rezeki kita. Malaikat jibrail ini masih dikontrol rupanya.."Takper selagi aku masih berkuasa".
Tup-tup yang dekat kena jek warning letter lagi satu "kau boleh blah"..selamat kiranya. Aduih..yang suruh goreng ikan bilis, apahal..ikan bawal tu kan lagi sedap..Si Penguasa dengan jaring emasnya takkan tinggalkan jaringnya kerana tahu dimana lubuk ikan. Ha..Ha..Ha..nasib-nasib, dunia ini tidak adil.
Lagi Artikel Menarik : Mesti Baca

