Friday, December 30, 2011

PAS Berkuasa Untuk Menyekat Ketamadunan Ilmu

Besuk akan berlangsung satu acara penting untuk menyelamatkan satu ketamadunan Ilmu yang berusia 100 tahun. Butirannya adalah:-
Program
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH
Tarikh : 31hb Disember 2011
Waktu : 12tgh - 5ptg
Tempat : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah

Pengisian Program

1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah
2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya
3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim
4. Kenduri Rakyat
5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah

Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Dalam berbicara akan kehebatan PAS menangani hal ini dapat disimpulkan bahawa:-
1. PAS terbuktikan mengamalkan aliran ortodok ektremis politik yang berlandaskan nafsu duniawi.
2. Terbukti rasional logik dengan menggunakan agama untuk puaskan nafsu syaitan politik.
3. Berkepentingan untuk membantut minda orang Islam.
4. 2 Kerajaan PAS iaitu Kelantan dan Kedah adalah contoh kerajaan penipu dengan mengongkong minda orang Islam dengan fatwa karut dan berkepentingan politik.
5. Dualah Islamiyah PAS cuma dibibir pemimpin bukan melalui tindakan yang betul apatah lagi perbuatan untuk dijadikan contoh atau role model.
6. Islam cara PAS totally memalukan umat Islam seluruh dunia.

nak ikutkan sampai besuk tak habis kalu nak tulis tahi-tahi politik PAS.....

Sebarkan....

Thursday, December 22, 2011

SAMM Sedang Grooming Anarkis Huru Harakan Mahasiswa

Saya menerima SMS ini:-
SAMM jemput wakil2 NGO, NGI, parti politik, para peguam & media ke Sidang Media Khas Solidariti bsama Adam Adli-desakn kebebasan akedemik. 23 dis, 3.15 ptg d Dewan D'Ark, Tmn Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi (exit tol senawang), seremban. Sidang media diketuai-Adam & teman2 siswa sendiri. Mohon hantar wakil. Sila respon sahkan kehadiran . Jgn biarkan gerakan m/siswa sendirian bdepan ugutan termasuk bunuh
Betulkah Adam Adli hero baru gerakan revolusi akademik? 

Tindakan tidak matang Adam yang menurunkan bendera UMNO dalam kawasan sendiri adalah ibarat mempersendakan sebuah elitis yang disegani.

Kita dapat lihat bagaimana elemen penjajah di kalangan mahasiswa ini. Adakah ini politik matang dan profesional?

Adam ini pun masih bongkak enggan minta maaf dengan apa yg dibuat tapi salahkan kerajaan pulak yang sebabkan mereka buat macam tu. Hello brader, kamu mahu  rakyat respek perjuangan kamu tapi kamu tidak respek hak org lain? Macamana plak tu?

Besuk Adam akan buat press statement dan didokong oleh PKR. Tunggu apa lagi, kasi lempang dan londeh seluar dia.

Ini menunjukkan revolusi taik kucing ini disokong PKR dan pembangkang. Nak bukti apa kalu dah Chegu Bard terpacak depan Bukit Aman dan Adam dilempang oleh brader Lan. Politik sekarang perlu begini. Tak perlu nak tunggu desak pohon maaf.

Budak-budak sekarang dah bijak-bijak. Depa semua dah besar kepala kononnya dah khatam habis buku pelajaran.Ini semua pasal ada kepala yang berani persoal hak-hak keistimewaan.

Setuju sangat jika kerajaan perketat AUKU, bukan boleh kasi kesenangan padahal itu semua alat nak masuk politik dan maki hamun kerajaan. Tarik balik duit biasiswa dan buat meritokrasi jangan harap budak-budak Melayu nak dapat tempat.

Baca interview Adam di Sinar Harian terasa macam mahu lempang dan sekolahkan dia. Nekad defensif dengan isu bukan turun bendera tetapi yang orang marah sekarang adalah rebel anarkis yang kau orang buat. Macam tentera jepun masuk Pantai Sabak dan jajah kawasan orang. Kepala butoh dia....

Politik sekarang orang dah tak suka bagi kuntum bunga tunggu dan menunggu. Orang sekarang mahu tengok reaksi balas buat perbuatan yang kurang ajar.

SAMM sekarang sedang grooming Adam untuk jadi Anarkis dan huru harakan mahasiswa. Ini yang kita kena pantau. 

Friday, December 09, 2011

Rozali Ismail Dan BAPAK?

 saat bahagia

Kita wajar berasa curiga dengan tindakan Tan Sri Rozali Ismail apabila mencapai persetujuan dengan PKR State untuk settle down isu saman sebelum ini. Sepertimana yang didedahkan The Unspinners sebelum ini bahawa seperti terdapat 'kecurigaan' apabila diberitakan Rozali Ismail ada berjumpa dengan Anwar Ibrahim.

Ada yang kata Rozali Ismail sedang melobi untuk bertanding dalam PRU akan datang. Wallahualam.....

Pokok pangkalnya, Rozali Ismail walaupun kemaruk untuk bertanding mewakili bendera UMNO kredibilitinya wajar dipersoalkan. Ini mengambil kira tindakan dalam hal isu saman dan pertemuannya dengan Anwar Ibrahim. Mungkin bayangan cilok mencilok ada kelihatan.

Reputasi Rozali Ismail wajar diperdebatkan. Seperti yang ditulis disini dan sini. Ini mengambil kira dengan senario semasa apabila PAS sudah melancarkan 'Gerakan Selamatkan Felda' yang bertujuan untuk menjahanamkan kredibiliti Felda dengan mahu memberi taklimat berhubung penyenaraian Felda di Bursa Malaysia.

Dakwaan ANAK, Felda bakal mengalami kerugian jangka panjang jika disenarai di Bursa Malaysia.

Seperti yang semua tahu, ketika ANAK mengadakan 'roadshow' seluruh negara untuk meraih sokongan peneroka, Rozali Ismail cuba menjadi juara dengan menubuhkan BAPAK melalui GWGF [Gabungan Wawasan Generasi Felda]. Asasnya, BAPAK mahu menjadi 'check and balance' dalam isu peneroka dan generasi kedua.

Baguslah kalu betul arah tujuan dan keikhlasan BAPAK.

Persoalannya, daripada sumber yang diperolehi tujuan untuk menyelesaikan masalah peneroka menerusi BAPAK ini sudah lari dan merapu-rapu. Dwifungsi yang diharapkan tak lebih hanyalah diatas kertas dan untuk mempromosi Rozali Ismail.

Bayangan mahupun kelibat BAPAK tidak kelihatan cuma sikap tidak gentleman dengan menguis setiap aduan ke atas Felda sendiri. Ibarat kata, fungsi BAPAK hanyalah sebagai batu loncatan mengendurkan amarah warga peneroka.

Oklah, jika itu stail politik yang mahu diterapkan tetapi mahu juga difikirkan undi 2 juta warga peneroka jika begini punya pengurusan. Stigma fix deposit mungkin boleh  jadi disaster kepada masa depan BN.

Ingat Semula.....Khalid Kata Buang Masa Tinjau Masalah Rakyat

SHAH ALAM 7 Sept. - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam marah dan kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap lawatan untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar sebagai membuang masa dan membazirkan wang.

Ahli Parlimen PKR itu memberi amaran bahawa Abdul Khalid bakal menerima kesan pada pilihan raya umum lima tahun akan datang ekoran kenyataannya yang menyinggung hati ramai penduduk kampung terlibat.

"Saya puji tindakan pantas UMNO apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib turun dengan cepat melawat mangsa bencana alam ini dan menghulurkan bantuan.

"Mana pemimpin kerajaan negeri? Sebagai Ahli Parlimen Kapar, saya sungguh kecewa apabila tidak ada yang tunjuk muka. Saya tidak takut jika pucuk pimpinan parti mahu mengambil apa- apa tindakan terhadap saya kerana saya berpendirian tegas dalam hal ini.

"Saya terima banyak aduan, ramai yang pelik dan tidak suka dengan kenyataan Menteri Besar, kenapa dia cakap macam itu, memang peliklah dengan cara dia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurut Menteri Besar itu, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Dalam kejadian pukul 3 petang pada 1 September lalu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut.

Sebelum ini, Manikavasagam mendakwa Abdul Khalid seolah-olah tidak mengambil berat dengan nasib mangsa ribut apabila tidak menghantar bantuan segera kepada mangsa yang menghadapi pelbagai kesusahan.

Kritikan itu dibuat selepas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib melawat mangsa dan menyerahkan bantuan RM300 kepada 340 keluarga yang rumah mereka rosak teruk sehari selepas kejadian.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) turut menyumbangkan RM100,000 untuk membeli dan menggantikan atap rumah yang rosak.

Mengulas lanjut, Manikavasagam memberitahu, beliau boleh menerima jika hanya berlaku bencana kecil seperti kebakaran membabitkan 10 rumah tetapi kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu boleh dianggap sebagai bencana negara.

Menurutnya, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid perlu meninggalkan mentaliti dunia korporat apabila menganggap tindakan sedemikian hanya membuang masa tanpa mengambil kira kesan ekoran kenyataan seperti itu.

Selain itu, ekoran tindakannya mengkritik Abdul Khalid sebelum ini, beliau menerima banyak ugutan daripada beberapa pihak yang tidak menyenangi kelantangannya bersuara sehingga terpaksa membuat laporan polis.

p/s: Sudah dibilang...agenda PKR hanya untuk Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat....

Thursday, December 08, 2011

Panas! SAMM Akui Video Seks Anwar Adalah Tulen

Chegu Bard mengesahkan bahawa secara personal dia telah menonton video seks Anwar Ibrahim. Walaupun kenyataannya di Malaysiakini dibaca agar tidak menampakkan dia bersetuju pelakon video itu adalah bossnya tetapi siapa yang tahu bahawa dia yakin itu adalah Anwar Ibrahim.

Dimata PKR, Chegu Bard mahu dilihat senada dengan Johari Abdul bahawa semua itu adalah fitnah tehadap Anwar Ibrahim tetapi dalam kelompok SAMM, mereka menyakini itu adalah Anwar Ibrahim.

Pada siapa yang berada dalam kelompok SAMM seperti Sani, Ketua AMK Rembau, Habib, Ketua AMK Sik dan blogger Edy dari edyesdotcom, video seks Anwar Ibrahim adalah kisah benar dan bukan bahan tempered untuk diada-adakan. Pendek kata, SAMM tahu pelakon video itu adalah komfom pelakonnya Anwar Ibrahim.

SAMM mengakui video itu tulen dan kerap menjadi bahan lawak dalam inner circle kelompok SAMM. Semasa rapat pengurusan di sebuah banglo di Shah Alam, topik video seks Anwar antara bahan santai sebelum berendam di swimming pool belakang banglo.

Semua orang tahu betapa konsistennya Chegu Bard mengadakan program santai petang seluruh Malaysia untuk menjual buku Fitnah dan Imelda Rosmah. Konsistensi ini adalah selaras dengan cita-citanya untuk bertanding di Rembau berhadapan dengan Khairy Jamaluddin. 

Bagi Chegu Bard, kejayaanya untuk menumbangkan KJ adalah kejayaan anak muda menumbangkan kesombongan menantu Pak Lah. Itu yang diimpikan Chegu Bard.

Berbalik kepada video pengakuan Chegu Bard, tiada siapa yang tahu bahawa Chegu Bard secara peribadi mengesahkan itu adalah Anwar Ibrahim kerana diakui pada saat Chegu Bard dijemput untuk menonton, Datuk Eskay telah siap sedia dengan 'gadjet' keramatnya.

Itu yang Johari Abdul terkena.

Seperti yang didedahkan Papagomo, pasti ada cerita hangat yang mahu dikongsi berkenaan pengakuan Chegu Bard. Bimbang didedahkan makanya cita-cita Chegu Bard untuk pergi lebih jauh dalam PKR pasti diperhatikan dengan curiga.

Dalam hal ini, dimana standi Chegu Bard yang memuja pemimpin tidak bermoral sebagai harapan baru untuk Malaysia?

Agenda PKR Hanya Untuk Anwar Ibrahim Bukan Untuk Rakyat II

Bersambung dari sini
Diberitakan ketika ini hujan lebat sedang melanda di beberapa kawasan antaranya KL, Klang, Kajang dan Hulu Langat. Ini pasti menjadi mimpi negeri bagi rakyat dikawasan berkenaan.

Trauma rakyat Bandar Kajang dilanda banjir kilat minggu lepas pasti belum habis lagi. Kerugian perniagaan dan terbantut urusan seharian adalah perkara yang terpaksa dihadapi apabila sikap pemipin. 

Musibah melanda Kajang hari ini apabila banjir kilat melanda kawasan bandar Kajang secara tiba-tiba. Berdasarkan rekod, ini bukanlah kejadian kali pertama yang berlaku di daerah berkenaan, kerana kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 1998.

Dan memang benar kuasa ALLAH menentukan segala-galanya, namun ALLAH tidak pernah melarang manusia untuk mencari ikhtiar untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku terhadap diri mereka.

Mungkin inilah akibatnya dari tindakan kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim. Tidak salah sekiranya beliau beranggapan demi menjaga pembendaharaan negeri. Namun adakah berbaloi membatalkan projek yang berjuta namun musibah yang bakal melanda menyebabkan kerugian beratus juta selepasnya?

Walaubagaimanapun yang berlaku tetap berlaku dan ini adalah takdir dari ALLAH. Mungkin sudah tiba masanya untuk Khalid Ibrahim mengakui kesilapannya dan meminta kerajaan persekutuan memulakan semula projek yang telah beliau batalkan sebelum ini.

Bukti sumber : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29143

Petikan Pena Minang

P/S Apa akan jadi pada kedudukan air untuk Selangor selepas 2013 yang mana Khalid sudah batalkan projek empangan Langat? Sanggupkah kita tanggung lagi kesalahan Khalid membatalkan projek tanpa asas yang betul dan cukup???

Sumber dari sini

Agenda PKR Hanya Untuk Anwar Bukan Untuk Rakyat

Asalnya penubuhan PKR adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim pasca 1998. Kesalahan salah guna kuasa dan meliwat Azizan Abu Bakar. Maknanya, penubuhan PKR adalah sama dengan sebuah keluarga yang menuntut kebebasan suami.

Tidak pernah ada dalam sejarah moden politik dunia, sebuah parti politik ditubuhkan hanya bertujuan untuk mendewakan seorang lelaki. Inilah doktrin sejak dahulu dalam PKR iaitu mahu mendewakan Anwar Ibrahim dan membebaskannya.

PKR ditubuhkan bukanlah berlunaskan mahu menjaga kebajikan rakyat jauh sekali mahu mencorak politik baru untuk kesejahteraan rakyat. Keadilan dan kebajikan rakyat bukan dalam manifesto PKR. Inilah fakta yang perlu diketahui.

Memandangkan doktrin PKR merekrut ahli adalah kerana Anwar Ibrahim bukan kerana kepentingan rakyat, dasar perjuangan PKR adalah untuk Anwar tidak pada rakyat. Pada PKR, rakyat hanyalah stigma dalam meraih sokongan untuk Anwar. Kebajikan dan kepentingan rakyat tidak pernah didahulukan.

Sementalah kejayaan PKR mengambil alih Selangor pemberian air percuma cumalah mahu mengotakan janji pilihan raya. Jika tiada dalam manifesto, jangan harap mahu rakyat Selangor merasa. Oklah itu kita boleh bagi kredit dan ucap terima kasih. Walaupun PKR terpaksa, mencanang akan bagi air percuma adalah perkara wajib dalam ceramah-ceramah. Janji ada daripada tiada.

Tapi kini bolehlah kita persoalkan yang lain-lain. Mana janji-janji untuk ibu tunggal, untuk anak kecil mahu bersekolah, untuk warga emas dan paling pelik mana janji mahu merakyatkan ekonomi Selangor. Mana semua itu?

Itu semuanya RAKYAT Selangor tapi apa agenda untuk memenuhi kebajikan rakyat Selangor?
-----------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Bosan, sakit hati dan kecewa antara perasaan yang bersarang dalam hati pengguna jalan raya di ibu negara apabila memikirkan masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Utusan Malaysia mengenai isu itu, namun ia bagaikan menyiram air ke daun keladi kerana tiada peningkatan ketara terhadap kualiti jalan raya seperti yang diharapkan pengguna.

Laporan Khas Utusan Malaysia bertajuk ‘MRR2 Zon Perang?’ pada Mac 2010, ‘Kualiti Jalan di KL Kelas 3’ (Ogos 2010), ‘Sampai bila jalan berlubang?’ (Ogos 2010) dan ‘Teknologi jalan zaman British’ (Oktober 2011) semuanya mempersoalkan keadaan jalan raya di ibu kota.

Jalan berlubang, retak, mendap, beralun, tampalan tidak sempurna dan berpasir merupakan situasi yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik kenderaan pening kepada memikirkan kos tambahan untuk penyelenggaraan kenderaan.

Kerap kali jalan raya yang baru diturap, dikorek semula untuk dipasang kabel atau saluran air dan selepas itu tidak ditampal dengan sempurna menyebabkan keadaan jalan kembali rosak dan tidak rata.

Jalannya berlubang, berpasir serta tidak rata akibat turapan yang tidak berkualiti.

Keadaan di Jalan Ampang pula lebih teruk apabila sepanjang laluan itu ada sahaja lubang serta tampalan yang tidak rata dengan ada yang berlubang kembali.

Keadaan jalan yang berpasir tidak menghairankan dengan kehadiran lori mengangkut bahan itu yang keluar masuk ke kawasan pembinaan di kawasan tersebut.

Seharusnya jalan-jalan utama di pusat bandar raya ini perlu berkeadaan baik kerana ia mencerminkan imej negara.

Jalan di kawasan-kawasan perumahan juga turut tidak terlepas daripada mengalami keadaan sama termasuk kawasan yang dianggap elit seperti Taman Tun Dr. Ismail dan persimpangan Mont Kiara ke Sri Hartamas.

Jalan berlubang dan tidak dibaik pulih sejak sekian lama menyebabkan kualiti hidup penghuni terjejas.

Jika jalan raya rosak berlaku di kawasan seperti itu, mungkin keadaan jalan di kawasan perumahan lain di pinggir kota lebih teruk lagi.

Di Taman Cheras Perdana, lubang sedalam satu meter hanya ditutupi dengan kepingan besi seakan mengundang padah kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.

Biarpun ia telah ditanda dengan tali keselamatan, namun masih lagi berbahaya kepada pemandu serta penunggang motosikal terutama pada waktu malam dengan jarak penglihatan yang terhad.

Di sepanjang Jalan Kepong dan Jalan Kuchai Lama pula, senario jalan berlubang, retak dan tidak rata sudah menjadi pemandangan biasa.

Ia turut sama berlaku di susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke Jalan Genting Klang dan juga di Jalan Loke Yew.

Persoalannya, bilakah semua ini akan berakhir? Pihak berkuasa tempatan dan kementerian yang bertanggungjawab perlu mempunyai pelan dan cara khusus memantau serta menangani masalah jalan rosak agar ia tidak berulang.

Tidak sampai 10 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju, namun di mana manisnya status itu apabila kualiti jalan raya masih lagi di tahap negara dunia ketiga.