Tuesday, October 04, 2011

Najwan Akui Cemburu Sejak Dari Zaman Universiti

Mohd Najwan Halimi muncul dimahkamah hari ini. Dia adalah saksi misteri yang digembar gemburkan Anwar boleh discredit kredibiliti Saiful. Kononnya Najwan adalah kawan baik Saiful yang pernah mengirimkan ucapan tahniah diatas pertunangan Saiful dengan pilihan hatinya. Jangan tak tahu Najwan juga menyanjungi Anwar Ibrahim.

Memang diakui Mohd Najwan adalah kawan kepada Saiful semasa sesi akademik di universiti sekitar tahun 2003 - 2008. Walaupun Najwan berlainan course tetapi asrama mereka di satu bangunan yang sama. Keterangan Najwan juga hari ini menyebut mereka selalu ke kelas bersama dan makan bersama.

Itu adalah perkara yang biasa di alam kampus.

Saiful ketika menjadi Timb. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNITEN sesi 2006-2007 pernah terlibat menganjurkan program anak angkat dimana Najwan adalah setiausaha seketeriat yang menguruskan program tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri.

Najwan juga mengakui lebih banyak menguruskan dibelakang tadbir apa jua program dan Saiful sebagai Timb. Presiden akan dilihat lebih menonjol untuk mendapat nama. Perkara biasa dalam sebuah organisasi atau penganjuran aktiviti di universiti. Najwan mengakui ada tmbul rasa cemburu bila Saiful mendapat nama dalam aktiviti universiti yang dianjurkan.

Hari ini Sivarasa menyoal berhubung 'kenalan' Saiful dengan orang 'atasan'. Maksud Sivarasa adalah mahu memberitahu kepada mahkamah bahawanya Saiful mempunyai networking  dalam kerajaan kononnya Sodomi II adalah 1 konspirasi.

Pada sekitar 2008, Najwan tanpa berselindung pernah melihat dalam laman sosial Saiful gambar-gambar Saiful bersama pemimpin kerajaan antaranya gambar kontroversi Saiful bersama Khairil Anas Jusuh yang pada masa itu adalah Pegawai Khas TPM.

Sebagai seorang Timbalan Presiden sebuah majlis perwakilan pelajar adalah satu perkara biasa untuk seorang yang berstatus seperti Saiful untuk mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. Apatah lagi seorang ketua pengawas sekolah rendah juga akan melakukan perkara yang sama.

Pasukan pendakwaan telah mengasak Najwan untuk mengakui bahawa  hubungan baik yang didakwa bukan seperti mana yang digembar-gemburkan. Najwan mengakui ada timbul rasa iri hati dan cemburu bilamana Saiful dilihat lebih menonjol di universiti tambahan pula Najwan mengetahui Saiful diambil bekerja sebagai Staff di Pejabat PKR Pusat selepas dia dibuang universiti.

Biasalah manusia bila dah dengki iri hati selalunya akan bercerita perkara yang buruk.

Dia juga mengakui pernah mengirim e-mail peribadi kepada Anwar Ibrahim dan meluahkan  sikap buruk Saiful kepada Anwar. Bukankah sudah timbul motif cemburu Najwan terhadap Saiful dengan apa yang diperolehi Saiful walaupun gagal di universiti. Dengan berbuat demikian maka Anwar akan memecat Saiful kerana tidak percaya akan sikapnya. 

Ianya bukan satu perkara yang pelik melihat kecemburuan pesaing semasa di alam universiti. Sehinggalah Najwan mendapat tempat di Pejabat Nik Nazmi selepas berhenti dari Kementerian Pengangkutan. Maka makin mudahlah Najwan untuk bersaing dengan Saiful untuk mendapat tempat di dalam PKR.

Motif rangkaian peguam bela Anwar hanyalah mahu mengeksploitasi keterangan Najwan bagi menunjukkan sikap glamoures Saiful dan kononnya benar ada konspirasi bila terpampang gambar-gambar Saiful bersama beberapa pemimpin kerajaan. Najwan bukan saksi yang kuat untuk discredit Saiful melainkan Anwar berjaya yakinkan spesimen air mani bukan miliknya.

Ahli PKR seperti Najwan telah dibayar dan well planned seolah-olah Saiful hadir dalam hidup Anwar adalah atas dorongan mahu menjatuhkan Anwar.

Air mani itu nak kata siapa yang perah? China doll.....

3 comments:

cikgu rokiah said...

mana tak jelesnya...anwar panggil saiful bukan dia masa hidang karipap tu...

bart said...

saya dulu rakan sekelas najwan masa tingkatan 1. dari dulu mmg dah menonjol sgt sikap anti-establishment dia tu.

Anonymous said...

saksi misteri konon, ptuih!