Nampak gaya Anwar sudah mengesahkan dia adalah seorang pemimpin diktator. Mengemudi PKR untuk tidak pernah belajar dari kesilapan. Isu ketidakadilan dalam pemilihan terdahulu masih lagi belum terjawab kali ini PKR meneruskan tradisi menafikan kehendak akar umbi.
Rupa-rupanya pelantikan Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah buat kali kedua telah mencetuskan rasa tidak puas hati ahli PKR Sabah terutama sekali kumpulan penyokong Ansari Abdullah. PKR Sabah tidak mahu kepimpinan yang lembik, kusam dan membodek.
Politik PKR di Sabah sebenarnya penuh tricky dan curiga. Saling tidak percaya antara satu sama lain.
Keputusan undi Ketua-Ketua Cabang di seluruh Sabah telah memberi isyarat jelas bahawa politik dalaman PKR di Sabah saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Bukan sahaja di Sabah malahan trend tersebut turut berlaku di semenanjung. Politik PKR adalah lubuk manipulasi undi, dendam dan ketidakadilan terhadap calon. PKR selalu menafikan suara kehendak akar umbi.
Jika di Sabah senarionya adalah begini bagaimana PKR mahu memerintah Malaysia. Di Semenanjung ketidakadilan dan manipulasi undi adalah perkara biasa bagi ahli PKR. Ibarat kata dengan kekurangan undi menyokong pun boleh menjadi pemimpin hanya dengan blessing daripada Anwar. Langsung tidak adil
Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru-baru ini pungutan suara untuk memilih pengerusi negeri telah diadakan. Daripada 19 Ketua Cabang yang hadir hanya 1 undi yang menyokong Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi Negeri dan selebihnya lebih memihak kepada Ansari Abdullah.
Oleh kerana PKR adalah hak mutlak Anwar Ibrahim sekeluarga, maka suara 2 pertiga undi yang mahukan Ansari dan menolak kepimpinan Thamrim telah mengubah demokrasi. Anwar Ibrahim mengangkat Ahamad Thamrim Jaini untuk mengetuai PKR Sabah walaupun dengan 1 undi.
Hebat politik demokrasi acuan Anwar.
Anwar kerap kali menyatakan janji autonomi kepada Sabah. Untuk lebih faham, politik dalaman Sabah perlu ditentukan anak jati negeri itu. Tiada campur tangan pihak luar. Itu janji autonomi Anwar kepada PKR Sabah. Jika begini acuannya, susah benar PKR mahu mengemudi bala tentera untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Oleh itu tidak hairan jika dapat waktu yang terdekat, sembilan Ketua Cabang PKR, terutama yang mewakili Masyarakat KDM (Kadazandusunmurut) akan mengikuti jejak langkah bijaksana Mantan Pengerusi MPN Sabah, Ustaz Pajuddin Nordin menyertai UMNO dan parti komponen BN.
Persoalannya masih relevankah perjuangan PKR di Sabah jika pucuk pimpinan PKR membuat janji seperti ‘Pelacur’ yang bersumpah setia kepada kekasih, tetapi membenarkan diri dilanggani orang lain, semata-mata kerana kerjayanya sebagai Pelacur!
Tanya Chegu Bard dia mesti setuju.....
No comments:
Post a Comment