Dari blog Penang Hari Ini yang menyebut berkenaan 'retreat' yang dibuat DAP berkenaan prestasi ADUN dan APnya.
Berdasarkan kajian akademik dan politik yang dijalankan di Pulau Pinang, DAP bakal hilang 5 kerusi DUN yang kini dalam gengaman mereka. Antara DUN yang bakal hilang ialah DUN Machang Bubuk, DUN Bagan Dalam, DUN Seri Delima, DUN Bukit Tengah dan DUN Kampung Kolam. Kenyataan ini berdasarkan kepada prestasi ADUN-ADUN mereka yang amat rendah dan ditolak oleh rakyat.
ADUN Seri Delima, RSN Rayer contohnya ditolak oleh kaum India kerana tidak membela nasib orang India sehingga Kampung Buah Pala diratah oleh kerajaan negeri walaupun dijanjikan kampung tersebut akan terbela bila Pakatan Rakyat memerintah.
Lagi teruk ialah dakwaan bahawa, bapa kepada RSN Rayer telah mengarahkan supaya bekas tapak kaki penduduk-penduduk dari Kampung Buah Pala disamak dengan susu lembu kerana menganggap kasta penduduk Kg. Buah Pala paling rendah. Peristiwa ini berlaku apabila penduduk Kg Buah Pala datang ke rumah Rayer untuk memohon bantuan menyelesaikan masalah kampung mereka.
Akibat risau dengan prestasi ADUN DAP yang pemalas sehingga rakyat marah, DAP terpaksa membuat permukiman di Pulau Jerjak bagi mencari jalan penyelesaian akan permasalahan ini.
Kita sedia maklum, Bajet 2012 telah memberi ketakutan terhadap pembangkang. Ketakutan mereka adalah kerana peralihan sokongan rakyat yang makin tertambat dengan keikhlasan PM untuk membantu rakyat kebanyakan.
Dalam hal DAP, mereka konsisten untuk meraih sokongan masyarakat cina. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan lebih meraih dan mengukuhkan sokongan masyarakat cina. Politik bijak DAP yang tidak mampu ditangani parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina.
Kita kena tahu, DAP kerap mengadakan majlis jamuan makan malam dan mengumpul dana bagi tujuan pilihan raya. Jamuan-jamuan yang diadakan kerap mendapat sambutan yang hangat dan pasti full house dan mendapat permintaan susulan.
Lihatlah keikhlasan PM dalam polisi PR1MA, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Kedai Menu Rakyat 1 Malaysia yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat daripada sibuk berpolemik dan menabur janji sepertimana kandungan dalam Bajet 2012 pembangkang.
Selepas Bajet 2012, trend DAP dalam menganjurkan jamuan makan malam sudah berubah. Mereka kini mula sibuk menafikan polisi ekonomi dalam Bajet 2012. Kerap kali ucapan lebih menaikkan ketakutan akan keruntuhan ekonomi Malaysia bersandarkan kepada polisi Bajet 2012 PM.
DAP menimbulkan keraguan malahan memperkecilkan polisi kononnya perniagaan masyarakat cina akan merudum dan teruk jika masyarakat cina mengundi menyokong kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Itulah kegusaran yang sedang melanda DAP.
Konvesyen DAP yang dibuat di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah permulaan roadshow DAP menakutkan masyarakat cina dengan polisi ekonomi dalam Bajet 2012. Selain retreat di Pulau Jerejak yang menjadi medan memulihkan moral ADUN dan APnya, DAP akan terus menjadikan polisi ekonomi Bajet 2012 sebagai isu besar yang akan merosakkan ekonomi masyarakat cina.
Apa yang diharapkan kerja keras PM untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat perlu mendapat sokongan yang kuat dari BN. Masalah dalaman yang wujud among party perlu diselesaikan segera jika mahu menafikan build-up momentum pembangkang menjelang pilihanraya.
Baca juga pendedahan Sel13 bagaimana ketakutan ini sudah diterjemahkan menentang polisi baru PM.
No comments:
Post a Comment