Friday, October 21, 2011

Apa Disebalik Pertemuan Delegasi Indonesia Dengan Anwar Ibrahim

Beberapa blog proAnwar memaparkan pertemuan Anwar Ibrahim dengan delegasi Indonesia yang diketuai Taufik Kiemas. Bagi yang tidak tahu, Taufik Kiemas adalah Speaker Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR) dan Ketua Dewan Pertimbangan Pusat Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).

Kalau di Malaysia tarafnya sama seperti Speaker Dewan Rakyat. Taufik Kiemas juga adalah suami kepada bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri.

Blog perbadi Anwar juga turut memaparkan pertemuan mesra ini yang berlangsung di Kelab Tasik Perdana, KL. Entrinya simple dan kononnya mahu tunjukkan bahawa supporter Anwar masih kukuh di Indonesia. Boleh klik Sini.

Pernah dalam satu ceramah Taufik Kiemas di Rajaratman School of International Studies (RSIS) Singapura, beliau menegaskan bahawa
PDIP harus bekerjasama dengan pihak eksternal. Dalam hal ini ia menyebut Golkar untuk dalam negeri dan Amerika Serikat yang dianggap memiliki kemampuan campur tangan terhadap negara lain. “Saya tidak butuh orang-orang golkar. Yang saya butuhkan adalah Partai Golkar yang berhaluan pluralis,” ujar Taufik. Sikap itu juga disampaikan saat Taufik dan kawan-kawan berkunjung ke Amerika Serikat (AS). Menurut Taufik, saat di AS ia menegaskan kembali tentang sikap PDIP sebagai partai oposisi di Indonesia dan sebagai partai nasionalisme yang menjunjung tinggi pluralisme.
Adalah jelas bahawa Taufik Kiemas merupakan antara individu yang menjunjung tinggi fahaman Pluralisme dan berkiblatkan blok barat terutamanya Amerika Syarikat menunjukkan keakraban Taufik dengan Anwar Ibrahim.

Tidak mengejutkan antara jadual Taufik Kiemas ke Malaysia adalah untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim adalah kerana kesepakatan kedua-dua figura ini dalam mempromosi pluralisme sebagai acuan demokrasi blok barat. Kedua-duanya adalah alat demokrasi Amerika untuk menerapkan pluralisme yang jelas bertentangan dengan Islam. 

Berbalik kepada pertemuan 'mesra' Anwar Ibrahim dan Taufik Kiemas. Pertemuan tersebut turut dihadiri beberapa ahli parlimen dari Indonesia. Bagi Taufik, kritikan dan cacian Anwar terhadap polisi Malaysia bukanlah satu perkara yang pelik. Trend pembangkang yang sebolehnya menafikan kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir sebuah negara.

Saat ketegangan hubungan Malaysia - Indonesia berkenaan isu sempadan di Kalimantan, Anwar menggunakan sepenuhnya pertemuan ini bagi mengkritik dan memburukkan pentadbiran Malaysia. Anwar juga menambah kezaliman kerajaan yang kononnya menafikan hak asasi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) antara topik hangat untuk membangkitkan kemarahan delegasi Indonesia.

Agak mengejutkan kerana pertemuan yang dirancang bagi mengukuhkan hubungan Anwar bersama kepimpinan Indonesia rupanya tidak berlangsung sepertimana yang diharapkan. Tanpa kita sedar, entri blog peribadi Anwar memaparkan kandungan yang ringkas tidak seperti sebelum ini Anwar pasti menyiarkan segala kepentingan politik membabitkan dirinya untuk menonjolkan kekaguman supporter Anwar di luar negara.

Delegasi Taufik Kiemas lebih memfokuskan kepada isu liwat yang sedang dihadapi Anwar Ibrahim menunjukkan Indonesia kini sedang memerhati dengan penuh minat perjalanan kes liwat.

Perubahan ini menyebabkan Anwar Ibrahim menyindir Taufik yang dianggapnya sahabat baik tetapi telah berubah kerana mempercayai perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya. Bagi Anwar, perubahan sokongan Indonesia diibaratkan malapetaka kepadanya kerana diketahui Anwar kerap meniup sentimen anti-Malaysia terhadap pemerintah Indonesia.

Anwar Ibrahim kerap memburuk-burukkan kerajaan dalam lawatannya ke Indonesia. Sikap buruk seorang ketua umum yang derhaka dengan tanah air sendiri. Pertemuan Taufik dengan Anwar telah digunakan sepenuhnya kerana permintaan Indonesia untuk Anwar berubah bagi menghadapi kes liwat mengikut aturan perundangan.

Anwar harus sedar semakin ramai yang mempersoalkan moralitinya diluar negara.

5 comments:

Anonymous said...

Pluralisme UMNO..tak pakai tudung takpa..tolok hukum Islam pun takpa..

Anonymous said...

ANON ATAS NI DAH HABIS MODAL LAH NAK KUTUK UMNO. TRY HARDER BRO..HEEEE

aidil said...

Pluralisme anwar plak, agama semua sama... mana lagi dahsyat..... opsss lupa plak. Anwar pon tolak hukum islam jugak..

Anonymous said...

ANON 12.24PM PLURALISME ANWAR "ALL STARS ANYTHING GOES" WHATS YOUR TAKE?

KELUARGA ANDA SEMUA DAH PAKAI TUDUNG KE?

AURAT TU BUKAN SETAKAT TUDUNG AJE MULUT PUN AURAT JUGA....setiap tutur bahasa kita hendalah mencerminkan keperibadian yang mulia.SPEAK WHEN YOU ARE SPOKEN TOO.

Adik Kicik said...

12.24
Awat orang yang pakai tudung tu pelengkap akidahka?.

Moleklah kalau pakai tudung disusuli dengan sifat-safat terpuji.

Tapi, kalau tudung di kepala, baju singkat sampai nampak bontot kadang-kadang pusat pun terjulur itulah fahaman pluralisma Brother Anwar sapa lagi...