Tuesday, August 03, 2010

Slogan Baru...Berikan Peluang Untuk PAS Jahanamkan Negara


Dipetik dari blog Azli Shukri

Husam Musa dalam satu ucapan ceramanya memohon agar rakyat memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir negara ini (baca di sini). Jawapan saya mudah - Tidak Boleh! Alasannya :

1. Selama lebih 20 tahun PAS perintah Kelantan, Islam di sana tidak lebih daripada ceramah politik dan tazkirah semata-mata. Tak lebih daripada itu. Kes jenayah, penzinaan dan gejala sosial di Kelantan tidak pernah menampakkan penurunan bahkah semakin meningkat.

2. PAS sudah ada kuasa di Selangor, tetapi judi, sarang maksiat dan kedai arak masih tetap wujud di Selangor. Mana perginya slogan membangun bersama Islam?

3. Terlalu ramai ulama muda dan tua di dalam PAS, tetapi kesedaran Islam dalam kalangan orang bukan Islam tidak banyak berubah. Malah, tak kedengaran pun orang bukan Islam beduyun-duyun masuk Islam kerana terpesona dengan akhlak para pemimpin PAS.

4. Sekiranya, Dewan Ulama PAS pun tidak upaya mengawal lidah para pemimpinnya daripada mengumpat, menghina, mengaib, mengadu-domba, memfitnah dan berburuk sangka terhadap pemimpin UMNO, mana mungkin PAS boleh mengawal dan mentadbir negara ini dengan lebih baik? Tanggungjawab asas pun sukar untuk dikawal oleh PAS, apatah lagi tanggungjawab untuk mentadbir sebuah negara.

5. Sejak PAS ditubuhkan lebih daripada 40 tahun yang lalu, tidak ada satu program PAS pun yang berjaya melahirkan manusia sehebat Umar Abdul Aziz, Abdul Rahman A'uf, Hassan al-Banna, Ibn Sinar, Abu Dzar, Salehuddin al-Ayubi atau sekurang-kurang sehebat Abu a'la al-Maududi.

6. Sebenarnya, ayat yang lebih tepat untuk Husam Musa ialah, "Berikan peluang kepada PAS untuk menjahanamkan negara ini pula..." Terbukti suara PAS langsung tidak berguna dan berpengaruh di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. PAS tidak upaya memastikan agar DAP dan PKR menuruti kehendak Islam mereka, sebaliknya yang terjadi PAS terpaksa mengikut dasar DAP dan PKR.

7. PAS bercakap soal dasar UMNO yang tidak Islamik dan berbeza dengan PAS yang kononnya menjunjung al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi malang, al-Quran dan as-Sunnah hanya sekadar menjadi hiasan di dalam buku perlembagaan PAS - sebaliknya tiada satu ayat pun yang tertera di dalam perlembagaan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan hukum Hudud. Hal ini telah dijelaskan oleh pemimpin PAS sendiri melalui lidah Ir Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan Datuk Mustafar Ali sewaktu wawancara dengan BBC pada tahun 2003. Malah Nik Aziz juga pernah mendakwa bahawa perlembagaan PAS tiada bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam.

8. PAS membohongi rakyat yang cintakan Islam, kononnya perjuangan PAS adalah untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - tetapi malang, sejak bergabung dan tidur sebantal dengan DAP - cita-cita tersebut sudah menjadi mimpi dan hanya retorik politik semata-mata. Bertahun-tahun PAS berkempen untuk laksanakan Hudud dan negara Islam, tetapi, sekarang PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP yang tidak mahukan Islam, negara Islam dan hukum Hudud - soalnya, inikah yang dinamakan sebagai parti Allah?

9. PAS mendakwa dasar UMNO sekular - maka PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Soalnya apakah dasar DAP dan PKR pula? Dasar Islamkah parti tersebut?

10. PAS mendakwa bahawa selama 50 tahun pemerintahan UMNO/BN, segala maksiat berleluasa, penyelewengan bermarajalalela, dan rasuah menjadi-jadi - soalnya penyelewengan Tabung Memali dan penyelewengan balak di Kelantan dan Terengganu, kemuflisan KOHILAL, kezaliman PAS sewaktu berkuasa di Terengganu, dan banyak lagi baca di sini di sini, di sini, di sini dan di sini...

11. PAS tidak berupaya mendisiplinkan para bloggers mereka sendiri dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mufti Perak Harussani. Pelbagai gelaran jijik dilemparkan ke atas ulama tersebut. Soalnya - bagaimana PAS mampu mentadbir negara, jika hal sekecil ini pun tida mengikut ajaran Islam?

12. Sejahat-jahat UMNO, UMNO tidak menghalalkan yang haram atas nama Islam, sebaliknya PAS melalui lidah Nik Aziz sering kali menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Contohnya isu perpaduan UMNO-PAS - ia menjadi seolah-olah perbuatan yang berdosa besar,

Sebaliknya mencarut, memaki dan memfitnah sesama Islam dibolehkan, dengan syarat seseorang itu ahli PAS dan yang dikutuk itu ialah ahli UMNO. Ahli DAP persenda Islam tidak mengapa, tetapi ahli UMNO inginkan perpaduan dikira berdosa.

Justeru itu - PAS tidak boleh dibenarkan memerintah negara ini dengan apa-apa cara sekali pun. Jika kekerasan diperlukan, maka kerjaan harus bertindak. Mengizinkan PAS memerintah Malaysi, bermakna mengizinkan kehancuran yang lebih parah! Wallahaualam.

Komentar yang nak tambah lauk dipersilakan...

4 comments:

Mordecai Kucai said...

Baca tajuk jer dah menyirap. Ini modal lama PKR. Dulu dalam PRU itulah mereka minta dan ternyata PKR pun telah memerintah Selangor dengan amat cermalang.

Di Kedah pun permintaan ini telah dibuat. Tengok lah apa berlaku di Kedah.

Si Samdul ni nak kena cek otak dia kot. Kalau dia tinggal dalam dunia baghal mungkin permintaan ini boleh di penuhi la.

irs-Hursaini said...
This comment has been removed by the author.
irs-Hursaini said...

Salam..

Ente punya tulisan ana banyak minat daa..

ana taruk dalam ente punya blok dalam ana punya bloklist.

Megat Alam Gempita said...

Contoh tipikal Lobai PAS yang bakal menghanyutkan Malaysia.

Di tempat teman ada Lobai PAS anak beranak siang malam 'cakap pandai' dok kutuk UMNO tak betul, tapi keluarganya sendiri porak peranda. Satu Taman boikot dia

Si Bapa - bisnes lingkup sebab tak mesra alam n suka kacau anak dara, ada hati nak jadi YB PAS.
Si emak - gila jawatan/kuat mengumpat, suka menunjuk-nunjuk
Si anak pompuan 1 - pernah main dgn jantan tapi tak ngandung - tak pas SRP
Si anak lelaki 2- mat rempit -tak pas SPM dpt SAP jer
Si anak lelaki 3 - macam bapuk, masa khutbah Jumaat suka sembang deras.
Si anak pompuan bongsu - geletik macam tomboy, suka ponteng kelas

Rumah cat hijau, kereta hijau bersticker "Membangun Bersama Iselam", kibar bendera PAS depan rumah. Dalam rumah ada gambar besar Wali Celako...