Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an.
Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.
Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis.
Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.

SIRI 1 - BANYAK TIPU RAKYAT KETIKA BERSAMA PAS
“Dulu, masa dalam Pas, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin Pas. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampak kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada Pas,” katanya.
Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah Cuma bertujuan untuk mengabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.

“Lebih baik saya tidak berjanggut daripada menyimpan janggut tapi tidak ikhlas. ALLAH akan laknat kita ke dalam api neraka,” tegasnya disambut tepukan gemuruh para hadirin di Kampung Jakang (dalam DUN Kadok) yang merupakan kubu kuat Pas sejak merdeka lagi.
Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.
Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas. Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz (Datuk). Saya berada di bawah ‘ketiaknya’ ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas,” demikian katanya.
Sebagai bukti ‘anak emas’ Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hariJumaat.

Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.
Fakta yang jelas, katanya: “PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT.” Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.
Kisahnya bermula begini:
“Pada kempen pilihanraya tahun 1990, kita (Pas) berjanji akan menukarkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.
Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.
Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.
Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN.
Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya.
“Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas.” demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.
Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah tersebut sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai ‘membalas dosa’ yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan yang jitu – MASUK UMNO.
Padanya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.

Persoalannya:
“Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?”
Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakkan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?
“Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula guna harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?
Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.
“Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua!” katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO.
Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad. Kini, syarikat itu dijual kerana ianya bertentangan dengan kehendak Islam dan menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia untuk bersekongkol dengan Pas yang gagal menjadikan Islam sebagai addin.
Setelah bergelumang dalam perjuangan Pas, ada banyak lagi peristiwa menarik lain yang dipelopori oleh Ustaz Omar. Ikuti lagi peristiwa besar yang dilakukannya dalam siri akan datang…

2 comments:
Saya kenal ustaz umar khalid, anak saudara dia kawan saya. Saya kenal nik aziz, ayah dia nik mat dan cerita tentang datok nik aziz
( Raja Banjar ) pun saya tahu. Nantilah selepas bulan saya ceritakan. Saya tinggal tak sampai 1km dari Pulau Melaka.
ke mana dah ustaz omar tu?ada sapa boleh cerita apa jadi kepadanya?Apakah dia tidak dimakan sumpahnya?
Post a Comment