Friday, August 27, 2010

Lebai PAS Banyak Yang Perasan Alim


Oleh Tarmizi Md. Jam

Khatib Zakaria yang menggantikan nama YDP Agong dengan nama kafir harbi Guan Eng di dalam khutbah Jumaat nampaknya benar-benar marah kerana media perdana ‘menjatuhkan reputasinya’.

Persoalannya, adakah dia memiliki ‘reputasi’ untuk dijatuhkan? Khatib ini tak punya nama dan tak punya tauliah pun untuk menyampaikan khutbah. Lalu, apakah ‘reputasi’ yang dimaksudkannya?

Khatib Zakaria ialah adik kepada Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dan juga adik Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad. Dia pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dengan pinjaman Yayasan Negeri Perak tetapi GAGAL! Jadi, apakah reputasi seorang Khatib yang gagal?

Dalam membela diri, sang Khatib berkata kononnya dia hanya mendoakan Guan Eng agar mendapat hidayah dan memeluk Islam. Jika ini benar, tentulah ia tidak salah. Yang menyebabkan media perdana dan juga UMNO membuat bising ialah ia tidak benar.

Sang Khatib tak bertauliah ini bukannya mendoakan Guan Eng mendapat hidayah, tetapi mendoakan kesejahteraan agar terus dapat memerintah, tanpa mengambil kira bahawa pemerintahan Guan Eng merupakan pemerintahan yang memusuhi Islam dan umat Islam/Melayu.

Pastinya, sang Khatib, Nik Aziz dan PAS secara dasarnya akan membuat penafian bagi pihak DAP, menyatakan kononnya DAP tidak pernah menolak Islam.

Hakikatnya, Guan Eng atau DAP memang tegas dan konsisten dalam menolak Islam/Melayu dan menyatakannya dengan jelas dan lantang.

Ideologi yang didokong DAP jelas tertulis bahawa corak pemerintahan yang mereka perjuangkan adalah Malaysian Malaysia, yakni berkiblatkan pemerintahan PAP di Singapura.

Jika Singapura yang menjadi modelnya, pastinya ia bermakna negara ini harus didominasi kaum Cina, Islam bukan agama rasmi dan Raja-raja juga tidak wujud sama sekali.

Justeru, bahagian mana di dalam ideologi DAP ini yang PAS tak faham-faham? Kalau benar faham kenapa masih sanggup bersekongkol dengan DAP?

Namun, PAS memang tidak pernah memahami apa-apa, termasuk agama Islam itu sendiri.

Nak lebih lanjut klik kat sini

Errmmm...

Lagi satu produk tak berguna keluaran PAS. Selepas kantoi projek menyamun Kohilal dan kini ada skim cepat ke Putrajaya Tiram, PAS adalah kilang lahirkan lebai khawarij yang tak berguna.

Kalu kita tengok, kebanyakan lebai dan tolol PAS adalah perasan dan merasakan diri mereka hebat dalam mengikut lunas Islam. Berjubah, berserban, pegang tasbih dan lafaz 3 4 patah ayat Al-Quran sudah mahu diri diangkat sebagai ustaz dan boleh terus nak mengkafirkan orang lain.

Hakikatnya, pengisian agama hanyalah sebagai plastik untuk tonjolkan diri dan hati dipenuhi dengan raik, bongkak dan kepura-puraan.

Contoh dah banyak. Ikut hirarki daripada Mursyidul bawak ke Naib Presiden turun pada AJK Pusat sampai la pada peringkat kawasan dan tolol PAS bersepah-sepah hatinya penuh dengan bulan gerhana.

Habis balak di Kelantan dan Kedah digondol bila serban diletak sebelah. He..he..he...

No comments: